Langkau ke kandungan utama

Review ke atas Mary Kay Micellar Water


Micellar water

Micellar Water adalah sejenis pembersih wajah yang dapat membersihkan mekap wajah seperti bedak foundation dan bedak lain dengan hanya satu sapuan. Ia mampu membersihkan mekap biasa dan mekap waterproof dengan mudah.

Micellar Water boleh digunakan untuk cucian berganda atau double cleansing.

Bahan kandungannya dan kebaikannya

Micellar Water dari Mary Kay ini mengandungi sejenis gliserin, ia amat lembut dan berkesan, serta selesa semasa membersihkan wajah. Kita tidak perlu menonyoh wajah kita. Kini proses membersihkan wajah lebih mudah, lebih fun, lebih pantas, lebih lembut!

Tahukah anda double cleansing boleh menyebabkan kulit menjadi kering? 

Jadi anda perlu bijak memilih produk yang betul dan selamat bagi memastikan kulit anda tetap segar dan tetap sihat selepas melakukan double-cleansing.

Saya gemar menggunakan Micellar Water ini kerana ia memudahkan cucian wajah yang penuh dengan solekan sebelum berwuduk. Wajah terasa lembap selepas dibersihkan dengan Micellar Water. Biasalah kan kita nak cepat berwuduk terutamanya bila berada di surau awam ataupun di masjid.

Tips menggunakan Micellar Water

Selepas membasahkan kapas dengan Micellar Water, sapu lembut ke seluruh wajah kecuali bahagian mata dan bibir. Selepas itu, cuci muka dengan pembersih wajah biasa. Wajah serta-merta bersih tiada solekan dan anda dapat berwuduk tanpa waswas.

Sekiranya anda ingin membersihkan wajah sebelum bermekap, hanya basahkan kapas dengan Micellar Water, sapu lembut ke kulit wajah, dan teruslah bermekap. Sudah tidak perlu lagi membilas atau mencuci muka untuk bermekap dan menyapu pelembap. Jimat? Sudah tentu.

Selain membersihkan mekap, Micellar Water membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan kulit. Ia membantu mengurai mekap wajah dengan mudah.

Apa lagi kebaikan Micellar Water dari Mary Kay ini?

Sekiranya anda terlalu penat untuk melakukan rutin penjagaan wajah di malam hari, anda hanya perlu menyapu wajah dengan Micellar Water ini dan terus masuk tidur. Bolehlah buat begini sekali-sekala. Perlu diingat jangan jadikan kemalasan cuci wajah ini satu kebiasaan!

Kandungan bahan dalam Micellar Water ini dapat mengekalkan kelembapan pada wajah anda sepanjang malam.

Bagaimana ia bertindak?

Micellar Water ini dihasilkan oleh air ditapis dan bahan surfaktan berpekatan rendah. Bahan surfaktan ini bergabung membentuk gelembung halus yang dikenali sebagai micelles. Micelles ini menarik kotoran seperti magnet yang menarik kotoran yang berkumpul pada kulit wajah dari siang ke malam.


Produk ini sudah diuji oleh ahli dermatologi, tidak menyebabkan alergi dan iritansi,


Ia mengandungi

  • Air (Water/Eau)
  • Poloxamer 184
  • Gliserin
  • PEG-8 Dimethicone
  • Disodium Cocoamphodiacetate
  • Pentylene Glycol
  • Propanediol
  • Hydroxyacetophenone
  • Caprylyl Glycol
  • Citric Acid
  • Disodium EDTA
  • Ethylhexylglycerin


Untuk order terus, sila tekan Link.

Untuk berbincang dahulu, sila hubungi saya.

Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...