Langkau ke kandungan utama

Masker untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah


Memakai masker adalah antara langkah penting dalam penjagaan kulit.

Ini kerana antara fungsi utama masker adalah menyingkirkan sel kulit mati serta segala kotoran yang terperangkap dalam liang pori, dibersihkan secara tuntas dari kulit wajah.

Selain membersihkan liang pori dan sisa kotoran selepas cucian, fungsi masker juga adalah membantu serapan produk muka yang seterusnya dengan lebih efektif.

Kulit wajah kita memiliki 20 ribu liang roma. Bayangkan betapa banyaknya longgokan kotoran duduk dalam 'gua' yang bernama liang pori itu. Pemilik kulit berminyak dapat menampung lebih banyak kotoran dalam liang roma berbanding pemilik kulit kering. Orang yang berkulit kering memiliki pori yang halus, jadi kotoran tidak mudah masuk.

Liang pori ini bersifat elastik, jadi ia boleh mengembang dan mengecil. Lebih kasar liang pori itu, maka lebih banyak kotoran mudah terperangkap di dalamnya.

Sebaiknya anda melakukan cucian wajah yang lebih mendalam dengan memakai masker 2 hingga 3 kali seminggu. Perlu diingatkan di sini, memakai masker tidak boleh dibuat hari-hari. Pemakaian masker hari-hari menyebabkan kulit menjadi kering, lama-kelamaan kulit mudah jadi sensitif.

Masker perlu dipakaikan ke atas kulit wajah yang sudah dibersihkan. Ini bermakna, anda perlu mencuci mekap terlebih dahulu dan kemudan mencuci seluruh wajah. Bilas dan lap. Barulah mula memakai masker. Ikut arahan pemakaian masker bagi mendapatkan hasil yang ohsem.

Selepas kulit dipakaikan masker, berehatlah selama 20 minit kerana ketika ini, sel kulit mula bekerja. Segala kotoran akan ditarik keluar oleh masker secara lembut. Tamat tempoh 20 minit itu, bilaslah wajah dengan air pair. Air paip bersuhu bilik adalah terbaik, tidak perlu memakai air panas. Lap dengan tuala dan mulakan langkah seterusnya.

Selepas mencuci masker, anda perlu menyapu wajah dengan Toner.

Toner menyediakan kulit untuk bersedia menerima langkah seterusnya dalam rutin penjagaan kulit anda.

Seterusnya, sapukan serum dan pelembap. Tidur.

Special tip : Pakai masker sebelah petang atau malam.

Untuk bantuan pemilihan masker yang sesuai dengan keperluan kulit anda, hubungilah saya, Untuk hands-on experience membelai wajah, saya menyediakan kelas kecantikan secara percuma. Jom set appointment dengan saya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...