Langkau ke kandungan utama

Tips menghilangkan Marionette Lines (garis tegak tepi hidung)

Faktor usia menyebabkan garis memanjang pada tepi mulut mula menampakkan dirinya.
Soalannya sekarang, bagaimana mahu memastikan garis itu tidak terus menyebabkan wajah kita nampak jatuh?


Marionette Lines and Nasolabial Lines

Smiling lines ataupun Marionette Lines adalah nama yang diberikan kepada garis tegak tepi mulut yang mula ketara pada wajah kita seawal usia 30an.

Kemunculan garis -garis ini menjadikan seluruh wajah nampak jatuh dan 'sedih' dan wajah kelihatan berusia.

Ia lebih ketara pada mereka yang memiliki kulit wajah yang nipis. Ia juga mudah terjadi kepada mereka yang mengamalkan diet untuk kurus. Pemilik kulit jenis kering paling mudah mendapat kesan garis-garis kasar yang dalam ini.

Sekiranya anda masih dalam usia 30an dan perimenopaus (fasa awal menopaus), anda masih boleh melewatkan kemunculannya dengan memakai serum anti-penuaan.

Bagi anda yang sudah berada dalam fasa menopaus, serum sahaja mungkin tidak lagi memenuhi keperluan kulit anda. Tibalah masanya untuk anda mula memakai Timewise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler ini.

Deep Wrinkle Filler ini sememangnya dicipta bagi mengatasi masalah kedut yang lebih dalam yang biasanya muncul pada :-

1. Pipi dan hidung (Nasolabial Lines)

2. Tepi mulut (Marionette Lines)

3. Cakar helang (Crows Feet) 

4. Kedut di pangkal hidung (Bunny Nose)

5. Garis kerut (Frown Lines - kesan gemar marah)

6. Garis dahi (Forehead Lines - kesan banyak fikir)

7. Tear Troughs (garis bawah mata)

8.  Garis melintang pada dagu, 

9. Garis memanjang atas bibir

Jika kita belek wajah kita di cermin, mungkin ada 1 atau 2 kedutan nampak jelas pada muka.

Oleh itu, jom cepat sapukan krim Deep Wrinkle Filler ini. 

Pakai sedikit sahaja selepas menyapu serum. Ia agak pekat jadi pakai sedikit dan ratakannya ke dalam garis kedut dengan hujung jari. 

Saya suka merekomenkan anda meratakannya dengan berus mengurut Mary Kay.

Bahan utama dalam Deep Wrinkle Filler ini adalah Retinol dan Asid Hyluronic, iaitu antara bahan terbaik dalam anti-aging product.

Sentuhan jari ke muka perlulah lembut, jangan menggonyoh muka terutama di kawasan berkedut.

Sudah tentu saya sudi berkongsi dengan anda cara menjaga muka dengan betul menerusi kelas penjagaan wajah secara virtual.

Anda boleh mendapatkan produk ini daripada saya ya! 

Anda juga boleh order sendiri dengan menekan LINK

Ikhlas daripada saya,

Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...