Langkau ke kandungan utama

Skincare untuk wanita usia 25 tahun dan ke atas - Timewise 3D


Usia kita meningkat hari demi hari. Tahun demi tahun.
Penuaan akan berlaku kepada kita seawal usia 25 tahun kerana pada usia ini, penghasilan kolagen bawah kulit kita mula menurun sedikit demi sedikit.
Soalnya sekarang mengapa ada orang lambat nampak berusia, tetapi ada orang nampak lebih tua dari usia?

Jika anda mahu menjadi salah seorang yang lambat nampak berusia, jom bertukar kepada rangkaian produk Mary Kay Timewise 3D (TW3D).

Apakah rangkaian produk Timewise 3D (TW3D) itu?

Ia adalah satu pendekatan 3-dimensi dalam mengatasi isu penuaan kulit yang mula berlaku pada usia seawal 25 tahun.

Proses penuaan kulit berlaku dari luar dan dalam. 20% proses penuaan berlaku dari dalam adalah proses penuaan semulajadi. 80% proses penuaan berlaku dari luar, adalah disebabkan oleh faktor alam sekeliling dan gaya hidup kita. Faktor luaran ini boleh menyebabkan kesan penuaan pra-matang dan inilah yang dapat dibantu oleh rangkaian produk TW3D.

Projek menghasilkan rangkaian produk TW3D ini memakan masa selama 5 tahun, menjalani pelbagai kajian saintifik sebelum berjaya dilancarkan. 


Ia mengandungi bahan anti-oksida yang dikenalpasti sebagai amat berkuasa pada masa ini iaitu
  1. Resveratrol terkapsul (encapsulated resveratrol), 
  2. Vitamin B3 dan 
  3. Peptida anti-penuaan.

 Produk TW3D ini terdiri dari 4 item yang saling melengkapi satu sama lain. Kurang satu, maka terbengkalailah usaha mendapatkan kulit idaman kalbu!

Fungsi Produk

Fungsi utama rangkaian produk TW3D ini adalah melambatkan proses penuaan dengan mempertahankan dan melindungi kulit dari dirosakkan oleh pencemaran dari alam sekitar, sinar UV, cahaya biru (Blue Light) dan gaya hidup modern.

Sama ada kulit anda kering, berminyak, kombinasi ataupun normal, anda boleh menggunakan set Timewise 3D ini. Terdapat formulasi yang sesuai khas untuk kulit anda.

Kesan positif seawal 4 minggu selepas digunakan dapat dialami dan disaksikan oleh anda sendiri!


Set ini dapat melindungi kulit dari pencemaran yang mencepatkan penuaan.

Apakah jenis pencemaran yang mencepatkan proses penuaan itu?


  • Sinar Matahari, udara panas dan sejuk;
  • Habuk dan asap kenderaan serta kilang;
  • Radikal bebas; dan
  • Cahaya Biru (Blue Light) yang dipancarkan dari handphone, tablet, PC, laptop dan semua gejet modern.
Kehebatan Setiap Produk TW3D

Pencuci muka 4 dalam 1 membersihkan wajah dari kotoran yang menyebabkan kulit nampak kusam, mencerahkan wajah, menyingkirkan sel kulit mati serta membuatkan kulit rasa cukup bersih. Pencuci wajah ini membersihkan wajah dengan lembut. Tough on stains, gentle on skin.



Pelembap Siang (Day Cream) membekalkan kelembapan kulit selama 12 jam. Jika kulit kering, ia meningkatkan lembapan kulit sehingga lebih 238%. Wow banyak tu. Manakala untuk kulit berminyak, ia menyeimbangkan  lembapan dan sebum pada kulit. Terdapat 2 pilihan sama ada mengandungi SPF ataupun tiada SPF.

Pelembap Malam (Night Cream) melembapkan kulit pada waktu malam ketika kulit membina semula sistem pertahanannya. Kulit kembali berseri keesokan harinya.

Krim Mata bantu mengurangkan kesan penuaan serta lelah pada kulit keliling mata, termasuklah lingkaran gelap, sembap mata serta garis halus dan kasar. Menghidratkan kawasan mata selama 12 jam.

Apa kata mereka?


Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, silalah hubungi saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Untuk order directly, sila tekan LINK.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...