Langkau ke kandungan utama

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama.

Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis.

Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah.










Sumber: Teach Me Anatomy

Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan.

Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak.





Sumber: Teach Me Anatomy

Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan bersisik dan lapisan Janasel.

Lapisan paling luar, adalah lapisan bersisik atau dinamakan Lapisan Horny. Pada bahagian ini, sel kulit sudah menjadi leper. Atas bahagian ini, terdapatnya sel kulit mati, setebal 15 - 20 lapis. Apabila sel kulit mati ini gugur dari kulit, maka ia akan digantikan dengan sel kulit baru yang dihasilkan pada bahagian Janasel.

Sel kulit pada bahagian Janasel inilah yang dikatakan hidup dan membiak, dan fungsinya adalah menggantikan sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit. Proses penggantian ini mengambil masa 28 - 30 hari. Proses penggantian ini semakin perlahan dengan bertambahnya usia.

Epidermis tidak dibekalkan dengan salur darah.

Lapisan Dermis adalah lapisan yang lebih dalam, di sinilah terdapatnya Fibroblast yang menghasilkan serat kolagen dan elastin. Dalam dermis juga terdapatnya Mast Cell yang bertindak kepada sebarang alahan kulit.

Hujung saraf dan salur darah memenuhi lapisan dermis.

Lapisan Sub-Kutaneus terdiri daripada sel lemak. Dalam penjagaan wajah, kita tidak perlu mendalami bahagian ini kerana dalam soal penjagaan wajah, produk Mary Kay tidak sampai ke sana.

Fungsi Kulit, antaranya

1. Melindungi kulit dari patogen dan anasir luar.
2. Mengawal suhu badan
3. Melindungi organ dalaman.
4. Salah satu sistem perkumuhan
5. Deria rasa.
6. Mengawal kehilangan air yang berlebihan.
7. Dapat membaik sendiri jika tercedera

Panduan mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat

1. Cuci wajah sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang.

2. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit. Mintalah panduan daripada beauty consultant Mary Kay.

3. Kulit perlu di-exfoliate sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Dalam beberapa kes, kulit mungkin perlu di-exfoliate lebih 2 kali seminggu.

4. Kulit perlu disapu dengan perapi wajah contohnya toner, supaya liang pori dapat dihaluskan.

5. Sapulah pelembap selepas setiap kali wajah dicuci bagi mengelakkan kekeringan. Kulit wajah yang kering akan mengakibatkan rekahan. Kulit mungkin menjadi lebih berminyak.

6. Wajib memakai krim pelindung matahari, sapu setiap dua atau tiga jam, sekiranya anda bersenam atau berenang. Perlu memakai krim SPF walaupun anda hanya duduk di rumah kerana sinar UV dapat tembus ke rumah menerusi tetingkap kaca.

Semua skin consultation saya berasaskan pemahaman saya terhadap kulit anda. Produk Mary Kay yang selamat pada kulit kita digunakan dalam setiap saranan saya dalam proses penjagaan kulit.

Untuk mendapatkan lebih keterangan, anda boleh hubungi saya seperti berikut

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Untuk order produk Mary Kay, anda boleh klik di Link.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...