Langkau ke kandungan utama

Tangan kasar apa nak guna?


Tangan adalah wajah kedua kita. Kesan penuaan pada tangan nampak lebih ketara.

Tapak tangan (dan tapak kaki) adalah 2 bahagian kulit yang lebih tebal berbanding kulit seluruh badan.

Disebabkan perbezaan ini, penjagaan tangan kaki sedikit berbeza.

Saya menggemari krim tangan Mary Kay ini kerana ia ringan dan mudah diserap kulit, tiada rasa berat dan melekit. Jadi pemakaiannya amat selesa. Kulit pun terasa lembut dan licin. Kedutan menjadi kurang ketara.

Ia menghidratkan kulit sehingga 24 jam. 

Pemakaian berterusan akan dapat melembutkan kutikel dan kuku.

Untuk pengetahuan anda, kandungan bahan dalam krim tangan ini termasuklah buah aprikot, minyak safflower dan bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A, E dan Omega-3, selain mentega Shea (Shea Butter).

Omega-3 dikenalpasti dalam membantu kulit mengekalkan kelembapan yang diperlukan pada skin barrier. Apabila skin barrier dilindungi, kelembapan dalam kulit dapat dikekalkan.

Bauan utamanya adalah White Tea dan Citrus, amat lembut dan selesa pada deria bau. Campuran lain termasuklah pink grapefruit, serai dan kardamon, cherry blossom dan blooming jasmine.

Jom cuba satu, hari ini juga.

Hanya guna sedikit sahaja. Amat menjimatkan.
 
Kisah Mentega Shea. Sudah digunakan sejak berzaman bagi melindungi dan melembutkan kulit. Mentega Shea mengandungi lelamk Omega-3. Seperti yang diketahui, lelemak Omega-3 membantu kulit mengekalkan kelembapan semulajadi pada skin barrier. Skin barrier yang sihat, kelembapan ini dapat dikekalkan ke dalam kulit. Ia adalah rahsia anda dapat berspa setiap hari, mentega Shea sentiasa melindungi kulit anda.


Untuk cuba dulu sebelum beli atau mahu order, silalah hubungi saya ya!

Ikhlas daripada saya,
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...