Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Review ke atas Mary Kay Micellar Water

Micellar water Micellar Water adalah sejenis pembersih wajah yang dapat membersihkan mekap wajah seperti bedak foundation dan bedak lain dengan hanya satu sapuan. Ia mampu membersihkan mekap biasa dan mekap waterproof dengan mudah. Micellar Water boleh digunakan untuk cucian berganda atau double cleansing. Bahan kandungannya dan kebaikannya Micellar Water dari Mary Kay ini mengandungi sejenis gliserin, ia amat lembut dan berkesan, serta selesa semasa membersihkan wajah. Kita tidak perlu menonyoh wajah kita. Kini proses membersihkan wajah lebih mudah, lebih fun, lebih pantas, lebih lembut! Tahukah anda double cleansing boleh menyebabkan kulit menjadi kering?  Jadi anda perlu bijak memilih produk yang betul dan selamat bagi memastikan kulit anda tetap segar dan tetap sihat selepas melakukan double-cleansing. Saya gemar menggunakan Micellar Water ini kerana ia memudahkan cucian wajah yang penuh dengan solekan sebelum berwuduk. Wajah terasa lembap selepas dibersihkan dengan Micellar Water.