Langkau ke kandungan utama

Maskne dan Pink Clay Mask

Pink Clay Mask Limited Edition

Pink Clay Mask

Masker istimewa ini membantu melegakan kulit wajah selepas seharian ditutup oleh pelitup muka, hanya manjakan kulit anda selama 10 minit sahaja, ia dapat membersihkan kotoran dari dalam liang pori anda dan kulit kelihatan lebih segar, bersih, muda dan lebih cerah dari biasa.

Ia sesuai dipakai antara 2 hingga 3 kali seminggu.

Masker yang berasaskan kaolin, sejenis tanah liat berwarna pink, sesuai bagi kulit kering, normal dan kombinasi serta kulit sensitif, terutamanya bagi mereka yang terkena maskne, akne akibat pemakaian pelitup muka sepanjang hari. 

Ia melegakan keradangan kulit.

Pink Clay ini kaya dengan mineral, membantu menyingkirkan kotoran. Kulit kelihatan lebih berseri sebaik membilas wajah!

Masker lembut ini berbau harum kerana adanya ekstrak bunga peoni dan bunga teh serta bunga plumeria. Bunga plumeria ini memiliki ciri yang melegakan kulit.

Ia mengandungi asid salisilik yang amat berkesan menyingkirkan sel kulit mati dari berkumpul dalam liang pori. 

Bahan lain termasuklah tanah liat bentonite clay yang turut mengandungi khasiat yang bagus untuk kulit manusia.

Masker ini amat menjimatkan, tahan sehingga 4 bulan seandainya anda memakai 2 kali seminggu!

Jangan ragu-ragu memilih masker ini kerana ia sudah diuji sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat liang pori, tidak menyebabkan kulit rengsa dan alahan. Juga sudah diuji oleh pakar dermatologi.

Apa itu Maskne?

Maskne adalah keadaan kulit yang ditumbuhi jerawat halus dan merah yang diakibatkan oleh pemakaian pelitup muka. Jerawat maskne biasanya tumbuh di kawasan mulut, dagu dan bahagian pipi yang bertutup dan bergeser dengan pelitup muka.

Jerawat ini berlaku apabila kulit menjadi lembut akibat kelembapan dan haba yang dikeluarkan dari proses pernafasan biasa tetapi terperangkap dalam pelitup muka dan geseran dari pelitup muka. 

Geseran menyebabkan kulit mudah melecet dan mengelupas. Proses ini menjejaskan kekuatan skin barrier kita. Kulit mendapat iritasi dari pemakaian pelitup muka ini terutama bagi orang yang terpaksa memakai pelitup dalam satu jangka masa yang panjang. 

Kawasan bertutup ini menjadi lubuk bakteria membiak maka terjadilah jerawat maskne.

Bagaimana mengelakkan maskne dari terjadi?

1. Pastikan anda memakai pelitup muka yang bersih setiap hari. Sekiranya pelitup muka sudah kotor, tercemar atau basah, gantikan pelitup muka yang baru. Memakai pelitup muka yang kotor akibat peluh dan air liur akan menyebabkan kejadian jerawat.

2. Bagi pelitup muka fabrik, pastikan fabrik itu jenis lembut dan memudahkan pengaliran udara. Fabrik kasar akan merengsa kulit anda.

3. Cuci pelitup muka dengan sabun lembut dan dicuci hari-hari. Sekiranya anda tidak dapat mencuci pelitup muka, gunakan sedikit alkohol. Pakai semula selepas alkohol kering.

4. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang lembut dan sesuai dengan jenis kullit muka anda.

5. Pastikan anda memakai extra pelembap pada wajah kerana pelembap akan membentuk selapisan pelindung dalam melindungi kulit dari geseran pelitup muka.

6. Foundation juga dapat bertindak sebagai pelindung kulit. Pastikan anda memakai bedak dan foundation yang tidak menyumbat pori anda.

Ingin tahu lebih banyak tips bagaimana menjaga dan melindungi kulit wajah?

Boleh hubungi saya di sini.

Untuk order produk Mary Kay secara online, sila tekan sini.

Sharing ikhlas daripada
Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...