Langkau ke kandungan utama

Pelembap siang dan malam Timewise 3D menghidratkan kulit selama 24 jam.

Mary Kay TimeWise Age Minimize 3D Day Cream adalah pelembap khas dipakai pada siang hari.

Fungsi utamanya adalah melembapkan wajah sehingga 12 jam. Di samping itu, tugas pelembap siang adalah menangkis segala serangan elemen dalam udara ke atas kulit kita. Jadi, amatlah penting bagi kita memakai pelembap kulit sepanjang masa. Tidak boleh TIDAK memakai pelembap.

Rangkaian produk TimeWise Age Minimize 3D mengandungi formulasi produk yang terdiri dari 3 bahan utama ini:-

  • Resveratrol iaitu anti-oksida yang terkandung dalam buah anggur. Fungsi utamanya temasuklah meneutralkan radikal bebas supaya sel kulit terpelihara dari kerosakan. Membekalkan 3 kali ganda kebaikan anti-oksida. Ia membantu tona kulit nampak sekata serta menyokong kolagen semulajadi kulit.

  • Peptida yang mengandungi bukan 1 malah 4 Asid Amino, menyokong kolagen dan elastin semulajadi kulit supaya kulit nampak awet muda dan sentiasa segar.

  • Vitamin B3 Niacinimide dikenalpasti sebagai pencerah yang hebat. Ia juga berfungsi sebagai anti-oksida.
Istimewa dengan pelembap siang atau TimeWise Age Minimize Day Cream SPF 30 Broad Spectrum Sunscreen ini, ia melambatkan proses penuaan serta melindungi kulit dari dirosakkan oleh sinar UV yang bahaya itu.

Day Cream tanpa SPF pun ada bagi yang gemarkan produk penjagaan kulit tanpa perlindungan dari sinar UV. Bagi anda yang memakai Day Cream tanpa SPF ini, saya sarankan anda memakai Mary Kay Sun Care untuk perlindungan!

Pelembap siang Day Cream berSPF ataupun tanpa SPF mengandungi

  • Formulasi kompleks Age Minimize 3D yang sama.
  • Meningkatkan kebingkasan kulit.
  • Mengelokkan keterampilan kulit yang lebih licin dan lembut pada sentuhan
  • Mencerahkan tona kulit.

Pasukan penyelidik dari Good Housekeeping mengiktiraf Day Cream ini sebagai salah satu daripada 7 pelembap yang terbaik untuk kulit kering. Ia dapat menambah kelembapan ke kulit sebanyak 238% hanya dengan satu sapuan.

Timewise 3D Age Minimizer Night krim atau Krim Malam adalah untuk melembapkan kulit pada sebelah malam. Ia mengandungi bahan asas yang sama, dan mampu membekalkan kelembapan 12 jam dan sepanjang waktu kita tidur. Fungsi utama krim malam adalah untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk proses membaikpulih sepanjang malam sewaktu kita tidur.

Sekiranya produk ini dipakai lengkap, anda akan dapat menyaksikan perbezaan pada kulit anda seawal 5 minggu sahaja!

Produk terbaik sudah ada, bila lagi anda nak cuba!

Jom cuba hari ini juga.

Untuk order ataupun cuba dulu sebelum beli, anda bolehlah menghubungi saya ya! Nak sample, hubungilah saya untuk mendapatkannya.

Saya juga menyediakan kelas-kelas penjagaan kulit yang boleh diadakan di rumah ataupun di pejabat anda, sama ada one to one ataupun boleh kumpul kawan 2 orang ke atas. Jom bincang dahulu.

Hasnah
Ind. Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia


Untuk order directly, sila tekan LINK.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...