Langkau ke kandungan utama

Minyak wangi Mary Kay



Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa.

Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk.

Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga.

Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda.

Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jasmin (bunga melati) dan geranium.

Bau Oriental biasanya bau yang lebih menggoda, sering dirujuk kepada amber (ambar)

Bauan ini merujuk kepada bau herba yang eksotik, bauan yang lebih hangat dan sensual. 

Biasanya bauan Oriental merujuk kepada bau kulit kayu manis, vanila, bunga cengkih, kayu cendana, bau kemenyan dan jintan manis.


Bau alam semulajadi. Kebiasaannya bauan ini digemari kaum lelaki.

Secara ringkasnya, bauan ini merangkumi kumpulan bauan Patchouli  (pokok nilam), kayu cendana, pokok cedar, minyak vetiver, pokok pain. 


Bau Segar / Bau Fresh

Kumpulan bauan segar ini lebih umum, tiada yang spesifik. Ia merangkumi bau buah-buahan, bauan hutan, bau laut, bau limau dan bauan harum. Asalkan baunya segar, menarik, bau tumbuh-tumbuhan, ia termasuk dalam kumpulan Bau Segar ini.

3 Peringkat Bauan dalam setiap minyak wangi

1. Bau top note ialah bau semburan pertama yang dapat dihidu serta-merta berlangsung selama 10 ke 15 minit.

2. Bau middle note ialah bau yang dapat dihidu selepas semburan pertama. Ia menjadi jantung kepada sesuatu minyak wangi itu. Baunya menyenangkan, dapat bertahan antara 2 minit hingga ke 1 jam selepas disembur ke badan.

3. Bau base note ialah bau selepas middle note. Bau base note dan bau middle note bercampur-campur bagi menghasilkan bau yang lebih dalam, lebih mewah dan lebih tahan lama kepada minyak wangi.


Klasifikasi minyak wangi

Eau de Toilette - 5-15% sebatian aromatik  (tahan 4-6 jam)

Eau de Parfum - 15-20% sebatian aromatik  (tahan 6-8 jam)

Parfume Extrait - 20-30% sebatian aromatik  (tahan 12 jam ke atas)

Berikut Senarai minyak wangi Mary Kay

 1. Illumenia (Perfume Extrait)

2. Illumenia Dreams (Perfume Extrait)

3. Thinking of Love (EDP)

4. Blush Scent (EDP)

5. Velvet Scent (EDP)

6. Boundless Blue (EDP)

7.  Bella Belara (EDP)

8. Enchanted Wish (EDT)

9. Confidently You (EDP)

10. Embrace for Her (EDT)

11. Embrace for Him (EDT)

12. If You Believe (EDT)

Untuk mendapatkan mana-mana perfume di atas, boleh hubungi saya ya

Hasnah Hana

Mary Kay Malaysia

Independent Beauty Consultant



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...