Langkau ke kandungan utama

Jeragat dan solusinya

Jeragat terhasil akibat sinar ultra violet UVA dan UVB yang wujud di sekeliling kita dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam, saat matahari timbul sehinggalah matahari tenggelam.

 Jeragat terjadi selepas kulit terdedah pada sinar UVA dan UVB bertahun-tahun lamanya. Secara semulajadinya, kulit kita dapat menangkis bahaya matahari. 

Namun, seperti juga hal lain, struktur kulit menjadi lemah dan menua, menipis dan rosak.

Proses penuaan mula berlaku seawal usia 25 tahun. Pada usia ini, struktur kulit mula terjejas dan warna kulit mula menjadi tidak senada, ditambah dengan sel kulit mati yang tidak tersingkir.

 Bagi anda yang inginkan kulit yang bersih, sekata, jernih dan berkilau, anda perlukan set penjagaan yang khas bagi nengatasi isu ini. Cubalah set LumiVie yang berasaskan mutiara hitam dari Tahiti.



Mutiara hitam ini berbeza dengan mutiara putih, mengandungi khasiat yang amat baik untuk kulit manusia.


Apa itu jeragat?  

Jeragat ialah keadaan kulit yang bertompok gelap. Tompokan gelap ini mungkin berwarna gelap sedikit daripada warna kulit, ada juga yang berwarna gelap kehitaman. Biasanya ini bukanlah perkara yang merbahaya. Namun, ia tidak cantik dipandang mata.

Tompok gelap ini berlaku apabila melanin dihasilkan dengan banyaknya di bawah kulit. Melanin adalah pigmen kulit yang berwarna coklat yang menjadi warna tertentu kepada kulit manusia. Setiap manusia mempunyai melanin.

Tompok gelap pada kulit dikenali sebagai jeragat. Ia juga dikenali sebagai melasma dan tetua. Biasanya tompokan gelap ini terjadi pada kawasan kulit yang terdedah pada matahari seperti muka, tangan dan dada.

Bagi mengelakkan berlakunya jeragat pada kulit, elakkan dari terdedah kepada panas matahari. Sentiasa gunakan krim SPF 30 ataupun yang lebih tinggi. Krim SPF membantu jeragat sedia ada supaya tidak menjadi bertambah gelap.

Ada banyak bahan kimia yang boleh digunakan bagi memudarkan jeragat, antaranya hidrokinon, asid kojik, retinol (tretinoin), asid azelaic, kortikosteroid dan Vitamin C. Berita baik kerana sekarang di Mary Kay, sudah ada Vitamin C tulen, jadi anda boleh mendapatkannya daripada saya!

Penjagaan kulit berjeragat

Untuk mengelakkan jeragat, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:-

1. Pastikan anda sentiasa memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang atau pakaian labuh.

2. Untuk muka, wajib pakai cermin mata besar yang gelap.

3. Payung atau topi lebar untuk memayungi diri anda.

4. Sentiasa memakai sunscreen dari wajah hingga ke kaki terutama apabila anda bersukan seperti berjogging, lari maraton, mendaki gunung. Tapi duduk di rumah pun perlu juga memakainya ya sebab sinar UV dapat menembusi pintu dan tingkap kaca!


Khas untuk penjagaan muka pula, gunalah LumiVie set ini!






1. Cucian wajah menggunakan rangkaian produk LumiVie Foaming Cleanser. Berbusa dan amat mudah dibilas dengan air paip. Ia tidak mengeringkan wajah, rasa selesa sepanjang hari. Lakukanlah cucian pagi dan malam.


2. Anda perlu memakai masker Black Sheet Mask 2 hingga 3 kali seminggu bagi merawat kekusaman kulit muka. Masker topeng ini mengandungi satu lagi bahan istimewa iaitu Arang Binchotan dari Jepun. Arang ini dapat menarik kotoran yang mencemari kulit muka anda.

3. Anda perlu menyapu toner Timewise Moisture Renewing Softener yang akan membuang saki-baki kotoran yang masih tertinggal pada kulit. Toner ini perlu disapu ke wajah selepas setiap kali wajah dicuci. Ia akan membantu mengecilkan liang pori dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.

4. Menyapu LumiVie Serum yang dicampur dengan Vitamin C tulin bagi mencerahkan lagi kulit yang sudah bertompok gelap. Kulit akan memancar dengan cahaya kilauan berseri sepanjang hari. Perlu menyapu serum ini pagi dan malam. Pakailah serum ini 2 kali sehari. Manakala Serum bercampur Vitamin C perlu dipakai 3 kali seminggu.


5. Pelembap Moisturizing Cream perlu disapu ke kulit selepas kulit dicuci.

Pelembap akan melembapkan kulit selama 12 jam sehari. Jadi apabila krim ini dipakai siang dan malam, kulit anda akan sentiasa terhidrat 24 jam sehari. Kulit anda akan sentiasa lembap.

6. Akhir sekali, anda perlu menyapu Sun Protector cream SPF 35 setiap hari, 365 hari setahun, tiada cuti. Ini wajib. Matahari sentiasa mengintai mahu merosakkan kulit anda yang sudah dijaga rapi itu.

Untuk mendapatkan set pencerah terbaik dari Mary Kay ini, sila hubungi

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...