Faktor usia menyebabkan garis memanjang pada tepi mulut mula menampakkan dirinya. Soalannya sekarang, bagaimana mahu memastikan garis itu tidak terus menyebabkan wajah kita nampak jatuh? Marionette Lines and Nasolabial Lines Smiling lines ataupun Marionette Lines adalah nama yang diberikan kepada garis tegak tepi mulut yang mula ketara pada wajah kita seawal usia 30an. Kemunculan garis -garis ini menjadikan seluruh wajah nampak jatuh dan 'sedih' dan wajah kelihatan berusia. Ia lebih ketara pada mereka yang memiliki kulit wajah yang nipis. Ia juga mudah terjadi kepada mereka yang mengamalkan diet untuk kurus. Pemilik kulit jenis kering paling mudah mendapat kesan garis-garis kasar yang dalam ini. Sekiranya anda masih dalam usia 30an dan perimenopaus (fasa awal menopaus), anda masih boleh melewatkan kemunculannya dengan memakai serum anti-penuaan. Bagi anda yang sudah berada dalam fasa menopaus, serum sahaja mungkin tidak lagi memenuhi keperluan kulit anda. Tibalah masanya untuk
Blog Beauty Consultant Bebas Hana