Langkau ke kandungan utama

Jeragat & kesan matahari


Jeragat terjadi akibat membiarkan kulit kita terdedah kepada cahaya matahari. Bertahun-tahun lamanya kita berpanas dengan bebas tanpa menyedari bahaya sinar matahari.

Matahari, yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigen untuk pernafasan kita, memanaskan lautan, penyebab bumi kekeringan, sehingga menyebabkan hutan kebakaran. Tanpa matahari yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan, kita pasti akan kehilangan sumber makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Matahari membantu badan kita menghasilkan Vitamin D yang diperlukan bagi mengekalkan dan memelihara tulang dan gigi, dan membantu badan menyerap kalsium. Walau bagaimanapun, kita hanya memerlukan panas matahari ini 15 minit sehari saja, itu pun pada sebelah pagi. Antara jam 10 pagi hingga 4 petang, eloklah kita berteduh dan menjauhkan diri darinya.

Terdedah kepada panas matahari mengundang pelbagai perkara yang tidak menyenangkan. Antaranya kanser kulit, tona kulit yang tidak senada, jeragat, legam. DNA kulit boleh terjejas.

Kanser kulit berlaku apabila UVA masuk ke kulit sehingga tembus ke lapisan kulit yang kedua, iaitu dermis.

Bagi memelihara kesihatan kita dan khasnya, kesihatan kulit kita, kita perlu memakai perlindungan khas untuk kulit iaitu pelindung tabir suria (anda boleh cuba Mary Kay Sun Care SPF50+++) dan berpakaian labuh, berlengan panjang sepenuhnya.

Sinar ultra violet A dan B ini tidak nampak pada mata kasar. Tapi ia ada di sekeliling bumi. Bermakna, ia ada di sekeliling kita. Asal siang saja, adalah ia. Jadi pelindung tabir suria ini perlu dipakai setiap hari sama ada hujan atau mendung, seawal 7 pagi sehinggalah senja, yakni 12 jam.

Biasa bagi kita, perkara yang tidak nampak, kita mudah lupa. Jadi dengan adanya perubahan warna pada kulit, maka kita akan ingat akan bahaya sinar UV ini. Mula-mula kulit berubah warna, warna kulit semakin gelap apabila usia kita meningkat. Ini adalah kesan awal UVB. Sinar UVB menggelapkan warna kulit.

Jika kita tidak mengendahkannya, lama-lama kulit mula nampak kering, kusam dan layu akhirnya kedut mula kelihatan. Ini adalah kesan UVA. Kesan UVA memiliki kesan jangka panjang. Jeragat dan tompok gelap adalah kesan biasa yang kita nampak bagi mereka yang sudah berusia 35 ke atas.

Rujuklah kepada rajah di atas bagi melihat sejauh mana perginya anak panah yang masuk ke kulit itu!

Jika anda mencari produk Mary Kay yang dapat memudarkan jeragat dan mengatasi isu kulit kusam atau bagaimana melindungi kulit dari bahaya UV ini, saya menyediakan servis free skin analysis dan product consultation.

Set penjagaan kulit LumiVie sememangnya direka khas bagi mengatasi isu tona kulit tidak sekata, memudarkan jeragat dan mencerahkan warna kulit.


Salam sayang daripada saya,
Hasnah
Ind. Beauty Consultant Mary Kay 

Untuk order directly mana-mana produk Mary Kay, sila tekan Link.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...