Langkau ke kandungan utama

Krim mata satu keperluan

Gambar hiasan wanita usia 50an dari Bing

Kulit keliling mata lebih nipis, mudah berkedut, mudah menjadi nipis dan mengelupas, kulit mudah rosak, mudah jadi sensitif. 

Ia tiada kelenjar minyak, ia mengandungi lapisan kolagen dan elastin yang nipis. Jadi, ia antara bahagian muka yang terawal mula menghasilkan kesan kedut.

Otot kawasan mata paling banyak bekerja. 

Dianggarkan, mata bergerak sebanyak 100,000 kali sehari. Wow!

Bagaimana mahu menjaganya? 

Pertama sekali, anda perlu menyapu krim mata di keliling mata. Krim mata adalah pelembap mata.Teksturnya lebih halus dan ringan. Jadi ia mudah diserap.

Bahagian keliling mata perlu dicuci dengan Mary Kay Oil-Free Eye Makeup Remover setiap pagi dan malam, dan waktu di antaranya apabila perlu. Kandungan bahan dalam pembersih ini amat lembut tetapi berkuasa dalam meleraikan mekap dan membuang kotoran seperti peluh dan habuk yang melekat pada kawasan ini.


Jangan cuci bahagian keliling mata dengan pencuci muka biasa. 

Tahukah anda bahagian keliling perlu juga dibersihkan walaupun anda tidak bermekap?

Anda perlu membersihkan bahagian ini kerana mahu menyingkirkan habuk, minyak yang turun dari dahi ke kelopak mata dan kotoran lain yang melekat pada keliling mata.

Gunakan kapas ketika membersihkannya. Elakkan dari menggonyoh mata.

Jika anda tidak berhati-hati dengan keliling mata, gegelap mata akan muncul, kedut halus dan kasar serta cakar helang akan bertandang. 

Pesan saya, jaga kulit keliling mata dari sekarang. Jangan tunggu hingga usia lewat, masa itu mugkin sudah terlewat buat anda.

Terdapat beberapa jenis krim mata yang disesuaikan dengan masalah yang ingin anda atasi dan bajet anda.

1. Bagi masalah ringan seperti sembap yang sementara, anda boleh gunakan Indulge Soothing Eye Gel.


2. Bagi yang mempunyai kesan penuaan awal seperti kedutan halus-halus keliling mata, anda boleh gunakan Timewise 3D Eye Cream. Tekstur krim ini halus, ringan dan mudah diserap kulit. Ia tidak melekit dan pemakai akan berasa selesa memakainya. Penggunaan konsistent minimum 2 kali sehari akan melewatkan kesan garis halus keliling mata.

Seperkara menarik tentang krim mata Timewise 3D ini ia mengandungi bahan yang dapat melindungi kulit keliling mata dari bahaya sinar biru yang dipancarkan oleh modern gadget seperti handphone, laptop dan tablet.










3. Bagi yang mempunyai kesan penuaan ketara seperti kedut halus dan kasar, anda boleh gunakan Timewise Repair Eye Renewal Cream. Krim ini amat sesuai bagi kulit keliling mata yang kering, banyak keduta kasar, kering dan cengkung bawah mata serta masalah gelap dan sembap mata.

Teksturnya sedikit likat, sesuai dengan keadaan kulit yang kering yang memerlukan lebih banyak kelembapan dan emolien.

4. Bagi masalah gegelap dan sembap bawah mata, anda boleh gunakan Timewise Firming Eye Cream. Krim ini pekat serta likat, hanya pakai sedikit sahaja di sebelah pagi dan malam. Penggunaan konsistent akan menjadikan kulit keliling mata tetap segar, cerah, licin dan kelihatan muda! Diperkaya dengan ekstrak daun aloe yang diketahui dapat merapikan melicinkan kulit dengan menarik, menambah atau mengekalkan lembapan.

5. Bagi masalah kekeringan di bahagian bawah kelopak mata, anda boleh gunakan Hydrogel Eye Patches.

Hydrogel Eyepatches in sesuai dipakai 2 hingga 3 kali seminggu, amat mudah digunakan di pejabat sekiranya anda berasa penat memandang laptop seharian. Hanya amat dua keping untuk kedua-dua belah mata, pakai selama 20 minit, anda akan kembali kelihatan segar dan berasa bertenaga.

Sebenarnya ada beberapa kegunaan lagi, tapi untuk entri kali ini, saya hanya fokus kepada penjagaan kulit keliling mata!










6. Bagi anda yang mahukan krim mata yang lebih mewah, anda boleh cuba Youthfinity Eye Cream ini. Krim ini ringan dan selesai dipakai ke kulit keliling mata. Krim mata dalam bentuk jar ini datang bersama spatula emas 22-karat bagi melengkapkan kemewahan produk ini.










Walau apa pun, berbincanglah dahulu dengan saya.

InsyaAllah saya boleh bantu anda.

Semoga maklumat yang saya kongsikan ini ada menfaatnya buat anda.

Saya Hasnah | Independent Beauty Consultant

Mary Kay Malaysia

Untuk order, sila tekan Link

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...