Bibir mudah menjadi kering jika kulit wajah anda jenis kering, tersalah pakai lipstik, dan apabila ia tidak dibelai sebagaimana sepatutnya. Ini tidak menghairankan kerana bibir adalah lapisan kulit yang agak nipis. Tahu mengapa bibir berwarna sedemikian? Itu adalah bayangan warna darah anda dalam bentuk kapilari darah. Demikianlah kulit bibir, nipis dan kurang pigment. Bibir mempunyai selapisan epidermis yang lebih nipis, tiada kalenjar peluh dan tiada bulu roma. Struktur kulit bibir menjadikannya kurang lembap secara semulajadi. Ia perlu dibekalkan sama ada dalam bentuk lip balm ataupun lipstik yang melembapkan. Jadi bagaimanakah membelai bahagian kulit yang nipis dan mudah kering ini? Mula-mula anda perlu pastikan semua kulit nipis dan kering pada bibir disingkirkan dengan lembut menggunakan lip scrub. Jika tiada lip scrub, anda boleh gunakan gula. Kulit bibir itu sebaiknya jangan dikoyakkan kerana ia akan menyebabkan luka pada bibir. Bibir yang luka akan dimasuki bakteria. J
Blog Beauty Consultant Bebas Hana