Langkau ke kandungan utama

Peluang pendidikan Mary Kay

Buat Mary Kay ni tak susah. Tapi anda perlu rajin berusaha. Buat sekali tak jadi, kena buat dua kali. Jika gagal juga, buat tiga kali dan sampai jadi.

Jika tidak tahu, belajarlah.

Mary Kay menyediakan banyak peluang untuk independent work force (perunding kecantikan bebas) meningkatkan ilmu pengetahuan.

Ini kerana pihak syarikat sedar perunding kecantikan bebas datang dari pelbagai latarbelakang dan peringkat pendidikan.

Salah satu cara syarikat menyampaikan ilmu bisnes adalah dengan mengadakan persidangan kepimpinan yang boleh disertai oleh perunding kecantikan yang berpangkat Sales Director dan ke atas. 

Persidangan adalah tempat bagi pengarah jualan berkenalan dengan sesama  mereka yang sama pangkat, belajar bagaimana mengendalikan empayar bisnes masing-masing, menetapkan matlamat baru serta mendapatkan semangat daripada sesama mereka. Pendidikan disampaikan secara formal tetapi santai.

Para mentor dipilih di kalangan pengarah yang cemerlang bagi berkongsi tips dan rahsia kejayaan mereka. Di sinilah terjalinnya persahabatan yang erat sesama kami.

Masa yang dihabiskan di persidangan ini adalah masa yang kami nanti-nantikan setiap tahun.


Selain belajar, kami dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh syarikat di malam Gala di mana kami perlu berpakaian cantik mengikut tema yang diberikan.


Selain acara tahunan, Mary Kay mengadakan Sales Director Development Day iaitu meeting khas bagi semua pengarah jualan bebas pada setiap bulan. Meeting 3 - 4 jam ini sarat dengan informasi terkini syarikat, pendidikan dan majlis penghargaan.

Perjumpaan bulanan ini amat menyeronokkan kerana selain bertukar khabar, kami dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami, menyampaikan ucap tahniah kepada yang berjaya, yang berjaya pada bulan lepas menerima pengiktirafan, belajar belajar dan belajar dan akhirnya kembali ke rumah dengan semangat baru.

Sekiranya anda berminat dan ingin maju di Mary Kay, anda tidak perlu risau dengan segala kekurangan atau kelebihan anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai kemahiran di Mary Kay.

Adakah aktiviti seperti ini kegamaran anda? Ia ada di Mary Kay. Jom join kami dan menjadi salah seorang daripada kami. Kerjaya sebagai perunding kecantikan bebas Mary Kay amat menyeronokkan!


Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...