Jeragat terjadi akibat membiarkan kulit kita terdedah kepada cahaya matahari. Bertahun-tahun lamanya kita berpanas dengan bebas tanpa menyedari bahaya sinar matahari. Matahari, yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigen untuk pernafasan kita, memanaskan lautan, penyebab bumi kekeringan, sehingga menyebabkan hutan kebakaran. Tanpa matahari yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, kita pasti akan kehilangan sumber makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Matahari membantu badan kita menghasilkan Vitamin D yang diperlukan bagi mengekalkan dan memelihara tulang dan gigi, dan membantu badan menyerap kalsium. Walau bagaimanapun, kita hanya memerlukan panas matahari ini 15 minit sehari saja, itu pun pada sebelah pagi. Antara jam 10 pagi hingga 4 petang, eloklah kita berteduh dan menjauhkan diri darinya. Terdedah kepada panas matahari mengundang pelbagai perkara yang tidak menyenangkan. Antaranya kanser kulit, tona kulit yang tidak senada, jeragat, legam. DNA kulit b
Blog Beauty Consultant Bebas Hana