Wednesday, November 24, 2010

Testimoni set jerawat bagi masalah jerawat

Testimoni krim jerawat (MK System for Acne-Prone Skin)


Testimoni selepas memakai krim jerawat, jerawat mudah tanggal selepas kering. Bagi jerawat yang bernanah, ia senang pecah ketika wajah dibersihkan (selalunya masa mandilah!). Kini jerawat banyak tumbuh di bahagian rahang wajah, tapi di bahagian pipi sudah tiada. Jerawat yang sebelum ini aktif (sejak Raya tahun lepas) kini sudah surut selepas menggunakan produk ini. Hanya parut yang tinggal. Jerawat yang kecil-kecil sudah menjadi pudar.



Testimoni diterima 22-9-2010


Nota : Set Akne ini yang merangkumi pembersih, serum dan krim jerawat dapat mengawal lebihan minyak serta mencuci kotoran pada lapisan atas dan bawah kulit. Set ini harus dipakai bersama pelembap. Jika tidak, kulit akan menjadi kering.

Krim akne yang mengandungi asid salisilik itu dapat mengeringkan jerawat dengan segera. Bagi jerawat aktif, krim ini akan menyebabkan jerawat tersebut berasa gatal perit apabila disapu krim. Bagi jerawat yang hanya membengkak tidak bermata, sapuan krim tidak akan menyebabkan kita berasa apa-apa. Tetapi bengkak itu akan cepat matang dan dua ataupun tiga hari selepas sapuan pertama, jerawat mudah pecah dan kering.

Bagi membaiki kulit, produk lain yang boleh digunakan selepas sebahagian besar jerawat pulih adalah dengan menggunakan Microdermbrasion set. Proses microdermabrasion akan memulihkan kulit secara semula jadi. Gosokan hablur halus akan trigger sistem tubuh untuk segera menumbuhkan sel-sel kulit baru di bahagian yang menerima gosokan microdermabrasion itu.

Tuesday, November 23, 2010

Pelembap untuk...Penyegar untuk...

Beauty Consultant (BC) atau dalam Bahasa Melayu, Perunding Kecantikan adalah perunding untuk masalah kecantikan yang dihadapi. Sebagai BC, kami hanya berbincang mengenai masalah kecantikan dan menawarkan produk yang sesuai dengan masalah dan bajet.

Sebagai BC, kami tidak melakukan facial untuk orang lain sebagaimana beautician melakukannya di spa kecantikan ataupun memekapkan orang sebagaimana mak andam dan mekap artis. Namun kami mengajar bagaimana rawatan dan urutan wajah dilakukan dan memekapkan diri sendiri. Kami juga menerangkan produk yang perlu ada bagi mencapai kulit yang baik serta mengajar mekap asas dan langkah yang perlu dalam proses memekapkan diri sendiri.

Saya kongsi pengalaman saya sebelum mendapat pengetahuan ini.

Jika saya ke kaunter kosmetik di MetroJaya dan berkata saya memerlukan cleanser, staf di sana akan bertanya jenis apa yang saya mahu sekiranya saya existing user jenama tertentu. Sekiranya saya menerangkan serba sedikit masalah saya, dia mungkin akan syorkan beberapa produk seperti pembersih wajah, pembersih mekap, penyegar, pelembap, masker, krim siang, krim malam, krim untuk anti-aging, krim untuk mata, krim jerawat dan apa juga penawar yang dimilikinya.

Staf itu selalunya akan keluarkan semua produk yang saya perlu. Saya akhirnya akan memilih sendiri produk yang terdaya dibayar. Saya mungkin tidak diterangkan fungsi setiap produk itu. Sebagai contoh, bagi saya hanya pencuci wajah dan pelembap sahaja yang penting, yang lain tidak perlu. Lagi pun, untuk dua produk ini sahaja, harganya mungkin sudah lebih RM200. Kadang-kadang kita bertanya pula apa ofer bulan ini dan kita membeli berdasarkan ofer yang diberi, bukan atas keperluan kita.

Di Mary Kay, BC akan menerangkan fungsi setiap produk. Ini adalah asas. Contohnya mengapa perlu kita mencuci wajah pagi dan malam? Sebab kulit kita kotor. Selain kawasan persekitaran yang tercemar, badan kita sendiri mengeluarkan peluh dan minyak secara semulajadi.

Mengapa kita perlu memakai freshener? Untuk menyegarkan kulit? Bukan itu sahaja, ada dua lagi fungsi penyegar. Pertama, melengkapkan cucian wajah. Kedua, mengembalikan pori wajah ke saiz yang asal.

Mengapa kita memakai pelembap? Untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Kita dapat lihat sendiri mengapa wajah seseorang itu nampak segar dan bermaya, dan wajah ini nampak layu. Wajah yang nampak layu sebab tidak cukup lembap. Ini salah satu sebabnya. Mungkin sel kulit mati tidak disingkirkan.

Pernahkah kita dengar komen begini, "Kulit saya berminyak jadi saya tidak perlukan pelembap?" Kulit yang berminyak pun perlukan pelembap untuk melembapkannya dan mengawal lebihan minyak yang dikeluarkan dari bawah kulit.

Lagi satu komen, "Disebabkan kulit saya berminyak, maka saya tidak suka menggunakan pelembap yang menyebabkan saya rasa tambah berminyak dan berkilat wajah saya."

Oleh itu, kita perlu dapatkan pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Pelembap seharusnya masuk ke dalam kulit kita dan menjadikan kulit terasa ringan. Jika tidak percaya ini boleh berlaku, cubalah pelembap Mary Kay. It's my favourite and everybody's favourite!

Saturday, November 20, 2010

Testimoni Kendiri

Orang kata gambar tidak dapat menipu (tapi sekarang sudah ada photoshop!)
Yang pasti, gambar tertera tidak menggunakan kemudahan canggih itu!
Dulu (2 atau 3 tahun lepas) & foto selepas menggunakan Mary Kay.



Terkini

Tekstur kulit semakin baik. Bahagian yang perlu diperbaiki adalah di sekitar mata. (Senyum pun semakin lebar). Siapa tidak suka jika usia hampir pertengahan 40an tapi disangka jauh lebih muda? Mary Kay mempunyai kelebihan itu kerana jenama ini sememangnya pakar dalam bidang penjagaan kulit seluruh badan.

Skin Care Class bagi pegawai MAS

Future Sales Director, BC saya sedang mengendalikan kelas. Kami ke sini dalam rangka mengasuh BC baru, Linda. Kulit Linda yang semakin cantik dan berseri semakin noticeable. Kawan-kawan ofis teruja ingin mengetahui lebih lanjut. Sesi ini adalah atas usaha ketua jabatan masing-masing yang inginkan anak buahnya berketerampilan menarik.



Seperti biasa, salah seorang Senior BC akan mengendalikan kelas. Sesi penerangan bermula dengan Siapa pendiri syarikat ini, apa itu Mary Kay Inc, apa peranan kami dalam Mary Kay dan mengapa kami sangat teruja dengan Mary Kay dijelaskan semasa sesi pengenalan ini. Kita boleh lihat sendiri bagaimana peserta yang datang begitu asyik mendengarnya.

Sesi belai muka bermula. Pada mulanya masing-masing takut, kekok, malu dan sebagainya. Saya dan BC baru mengambil peranan menganalisis kulit peserta dan mencadangkan produk yang sesuai.
Baru cuci muka, sudah terdengar komen seperti terasa sejuk, tidak berbuih tetapi bersih dan apabila dilihat pada kali pengelap wajah, ada sedikit warna terlekat pada kain.

Masing-masing sibuk membelai wajah. Oleh kerana mereka tidak biasa bermekap, masing-masing minta warna natural. Mary Kay memang mempunyai banyak warna yang natural. Tamat sesi, masing-masing kembali ke pejabat. Orang lain yang memandang terpegun melihat sesungguhnya ada wanita dikalangan mereka. Selama ini gadis-gadis ini dianggap sebagai one of the boys. Almaklum, bidang kerja dominted by men!
Hari Isnin, sudah ramai yang mahu buat booking dengan Linda!
You go, girl!


Thursday, November 18, 2010

Tips mengawal jerawat dengan produk Mary Kay



Tips nombor satu, gunakan produk yang selamat.

Tips nombor dua, gunakan produk yang terbukti berkesan.

Tips nombor tiga, gunakan produk yang tidak mengandungi bahan kimia beracun.

Baru sebentar tadi saya menerima sepucuk emel yang meminta bantuan menyingkirkan masalah jerawat yang sudah dideritai sekian lama.

Pertanyaannya, "Bolehkah Mary Kay bantu rawat masalah jerawat saya?"

Tentulah boleh.

Mula-mula, jerawat sedia ada akan cepat kecut dan mengering.

Kemudian, jerawat yang terpendam bawah kulit akan dapat naik ke permukaan kulit. Ini akan dilihat kononnya Mary Kay menyebabkan jerawat bertambah. Pendapat ini tidak benar.

Rutin penjagaan wajah perlu dilakukan setiap hari, sekurang-kurangnya dua kali sehari, di sebelah pagi dan petang/malam. Dan untuk masalah jerawat, ia perlu dirawat dengan krim jerawat yang mengandungi bahan yang boleh membunuh kuman jerawat.

Dari mana datangnya jerawat? Tentulah dari lapisan bawah kulit. Jerawat tidak berada di udara dan kemudian bertapak pada kulit wajah.

Lazimnya kotoran yang terperangkap bawah kulit akan dikeluarkan melalui pori (liang-liang halus pada kulit). Lambat sahaja kotoran itu dibersihkan, ia akan menjadi jerawat ataupun bintik hitam atau putih yang berisi. Sedap sangat kalau dipicit!

Selain penjagaan wajah dilakukan secara sistematik, pastikan juga setiap produk yang digunakan pada wajah bersih. Sebagai contoh, kosmetik yang digunakan mestilah selamat dan bersih, tidak berkongsi produk dengan orang lain, berus kosmetik dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali, kosmetik yang digunakan tidak menyebabkan liang pori tersumbat, tidak menyentuh wajah dengan kerap, tidak mencungkil jerawat dengan kuku.

Antara penyebab jerawat termasuklah:-

1) Lebihan minyak dibiarkan sahaja. Tidak mengambil sebarang langkah menjaga wajah berminyak.

2) Mengambil ubat, hormone, suplemen tanpa mengambil sebarang langkah pengawalan, sebagai contoh, minum air secukupnya.

3) Stres.

4) Pencemaran udara dalam persekitaran.

5) Diet anda.

Anda boleh kenalpasti sendiri penyebab jerawat. Selepas masalah ini dikenalpasti, anda bolehlah mengambil tindakan yang sepatutnya.

Sekiranya anda memerlukan consultation mengenai masalah seperti ini, silalah berhubung dengan saya. Saya mungkin dapat membantu anda berdasarkan pengalaman saya.

Thursday, November 11, 2010

Testimoni pengguna Botanical Customized SkinCare


Saya gembira apabila customer memberi testimoni selepas menggunakan produk saya.

Ini kisahnya.

Selepas menggunakan rangkaian produk Botanical Customized Skin Care ini lebih kurang 1 minggu, wajahnya naik ruam.

Nasihat saya? Teruskan memakai produk itu.

Selepas beberapa hari, ruam surut tetapi muncul pula jerawat.

Jerawat tersebut naik dengan banyaknya tetapi kulit wajah semakin halus, lembap dan nampak lebih bermaya.

Dalam tempoh ini, dia sering berkomunikasi dengan saya. Saya mendorongnya dan memberinya semangat di samping berkongsi maklumat mengenai apa yang berlaku kepada kulitnya.

Dia memang wanita yang tabah. Jerawat diubati dengan krim jerawat yang dapat dibeli di kedai biasa. Namun saya terus menasihatinya supaya tidak mengabaikan penjagaan wajah dan sentiasa gunakan pelembap.

Selepas dalam tempoh lebih kurang sebulan, dia menghantar emel mengatakan yang jerawatnya sudah beransur kering. Ini bermakna jerawat yang selama ini terpendam dalam liang peluh sudah naik ke permukaan kulit. Liang peluh sudah bersih!

Ini memang berita yang menggembirakan bagi saya.

Saya bersyukur kerana berjaya membantunya melewati detik-detik sukar ketika wajah diserang jerawat. Selepas melepasi saat ini, jerawat yang tumbuh kelak akan lebih cepat baik dan Insya Allah datang sekali-sekala. Inilah yang berlaku kepada saya sejak bertukar produk kepada Mary Kay.

Wednesday, November 10, 2010

SCC - testimoni peserta


Seperti biasa, apabila ada wanita yang berminat mencuba produk Mary Kay, BC akan bawa kesemua barang yang boleh digunakan mereka. Dari sini, baru mereka ketahui ada pelbagai jenis barang yang boleh mereka gunakan. Ia bukan hanya untuk muka, tetapi meliputi seluruh badan (kecuali rambut).

Sebelum acara bermula, sudah tentu mereka akan test spa tangan yang berharuman mewah. Ia bukan hanya wangi, peserta serta-merta melihat dan merasai sendiri kelembutan tangan masing-masing. Tangan mereka yang selama ini terabai dan tidak dibelai sewajarnya, kelihatan cerah, lembut dan licin.

Selepas acara facial yang merangkumi cucian dan dipakaikan masker, kemudian disegarkan dan dilembapkan, peserta berpeluang belajar menyapu sendiri bedak foundation supaya nampak segar.

Bukan sedikit yang tidak biasa menggunakan bedak foundation. Tetapi selepas sahaja mereka menyapu bedak krim ini, wajah mereka menjadi bertambah serinya.

Apabila sesi facial dijalankan sewaktu lunch break, mereka yang sedang 'cuti' berpeluang pulang ke rumah dengan wajah hasil facial dan mekap nipis siang tadi. Salah seorang peserta itu memberitahu saya baru-baru ini, bedak di wajah masih lekat walaupun sudah berjam-jam dipakai. Ketika wajah dicuci, air cucian bertukar warna coklat. Walaupun bedak itu melekat kuat pada kulit wajah, namun ia sangat senang dicuci dan ditanggalkan. Ketika itu dia masih lagi menggunakan cleansernya sendiri (bukan Mary Kay!)

Ini menunjukkan produk Mary Kay hanya perlu dipakai sekali sahaja tetapi ia sudah memadai. Ia memang menjimatkan!

Salah satu perkara yang menyentuh perasaan saya adalah, dia memberitahu dia sudahpun mengamalkan teknik cucian wajah yang saya tunjukkan hari itu. (Dia bukan pengguna produk MK lagi sebab produk skincarenya masih ada.)

Bagi guru, itulah hadiah yang paling bererti! Bagi seorang beauty consultant, kami berasa objektif memperkayakan pengalaman dan pengetahuan seseorang wanita itu tercapai.

Berminat belajar cara urutan awet muda? Hubungi saya 0173016169

Tuesday, November 9, 2010

Jeragat vs Jerawat - story suka-suka

Liza dan Siti berlaga-laga pipi ketika bertemu selepas terpisah sejak sekian lama.

Liza melihat wajah Siti yang tidak berubah sejak zaman sekolah tanpa rasa jemu. Wajah Siti yang sawo matang kelihatan jernih dan bersih. Dia bertanya, "Kau nampak tidak tua-tua, apa rahsia engkau?

Siti melemparkan pandangan ke wajah Liza yang putih melepak. Dia wanita moden, hanya bertudung apabila ke masjid. Jika tidak, selendang dijadikan pelengkap dressingnya sahaja. Dua wanita itu saling puji-memuji satu sama lain. "Engkau pun apa kurangnya? Jerawat pun sudah baik. Aku masih ingat lagi, jerawatlah musuh utama yang paling kau benci. Kau pakai apa sampai boleh baik jerawat itu?"

Liza menyentuh kulit wajahnya sambil tersenyum panjang, "Kalau mahu cerita kisah kulit, kisah mekap, kisah jaga muka, memang tidak akan habis cerita ini. Sekarang pun aku masih belum puas hati sebenarnya. Kulit aku ini, jerawat memang tidak nampak sebab aku pakai mekap tebal. Tapi, kalau disentuh dengan tangan, rasa bawah kulit aku ini kesat disebabkan jerawat yang tersembunyi bawah kulit. Bila ia keluar saja, akan kupicit, baru puas hatiku. Sebenarnya aku sudah penat mencari penawar jerawat. Aku cemburu melihat kulitmu yang cantik. Seingat aku, kulit engkau memang OK dari dulu, kan?"

Siti menganggukkan kepalanya, redup saja pandangan matanya. "Aku pun sebenarnya mahukan kulit yang lebih cerah. Aku pernah pakai produk yang memutihkan kulit sebab ketika itu kulit aku kusam. Aku sangka kalau kulit putih, kusam akan baik. Tapi rupa-rupanya kulit putih pun jadi kusam. Selepas itu aku kena jeragat. Mula-mula warna coklat. Nasib baik aku cepat cari ubat. Bintik-bintik coklat itu kalau dibiarkan akan jadi hitam. Kalau dah hitam, memang tak dapat dipulihkan. Tapi banyak juga duit yang habis sebab nak baikkan kulit bukan mudah. Mahal pula!

"Pada awalnya aku tak yakin boleh baik, tapi aku cuba juga macam-macam rawatan. Orang kata pakai sabun, aku buat, orang kata pakai peeling, aku buat. Kalau dulu aku buat peeling untuk putih, tapi sekarang aku buat peeling untuk pulihkan kesan coklat tu. Masalahnya dengan buat peeling, bintik coklat yang sudah ada berkurang tapi timbul pula bintik baru. Aku kecewa. Tapi, cari jugalah ubatnya. Aku hampir putus asa. Selepas itu aku jumpa Mary Kay.

"Aku lebih yakin guna produk ini sebab aku diberi penerangan secukupnya. Aku dapat penjelasan mengenai keadaan kulit. Oleh itu, aku berasa lebih yakin dengan produk ini. Walaupun kita perlu bersabar sebab kesannya lambat, tapi disebabkan aku yakin, aku sanggup dan berani tunggu. Tapi, kesannya bukan hanya lambat, healing crisisnya pun satu hal juga. Mula-mula kulit aku menjadi lebih gelap. Semua orang tegur mengapa aku jadi hitam pada waktu itu. Aku sebenarnya bukan menjadi hitam tapi disebabkan orang lain sudah biasa melihat aku putih, diorang tak perasan sebenarnya kulit aku dah jadi warna asal. Mula-mula aku pun tidak suka. Tapi, aku dapat tengok sendiri kulit akau lebih lembut, licin dan nampak sihat. Kesannya inilah yang dapat kau lihat. Engkau boleh rasa sendiri kulit aku ini anjal."

Liza memandang Siti dengan lebih dekat, "Memang kulit kau nampak halus. Tapi, aku rasa Mary Kay pun tidak akan dapat bantu masalah aku ini. Aku ini orang yang sudah mencuba pelbagai jenis produk, yang antarabangsa, yang lokal, yang murah, yang mahal, dua orang doktor sudah aku temui, tak juga baik-baik jerawat aku ini. Sudahnya aku guna produk peeling ini. Setakat ini, jerawat aku sudah tidak tumbuh lagi."

Siti berkata lagi, "Aku sendiri pun tidak tahu sama ada jerawat kau akan pulih ataupun tidak. Tapi, dari apa yang aku tahu, jerawat bawah kulit kau itu akan dikeluarkan kalau kau guna Mary Kay. Jerawat bawah kulit itu kan sedang menunggu saat untuk keluar? Kalau kau biarkan ia di bawah kulit, sampai bila-bila pun jerawat kau akan tetap ada. Cubalah produk ni. Jerawat sebenarnya adalah satu masalah yang dapat dikawal. Memang jerawat tetap tumbuh kalau bahagian bawah kulit kotor tapi bila kulit sudah bersih atas dan bawah, jerawat itu cepat baik dan cepat kering. Tidak perlulah kau menderita disebabkan jerawat yang degil itu!

Ya, sebenarnya liang roma di mana peluh dikeluarkan itu sangat panjang. Sekiranya jerawat sudah terkumpul sepanjang liang peluh itu, jenuhlah menunggu semua jerawat itu dibersihkan. Jadi apa yang perlu dilakukan? Guna mask dua ataupun tiga kali seminggu supaya jerawat cepat keluar dan kulit cepat baik. Andaikan saat ini, saat yang paling memeritkan tapi penderitaan itu tidak akan kekal lama. Bayangkan kita akan mendapat kulit yang sihat, cantik dan berkilau. Pasti orang tersayang tidak jemu-jemu menatap wajah kita!

Saturday, November 6, 2010

Tips penjagaan kulit sekitar mata

Kongsi-kongsi tips penjagaan kulit sekitar mata.

Dua ataupun tiga hari lepas, saya menonton sebuah rancangan KBS (saya peminat semua rancangan Korea!) yang membicarakan peri pentingnya penjagaan mata.

Menurut rancangan tersebut, jika mata yang bermekap tebal tidak dibersihkan dengan betul, ia akan menyebabkan cairan dalam mata menjadi keras lalu keluar seperti batu. Jadi mekap ini perlu betul-betul dibersihkan di luar dan di dalam mata.

Selesai menonton rancangan ini, saya teringat betapa bagusnya pembersih mekap mata dan bibir yang terdapat dalam rangkaian produk Mary Kay.

Pembersih mekap mata dan bibir Mary Kay tidak mengandungi alkohol jadi ia tidak memedihkan mata walaupun digunakan ketika contact lens belum ditanggalkan. Ia cukup selamat, dan sangat lembut pada mata dan kawasan kulit sekitar mata.

Jika dilihat pada mata kasar, ia mengandungi dua lapisan iaitu air dan sejenis cairan berasaskan silikon. Apabila dikocak, ia akan bercampur dan membolehkan pembersih ini membersihkan mekap di luar. Pada masa sama, membersihkan kotoran di dalam serta menggebukan lapisan kulit sekitar mata dan bibir.

Lapisan sekitar bibir dan mata amat nipis, ia dikatakan 30% lebih nipis berbanding kulit di bahagian lain pada wajah.

Spa mata Mary Kay merangkumi beberapa produk ini. Ia adalah antara produk terlaris di Mary Kay:-

1) Oil Free Eye Makeup Remover - untuk menanggalkan mekap mata dan bibir walaupun selepas menggunakan mekap kalis air.


2) Indulge Soothing Eyes Gel

untuk menyegarkan mata yang kepenatan, eyebag sementara serta bengkak mata kerana menangis;

3) Firming Eye Cream
bagi eyebag (sembap bawah mata).
4) Eye Revitalizer
khas untuk dark circle.

5) Age-Fighting Cream
khas untuk kedut sekitar mta
 
Bagi menghilangkan kesan dark circle dan eye bag buat sementara waktu, gunalah concealer! Concealer Mary Kay tidak bercapuk. Ia blend dengan warna kulit, terasa ringan apabila dipakai.

Sekiranya kita menghadapi banyak garis halus di sekitar mata, salah satu sebabnya adalah kerana kulit kita kering (dry ataupun dehydrated). Jadi ia memerlukan bantuan. Gunalah krim mata yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Skin Care Class di Penang


Kami bertolak dari Sg Buloh ke Juru, Penang jam 6.40 pagi, tiba di pejabat Mary Kay di Juru jam 9.50am. Selama beberapa minit kami menunggu di luar kerana pintu belum dibuka. Namun, tetamu yang dijemput sudah mula datang.

Sesi bermula dengan ucapan Selamat Datang daripada BC Leha yang sempat juga memperkenalkan kami kepada para tetamu. Selain saya, Sofu dan Leha, BC dari kawasan utara turut datang. Mereka adalah Rosidah, Haiza dan Ros. Masing-masing membawa sekurang-kurangnya dua tetamu.

Namun kami bertiga yang mengendalikan seluruh sesi tersebut. BC kawasan utara masih baru jadi mereka melihat bagaimana cara mengendalikan bengkel kecantikan. Kelak, diharapkan mereka akan menjadi wakil kami mengendalikan bengkel kecantikan Mary Kay di sebelah utara dan kawasan sekitarnya.

Para tetamu diberi peluang menonton klip video yang menonjolkan Mary Kay Ash dan Mary Kay Inc. Selepas itu mereka diberi kuiz berdasarkan maklumat yang diberikan dalam klip video tersebut. Semuanya senang, mereka yang memberi jawapan yang betul membawa pulang hadiah misteri.

Sofu mengambil tempat dan meneruskan acara selanjutnya. Para peserta diminta mencuci tangan dengan menggunakan Satinhands hands spa. Mula-mula mereka diberi krim pelembut yang perlu disapukan ke tangan bagi melonggarkan sel-sel kulit mati yang menjadi daki dan kerak kulit. Selepas itu mereka mencuba scrub tangan yang berharuman peach dan apricot. Selepas tangan dicuci, masing-masing melihat tangan yang baru di scrub itu bersih dan warna lebih rata. Kulit menjadi lembut dan kelihatan lembap.

Saya pula mengendalikan sesi skin care yang merangkumi beberapa perkara:-

1) Produk yang sesuai diberikan kepada pengguna berdasarkan sejarah pemakaian produk lain dalam tempoh setahun yang lalu dalam borang yang disediakan.

2) Cleanser diberikan kepada pengguna dan mereka diajar cara menggunakan teknik yang betul ketika mencuci bahagian mata dan bibir. Mereka diberi peluang menggunakan mekap remover Mary Kay yang tidak mengandungi alkohol. Sesetengah produk yang mengandungi alkohol menyebabkan mata pedih apabila digunakan.

Selepas mencuci bahagian mata dan bibir, mereka menggunakan cleanser wajah dan ditunjukkan cara mengurut wajah dengan betul. Sebab mengapa urutan tertentu dilakukan turut diterangkan. Selepas wajah selesai diurut, mereka membersihkan wajah dengan menggunakan facial disposable cloth.

3) Peserta ditanya perasaan mereka selepas membersihkan wajah dengan pencuci wajah Mary Kay. Kebanyakannya memberi respons positif seperti kulit berasa nyaman, segar, lembut dan berasa lebih bersih.

4) Selepas itu mereka menggunakan masker yang hanya di sapu di sebelah wajah sahaja. Ini bagi membolehkan mereka melihat sendiri beza bahagian wajah yang sudah dimasker dan yang belum. Sesi ini paling menarik. Ada yang mendapati bahagian bermasker lebih putih, ada yang lebih halus, lebih licin dan ada pula yang berwajah senget. Semua sebab ini dijelaskan dalam sesi tersebut.

5) Kegemaran ramai adalah bahagian lip spa. Bibir masing-masing yang bermasker menjadi lebih lembut dan bersih. Ada juga yang mendapat bibir merah. Merah atau tidaknya bibir seseorang itu bergantung kepada warna darah masing-masing.

6) Penyegar digunakan dan mereka ditunjukkan cara yang betul menyapunya ke wajah. Penyegar tidak boleh disapu ke bahagian mata dan bibir. Mahu tahu sebabnya? Marilah datang ke sesi yang kami anjurkan.

7) Pelembap yang sesuai dengan kulit peserta diberi. Testimoninya? Pelembap terus diserap oleh kulit, kulit terasa ringan dan berasa nyaman.

8) Sesi saya berakhir dengan sapuan bedak asas berkrim. Ini menambahkan glow di wajah setiap peserta sesi. Lipstick? Tentulah ada!

Sesi diteruskan lagi dengan career path di mana Sofu berkongsi cara bagaimana menyertai Mary Kay, bagaimana mahu mendapatkan diskaun, bagaimana mendapat wang lebih daripada Mary Kay dan apa yang boleh dicapai di Mary Kay.

Berminat mengadakan woksyop kecantikan di tempat saudari?

Berminat menjadikan bidang kecantikan karier saudari yang seterusnya?

Hubungi Hasnah (Kak Lani) 0173016169