Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Mary Kay syarikat skincare dan kosmetik

Syarikat Mary Kay ditubuhkan pada 13 September 1963, 57 tahun yang lalu. Kedai pertamanya bersaiz 500 kaki persegi sahaja. Ketika itu mendiang berusia 45 tahun, memilih untuk berhenti kerja selepas terlepas kenaikan pangkat hanya kerana beliau wanita. Selepas berhenti kerja, beliau bercadang menulis buku mengenai syarikat impian, tanpa menyedari yang beliau sedang membuat draft untuk syarikat sendiri. Berbekalkan wang simpanan lima ribu Dollar, beliau menubuhkan syarikatnya Beauty by Mary Kay. Beliau dibantu oleh anak lelakinya, Richard Ryan Rogers yang baru berusia 20 tahun, seorang akauntan. Ketika itu syarikat mempunyai 5 produk sahaja. Tetapi, beliau punya sebuah impian yang besar. Iaitu, mahu memberi inspirasi kepada wanita untuk merubah hidup mereka dan seterusnya menjadi contoh kepada wanita lain. Hari ini terdapat lebih 200 produk untuk dipasarkan. Syarikat juga sudah memiliki fasiliti R&Dnya sendiri. Terdapat lebih 3.5 juta perunding kecantikan bebas di seluruh dunia di ha

Apa itu Jeragat? Ini 5 langkah asas memudarkannya

Seram melihat kulit wajah makin tidak bermaya? Ini adalah realiti kehidupan. Apabila usia meningkat, kulit kita makin tidak berdaya menepis musuh-musuh kulit di luar sana. Antara musuh kulit kita termasuklah sinar UV, asap kenderaan, kilang dan rokok, cuaca, pencemaran, habuk dan debu. Tambahan pula, kolagen bawah kulit kita makin nipis, tenaga sel kulit semakin lemah, jadi warna kulit bertambah kelam. Untuk mengembalikan seri wajah kita, kita perlu menggunakan produk yang berkualiti dan mengandungi khasiat menguatkan sel kulit serta mencerahkan kulit kita dari dalam. Pengalaman saya mendaki usia dari tahun ke tahun, kulit mula nampak sallow (kekuningan) walaupun saya berkulit cerah. Rutin skincare saya berjalan seperti biasa namun warna kulit kurang menawan. Ini semua adalah sebahagian proses meningkat usia! seramnya.... Salur darah yang halus-halus dalam dermis kulit mula berkurang. Jadi kulit mula menerima penurunan bekalan oksigen. Ini antara sebab mengapa kulit nampak kurang berse