Langkau ke kandungan utama

Mengapa Mary Kay pilihan saya sebagai pengguna dan kerjaya?



Berfikir mahu menyertai Mary Kay, syarikat jualan langsung fokus kepada penjagaan kulit dan mekap serta bodycare, wangian serta peralatan kecantikan?

Apa sebenarnya syarikat ini?

Jom baca kisah saya dan Mary Kay.

Saya menyertai Mary Kay kerana saya menggemari produknya yang berkesan itu. Semakin lama saya bersama syarikat ini, semakin banyak yang saya suka. Saya suka system perniagaannya yang adil, saya suka layanan daripada management staffnya, saya suka sistem pendidikannya yang diberikan secara percuma, saya suka budaya yang menjadi prinsip syarikat ini.

Saya join Mary Kay pada tahun 2009.

Pada awalnya, saya join sebab mahu memakai produk khas untuk muka sambil menikmati penjimatan. Seperti syarikat lain juga, jika anda join, anda dapat sedikit keistimewaan seperti penjimatan, hadiah dan keistimewaan lain.

Kebetulan, ketika itu saya mengalami masalah kulit wajah yang berminyak, berkilat, berjerawat yang meninggalkan kesan parut yang hodoh.

Saya kurang berminat berniaga walaupun tidaklah mewah dengan wang. Tapi, saya jenis suka membeli saja. Seronok sebab membeli sambil menikmati diskaun. Apabila membeli banyak, semakin tinggi diskaun yang diperolehi. Ada offer khas untuk ahli lagi. Ada hadiah lagi. Memang seronok.

Saya banyak membeli, dan saya memakai pelbagai produk untuk diri sendiri. Masa itu saya masih kurang faham pun apa yang sesuai, apa yang tidak sesuai dengan jenis dan keadaan kulit saya. Produk yang sesuai mengelokkan kulit saya manakala yang kurang sesuai, terasa kurang selesa apabila dipakai.

Walau bagaimanapun, saya mendapat idea produk yang kurang sesuai dengan saya, pasti ada orang lain yang sesuai memakainya!

Saya tidak membuang produk itu tapi memberi peluang kepada kawan-kawan untuk mencuba. Jika sesuai, maka saya cadangkan kepadanya untuk membeli.

Produk yang saya pakai sama ada sesuai ataupun tidak sesuai dengan saya, saya jadikannya tester dan beri peluang kepada kawan-kawan mencuba. Cuba punya cuba, maka akhirnya saya dapat menjual, secara kecil-kecilan pada mulanya tetapi selepas itu saya semakin konfiden berkongsi, maka saya dapat menjual sehingga berjaya mendapatkan 3 butir cincin permata, hadiah dari Mary Kay.

Ramai pengguna Mary Kay ini memuji akan hasilnya yang positif. Maklumbalas seperti ini menambah keyakinan saya bagi meneruskan perkongsian tentang produk kecantikan Mary Kay kepada lebih ramai orang di luar sana.

Pengalaman saya sendiri, saya menunggu lebih kurang setahun bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati saya. Kesan pada kulit kita memang berbeza kerana kita semua mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Selain jenis kulit yang berbeza, kita masing-masing mempunyai gaya hidup yang berbeza, pemakanan yang berbeza, jadi sabar dan konsisten memakai produk kecantikan ini adalah kuncinya.

Mary Kay menyediakan kelas-kelas percuma bagi membimbing ahlinya sama ada mereka mahukan info cara betul memakai produk ataupun maklumat untuk berniaga sehingga mencapai keuntungan maksimum yang ditawarkan oleh syarikat. 

Saya hadir ke Unit Meeting hampur setiap minggu untuk mendapatkan ilmu. Masa itu tiada kemudahan WhatsApp. Jadi memang tiadalah peluang untuk belajar online. So terpaksalah datang meeting untuk mendapatkan maklumat. Pada suatu hari saya dapat tahu ada training mengenai produk dan saya pun hadir. Saya sangat gembira kerana dapat tahu lebih banyak pasal produk.

Pada awal pembabitan saya dalam dunia kecantikan Mary Kay, saya banyak menulis blog. Dengan bloglah saya bermula. Dan ramai juga orang yang mencari Mary Kay, menemui saya di blog dahulu.

Ratusan karya saya, ada yang saya share pengalaman sendiri, ada juga yang saya terjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa kita, sudah di-share oleh ramai pembaca. Ada yang beri kredit penulisan itu kepada saya, tapi banyak juga yang copy terus ke laman web masing-masing. Saya halalkan saja. Jika ia dikongsikan orang, saya rasa ilmu itu berguna untuk orang itu dan pembacanya.

Jika anda mencari speaker untuk hal-hal kecantikan, mungkin saya boleh bantu. Hubungilah saya ya! Atau tekan Sini

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...