Buat Mary Kay ni tak susah. Tapi anda perlu rajin berusaha. Buat sekali tak jadi, kena buat dua kali. Jika gagal juga, buat tiga kali dan sampai jadi. Jika tidak tahu, belajarlah. Mary Kay menyediakan banyak peluang untuk independent work force (perunding kecantikan bebas) meningkatkan ilmu pengetahuan. Ini kerana pihak syarikat sedar perunding kecantikan bebas datang dari pelbagai latarbelakang dan peringkat pendidikan. Salah satu cara syarikat menyampaikan ilmu bisnes adalah dengan mengadakan persidangan kepimpinan yang boleh disertai oleh perunding kecantikan yang berpangkat Sales Director dan ke atas. Persidangan adalah tempat bagi pengarah jualan berkenalan dengan sesama mereka yang sama pangkat, belajar bagaimana mengendalikan empayar bisnes masing-masing, menetapkan matlamat baru serta mendapatkan semangat daripada sesama mereka. Pendidikan disampaikan secara formal tetapi santai. Para mentor dipilih di kalangan pengarah yang cemerlang bagi berkongsi tips dan rahsia kejayaan m
Blog Beauty Consultant Bebas Hana