Langkau ke kandungan utama

Panduan menangani penuaan kulit

80% faktor penuaan kulit datangnya dari anasir luar, manakala hanya 20% sahaja faktor penuaan datang dari dalam atau berlaku secara semulajadi.

Ini bermakna kita dapat mengawal kebanyakan sebab berlakunya proses penuaan itu. Dan kita boleh melambatkan penuaan ini.

Mari kita lihat diagram ini.




Matahari, rokok, suhu, pemakanan, stres, kurang tidur, pencemaran udara adalah antara faktor utama yang mencepatkan proses penuaan pda kulit

Jom kita kupas satu-satu setiap faktor itu.

Matahari.

Sinar UV dari matahari adalah musuh utama kulit kita. Sinar UVB menggelapkan warna kulit kita, manakala sinar UVA yang dapat menembusi hingga ke dalam dermis kulit kita, penyebab utama berlakunya kedutan dan jeragat pada kulit. UVA merosakkan serat kolagen dan elastin, dan menggelapkan sel kulit dari dalam.

Sinar UVA dan sinar UVB dapat ditepis dari masuk ke dalam kulit dengan pemakaian krim berSPF. Pemakaian krim SPF wajib jika anda mahu melewatkan kesan proses penuaan pada kulit anda.

Rokok.

Merokok bukan hanya membahayakan kesihatan kita namun jika anda orang yang menjaga kecantikan diri, perlu berhenti merokok kerana merokok menyebabkan kulit kehilangan air.

Asap rokok mengandungi karbon monoksida yang menjejaskan oksigen dalam kulit kita. Nikotin mengurangkan aliran darah, menyebabkan kulit menjadi kering dan berwarna pucat. Merokok memusnahkan nutrient termasuklah Vitamin C yang perlu bagi melindungi dan membaiki kerosakan kulit.

Suhu 

Suhu panas dan dingin, salji dan berangin, berhawa dingin atau ke sauna, kesemuanya menyebabkan kehilangan air dari dalam tubuh dan kulit. Jadi anda perlu menyapu losyen ke kulit badan yang terdedah, dan memakai pelembap secukupnya pada wajah.

Bagaimana pula dengan suhu ketika memasak? Jika suhunya panas, ia tidak baik kepada kulit anda!

Pemakanan ( Diet)

Adakah anda peminat makanan junk food dan fast food? Beralihlah kepada pemakanan real food.

Bagi memastikan kulit sentiasa dalam keadaan baik, makanlah sayuran segar, buah-buahan serta pelbagai makanan yang berkhasiat. Pilihkan makanan yang kaya dengan protin bagi menjamin kesihatan anda!

Stres (Tekanan hidup)

Jika kehidupan anda penuh stres, cari jalan untuk melegakan stres itu.

Stres menyebabkan tindakbalas kimia dalam badan yang menyebabkan kulit lebih sensitif dan mudah bertindakbalas. Stres menyebabkan badan manusia menyuruh hormon seperti kortisol menghantar isyarat kepada kelenjar minyak supaya mengeluarkan minyak. Minyak menyebabkan jerawat mudah naik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit.

Kurang tidur (Insomnia)

Tidur adalah pelembap semulajadi kulit yang membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Kurang tidur akan menyebabkan kadar kelembapan kulit terjejas dan merendahkan level pH wajah anda. Ketidakseimbangan ini akn menyebabkan kulit tidak menghasilkan kelembapan yang diperlukan. Maka, kulit akan menjadi kering!

Pencemaran

Pencemaran persekitaran merosakkan kolagen dan lipid dalam kulit. Pencemaran menyebabkan iritasi, ruam dan jerawat. Kotoran dan habuk yang melekat pada permukaan kulit akan menyumbat liang pori dan bercampur dengan sel kulit mati dan minyak!

Pencemaran mengandungi radikal bebas yang dapat masuk jauh ke dalam lapisan kulit dan menyebabkan kerosakan jangka panjang seperti menggelapkan warna sel kulit jadi kulit nampak gelap dari dalam dan melemahkan kolagen dan elastin.

Sekarang anda sudah sedikit faham penyebab penuaan, mudahlah bagi anda mengambil langkah melambatkan penuaan.

Terdapat 2 rangkaian produk penjagaan kulit yang dapat membantu anda  melambatkan proses penuaan ini, Mary Kay Timewise Age Minimize 3D bagi anda yang berada dalam bracket 23 hingga 35 tahun dan Timewise Repair bagi anda yang berada dalam bracket 35 tahun dan ke atas.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi saya

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...