Langkau ke kandungan utama

Tips Menghaluskan Kulit Badan, Tangan, Kaki dan Bibir

Set penjagaan badan, tangan dan bibir paling ohsem kini sudah ada di Malaysia! Semuanya boleh dibuat sendiri di rumah.

Untuk badan


Satin Body Series ini adalah set penjagaan badan yang merangkumi Scrub Badan, Mandian Badan dan Losyen Badan.

Body Scrub.

Fungsi utamanya adalah untuk menyental sel kulit mati pada seluruh tubuh badan dengan lembut dan melembapkannya. Kulit menjadi lembap, sel kulit mati dapat disingkirkan, mencerahkan celah-celah gelap dengan lembut. Tiada lagi kesan gelap dan kasar di celah-celah.

Bayangkan kulit satu badan ini lembut, halus, licin berseri serta cerah. Seronoknya!

Scrub badan ini boleh digunakan hari-hari kerana ia cukup lembut. Lagi pun ia amat mudah digunakan. Gunakannya sebagaimana anda menyabun badan anda. Semudah itu!

Seandainya belakang badan anda terdapat jerawat halus-halus, nyahkan saja dengan scrub badan Mary Kay ini. Jerawat halus-halus itu adalah indikasi pori pada kulit badan anda sudah tersumbat. Jadi jangan tunggu lagi, kasi clear pori-pori itu dengan scrub badan.

Body Wash.

Ia adalah sabun badan, teksturnya sama dengan Shower Gel. Harumannya lembut. Buih halus Body Wash ini tidak mengeringkan kulit badan. Amat selesa menggunakannya. Perasaan segar terus terasa selepas mandi.

Losyen Badan.

Ringan dan selesa pada kulit. Mudah diserap. Tiada rasa berminyak pada kulit. Pakai sedikit sahaja sudah cukup untuk diratakan ke kulit. Memberi kelembapan ke kulit selama 24 jam.

Kelebihan pada set penjagaan badan Mary Kay ini adalah:-

  • Mudah digunakan.
  • Harumannya lembut memikat kalbu. Sesuai digunakan khas untuk membelai tubuh badan yang longlai.
  • Menyegarkan.
  • Boleh digunakan lelaki dan wanita
  • Harga yang amat berpatutan

Rangkaian produk ini mengandungi khasiat paling eksklusif, jarang ada di kalangan produk di luar sana, Shea Butter yang kaya dengan Omega-3 serta ditambah dengan Vitamin E.

Terlalu banyak kebaikan Shea Butter ini.

Fungsinya paling utama adalah mampu melembapkan kulit. 

Kulit kita sentiasa diserang oleh radikal bebas , penyebab utama kulit menjadi kering dan kasar. Kulit yang mengalami kekeringan mudah pecah, luka dan cedera. 

Jadi, pakaikan ke kulit anda body losyen yang ohsem ini. Losyen ni membantu melembutkan dan melembapkan kulit.


Untuk tangan

Satin Hands® Pampering Set adalah rangkaian produk penjagaan tangan, dan boleh juga digunakan untuk kaki.

Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit serta menyental sel kulit mati. Bahagian kaki dan tangan kita adalah bahagian yang paling kuat bekerja dan sering mengalami masalah kekeringan.

Kaki dan tangan memerlukan belaian kasih sayang juga. Bahagian kaki dan tangan biasanya terabai. Jika anda curi pandang ke bahagian kaki, bagaimanalah keadaannya sekarang kan! Jari-jari tangan yang banyak berjasa kepada kita, pernahkah ia dilosyenkan?

Perasankah anda bahagian kaki dan tangan merupakan bahagian kulit paling gersang, beribu kedutan dan paling kering, sel-sel kulit mati banyak bertepek di sana maka kulit kaki dan tangan paling tebal dan hodoh!

Oleh itu usah bertangguh lagi.

Anda boleh segera ke spa mani pedi hari ini juga.

Namun kini sudah ada penyelesaiannya, yang anda boleh buat sendiri di rumah, pada harga kurang RM200 se set, anda boleh memberikan belaian kasih sayang kepada kaki dan tangan lebih 10 kali setahun!

Dan yang paling best, anda boleh melakukannya sambil menonton TV di rumah bersama keluarga!



Belian setiap 1 set Mary Kay Satinhands ini anda akan dapat Hands Softener, scrub tangan untuk exfoliation dan juga losyen tangan yang harum.

Scrub tangan yang dapat menghaluskan tapak dan belakang tapak tangan, mencerahkan serta melembutkan kulit tangan agar kedutan dapat dikurangkan.

Scrub tangan ini boleh dipakai 2, 3 kali seminggu. Selepas discrub, sapulah tangan anda dengan losyen tangan yang berharuman White Tea dan Citrus ini, haruman yang cukup menyegarkan pada deria bau kita.

Yang pasti, tangan anda akan sentiasa lembut, tidak lagi kasar, tidak mudah pecah dan luka.


Scrub bibir dan lip balm.

Khas untuk menyingkir kulit bibir yang kering dan terkopek, ia membantu menghaluskan dan melicinkan bibir anda agar bibir sentiasa lembut, kissable dan mungil.

Untuk order atau ingin cuba, anda boleh hubungi saya! Atau klik di LINK.

Perkongsian Ikhlas daripada
Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...