Langkau ke kandungan utama

Kenali jenis-jenis masker dan eksfoliator Mary Kay


Masker dan Exfoliator Mary Kay

Bilakah kali terakhir anda memanjakan wajah anda? Me-time adalah masa yang anda peruntukkan hanya untuk diri anda. Memakai masker adalah satu cara termudah untuk aktiviti me-time ini. Dan ia amat dilakukan di rumah.

Dalam 5 langkah penjagaan wajah, pemakaian masker berada pada kedudukan kedua selepas cucian biasa. Ini bermakna ia amat penting dalam proses penjagaan wajah, namun mungkin ada yang terlepas pandang.

Pemakaian masker adalah proses pencucian wajah yang lebih mendalam. Ia berfungsi bagi membersihkan liang pori.

Terdapat 20,000 liang pori pada wajah kita. Liang pori adalah lubang halus pada kulit wajah dan ia mempunyai fungsi tertentu. Selain itu, ia adalah tempat paling sesuai mengumpulkan kotoran halus seperti debu dan habuk serta sel kulit mati. Jadi tidak hairanlah seandainya liang pori tersumbat akan meramaikan jerawat pada kulit wajah!

Cucian biasa menggunakan pencuci wajah tidak dapat membersihkan hingga ke dalam liang pori. Anda perlu menggunakan masker bagi tujuan membersihkan liang pori ini. Mary Kay menyediakan pelbagai jenis masker untuk membantu anda membersihkan liang pori ini.

Pentingkah membersihkan liang pori?

Ya sudah tentu. Liang pori yang bersih akan mengelakkan lahirnya jerawat, blackhead dan whitehad (bintik putih dan hitam). Selain itu, ia akan membantu serum dan krim wajah meresap hingga ke dalam kullit anda. Jika liang pori ini tidak dibersihkan, pemakaian produk yang seterusnya boleh dianggap sia-sia sahaja.

Secara umumnya, pemakaian masker dilakukan setiap 2 ataupun 3 kali seminggu. Namun, kekerapan pemakaian masker bergantung kepada keperluan kulit anda ya!


Berkenalan dengan Masker & Eksfoliator Mary Kay

Botanical Effects berasaskan buah Luo Han Guo dan bunga Milk Thistle

Terdapat 2 formulasi khusus, untuk kulit kering dan kulit normal.

Sebagai beauty consultant terlatih, saya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Tugas utama masker jenis ini adalah membersihkan kotoran yang terperangkap dalam liang pori.

Pemakaian masker membantu menghilangkan kekusaman kulit, kulit akan kelihatan lebih bermaya, bersih dan cerah.
Botanical Effects Mask


Moisture Renewing Gel Mask

Nama panggilan singkatnya adalah Gel Mask, sejenis masker dalam bentuk gel, sesuai dipakai hampir semua jenis kulit. Ia menyejukkan dan menyegarkan kulit si pemakai, saya sarankan anda beli satu untuk diri sendiri.

Amat berguna sekiranya anda kurang gemar memakai pelembap. Ia dapat membekalkan kelembapan kulit selama 24 jam, selamat dipakai setiap malam jika diperlukan oleh kulit.

Hasil yang dapat anda perhatikan termasuklah kulit nampak lebih cerah, pori lebih halus, kedutan halus terus hilang, kedut kasar nampak kurang ketara. Kulit pun nampak bermaya dan bertenaga sepanjang hari.

Kulit yang lembap ini hanya memerlukan sapuan mekap yang nipis sahaja bagi menyerlahkan lagi penampilan anda.

Sekiranya kulit muka berminyak dan kering pada bahagian tertentu, anda boleh menyapu kedua-dua jenis masker ini pada wajah anda pada satu masa. Bahagian berminyak, sapu Deep Cleanse Charcoal Mask, manakala bahagian kulit yang kering, ratakan Moisture Renewing Gel Mask ini. Bilas selepas 20 minit.

Bagi pilihan lain, anda boleh memakai Gel Mask sepanjang waktu tidur dengan melumurkannya ke seluruh wajah.

8 kelebihan Mary Kay Gel Mask:-
  1. Menghidratkan kulit dari dalam. Gel mask ini masuk hingga jauh ke dalam epidermis. Ia akan memenuhkan sel kulit anda yang masih baru dengan kelembapan. 
  2. Menyuburkan dan memurnikan sel kulit. Sel kulit yang subur ini akan menyebabkan kulit nampak montok, cekang, bersih dan cerah.
  3. Melicinkan kulit. Kulit anda yang penuh dengan kelembapan terasa licin dan rata pada sentuhan.
  4. Menegangkan kulit. Garis halus dan kasar pada kulit wajah kelihatan kurang ketara.
  5. Melegakan kulit yang stres. Tahukah anda kulit juga rasa tertekan apabila ia kekeringan ataupun terdapat lebihan minyak pada permukaan kulit? Jadi kurangkan tekanan pada kulit anda dengan memakai Gel Mask.
  6. Mengecilkan pori. Kulit yang sudah sarat dengan kelembapan dapat mengecilkan pori.
  7. Melembutkan. Sudah tentu kulit yang lembap terasa lembut pada sentuhan.
  8. Mengunci kelembapan supaya kulit kelihatan lembap sepanjang hari

Mary Kay Deep Cleanse Charcoal Mask

Nikmati kulit yang lebih bersih, matte, halus dan licin dengan hanya menggunakan masker yang berasaskan arang teraktif yang hebat ini.

Mengapa arang teraktif?

Serbuk arang yang dicampur ke dalam masker Clearproof ini bertindak sebagai magnet yang menarik keluar kotoran dan bakteria dari dalam pori.

Penggunaan secara konsisten akan memastikan masalah jerawat menjauhi kulit anda.

Selain arang teraktif atau activated charcoal, bahan lain termasuklah kaolin dan bentonite clay yang gunanya adalah untuk menarik lebihan minyak dari permukaan kulit. Proses ini membantu mengurangkan kilatan dari kulit muka. 

Peppermint dan rosemary ditambah ke dalam senarai bahan kandungan masker arang ini, maka anda akan berasa selesa, berharuman lembut dan dingin semasa memakai masker ini.

Bahan lain termasuklah ekstrak honeysuckle dan kacang navy yang terbukti dapat membetulkan warna kulit. Kandungan bahan dalam masker ini diformulasikan supaya setiap pemakaiannya akan menjadikan kulit anda lebih cerah dan ia turut membantu memulihkan kecederaan pada kulit berjerawat.

Siapakah yang patut memililki masker arang ini?

Setiap lelaki dan wanita yang mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat bernanah dan mereka yang bermasalah bintik hitam dan putih (blackhead dan whitehead).


Masker yang berasaskan kaolin, sejenis tanah liat berwarna pink, sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit yang kering, berminyak, normal dan kombinasi termasuklah kulit sensitif, terutamanya bagi mereka yang terkena maskne, akne akibat pemakaian pelitup muka. Ia melegakan keradangan kulit

Ia mengandungi asid salisilik yang amat berkesan menyingkirkan sel kulit mati dari berkumpul dalam liang pori.

Bahan lain termasuklah tanah liat bentonite clay yang turut mengandungi khasiat yang bagus untuk kulit.

Mary Kay mempunyai rangkaian masker pelbagai fungsi. Untuk mengetahui jenis masker yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit and, silalah berunding dahulu dengan beauty consultant Mary Kay atau hubungilah saya

Insya Allah saya akan sambung dengan penerangan Eksfoliator dalam entri seterusnya.


Mary Kay Ind. Beauty Consultant
Untuk order terus, sila tekan Link.
Bagi memastikan jenis dan keadaan anda dengan tepat, sila tekan Link Skin Analyser ini. Sila guna handphone anda untuk selfie.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...