Langkau ke kandungan utama

Jeragat dan solusinya

Jeragat terhasil akibat sinar ultra violet UVA dan UVB yang wujud di sekeliling kita dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam, saat matahari timbul sehinggalah matahari tenggelam.

 Jeragat terjadi selepas kulit terdedah pada sinar UVA dan UVB bertahun-tahun lamanya. Secara semulajadinya, kulit kita dapat menangkis bahaya matahari. 

Namun, seperti juga hal lain, struktur kulit menjadi lemah dan menua, menipis dan rosak.

Proses penuaan mula berlaku seawal usia 25 tahun. Pada usia ini, struktur kulit mula terjejas dan warna kulit mula menjadi tidak senada, ditambah dengan sel kulit mati yang tidak tersingkir.

 Bagi anda yang inginkan kulit yang bersih, sekata, jernih dan berkilau, anda perlukan set penjagaan yang khas bagi nengatasi isu ini. Cubalah set LumiVie yang berasaskan mutiara hitam dari Tahiti.



Mutiara hitam ini berbeza dengan mutiara putih, mengandungi khasiat yang amat baik untuk kulit manusia.


Apa itu jeragat?  

Jeragat ialah keadaan kulit yang bertompok gelap. Tompokan gelap ini mungkin berwarna gelap sedikit daripada warna kulit, ada juga yang berwarna gelap kehitaman. Biasanya ini bukanlah perkara yang merbahaya. Namun, ia tidak cantik dipandang mata.

Tompok gelap ini berlaku apabila melanin dihasilkan dengan banyaknya di bawah kulit. Melanin adalah pigmen kulit yang berwarna coklat yang menjadi warna tertentu kepada kulit manusia. Setiap manusia mempunyai melanin.

Tompok gelap pada kulit dikenali sebagai jeragat. Ia juga dikenali sebagai melasma dan tetua. Biasanya tompokan gelap ini terjadi pada kawasan kulit yang terdedah pada matahari seperti muka, tangan dan dada.

Bagi mengelakkan berlakunya jeragat pada kulit, elakkan dari terdedah kepada panas matahari. Sentiasa gunakan krim SPF 30 ataupun yang lebih tinggi. Krim SPF membantu jeragat sedia ada supaya tidak menjadi bertambah gelap.

Ada banyak bahan kimia yang boleh digunakan bagi memudarkan jeragat, antaranya hidrokinon, asid kojik, retinol (tretinoin), asid azelaic, kortikosteroid dan Vitamin C. Berita baik kerana sekarang di Mary Kay, sudah ada Vitamin C tulen, jadi anda boleh mendapatkannya daripada saya!

Penjagaan kulit berjeragat

Untuk mengelakkan jeragat, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:-

1. Pastikan anda sentiasa memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang atau pakaian labuh.

2. Untuk muka, wajib pakai cermin mata besar yang gelap.

3. Payung atau topi lebar untuk memayungi diri anda.

4. Sentiasa memakai sunscreen dari wajah hingga ke kaki terutama apabila anda bersukan seperti berjogging, lari maraton, mendaki gunung. Tapi duduk di rumah pun perlu juga memakainya ya sebab sinar UV dapat menembusi pintu dan tingkap kaca!


Khas untuk penjagaan muka pula, gunalah LumiVie set ini!






1. Cucian wajah menggunakan rangkaian produk LumiVie Foaming Cleanser. Berbusa dan amat mudah dibilas dengan air paip. Ia tidak mengeringkan wajah, rasa selesa sepanjang hari. Lakukanlah cucian pagi dan malam.


2. Anda perlu memakai masker Black Sheet Mask 2 hingga 3 kali seminggu bagi merawat kekusaman kulit muka. Masker topeng ini mengandungi satu lagi bahan istimewa iaitu Arang Binchotan dari Jepun. Arang ini dapat menarik kotoran yang mencemari kulit muka anda.

3. Anda perlu menyapu toner Timewise Moisture Renewing Softener yang akan membuang saki-baki kotoran yang masih tertinggal pada kulit. Toner ini perlu disapu ke wajah selepas setiap kali wajah dicuci. Ia akan membantu mengecilkan liang pori dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.

4. Menyapu LumiVie Serum yang dicampur dengan Vitamin C tulin bagi mencerahkan lagi kulit yang sudah bertompok gelap. Kulit akan memancar dengan cahaya kilauan berseri sepanjang hari. Perlu menyapu serum ini pagi dan malam. Pakailah serum ini 2 kali sehari. Manakala Serum bercampur Vitamin C perlu dipakai 3 kali seminggu.


5. Pelembap Moisturizing Cream perlu disapu ke kulit selepas kulit dicuci.

Pelembap akan melembapkan kulit selama 12 jam sehari. Jadi apabila krim ini dipakai siang dan malam, kulit anda akan sentiasa terhidrat 24 jam sehari. Kulit anda akan sentiasa lembap.

6. Akhir sekali, anda perlu menyapu Sun Protector cream SPF 35 setiap hari, 365 hari setahun, tiada cuti. Ini wajib. Matahari sentiasa mengintai mahu merosakkan kulit anda yang sudah dijaga rapi itu.

Untuk mendapatkan set pencerah terbaik dari Mary Kay ini, sila hubungi

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask. 1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut. Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja. 2. Bilas hingga bersih menggunakan air paip dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut. 3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Elakkan bahagian mata dan mulut. Sekiranya terdapat masalah blackhead dan whitehead atau jerawat yang teruk, anda boleh memakai masker di kawasan tersebut setiap malam selama 10 minit.  Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka. Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa. 4. Bilas masker hingga bersi...

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama. Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis. Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah. Sumber: Teach Me Anatomy Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan. Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak. Sumber: Teach Me Anatomy Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan...

Skincare untuk wanita usia 40 tahun dan ke atas

Timewise Repair adalah satu-satunya rangkaian produk penjagaan wajah bagi mengatasi isu penuaan yang sudah nampak ketara. Fungsi utamanya adalah merawat kesan penuaan ketara dengan menyingkirkan sel kulit mati, melicinkan kulit, menghidratkan kulit serta mengurangkan kesan garis halus dan kasar. Penuaan berlaku dengan cepat apabila kita banyak terdedah kepada sinar UV. Sinar UV menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar, warna kulit menjadi lebih gelap, lama-kelaman kulit menjadi kendur kerana berlaku kerosakan pada kolagen dan elastin yang berada dalam dermis kulit. Penghasilan sel kulit baru berlaku pada kadar yang lebih perlahan. Kulit menjadi nipis apabila lapisan sel kulit menjadi semakin nipis. Atas sebab-sebab ini, maka skincare untuk kulit yang sudah menampakkan kesan-kesan penuaan, perlu menukar rangkaian produk biasa kepada rangkaian produk khas untuk kulit matang. Saya sarankan anda menggunakan produk Mary Kay Timewise Repair . Sesuai dengan namany...