Langkau ke kandungan utama

Kenali Kulit Kita: Kulit Kering vs Kulit Dehidrasi


Berikut beberapa fakta tentang dehidrasi dan kekeringan kulit manusia.

  • Kulit manusia memerlukan keseimbangan dalam dua perkara ini - lembapan (minyak) dan hidrasi (air). Keseimbangan minyak & air memberi kesan licin, berseri dan cantik kepada kulit.


  • Tidak mungkin anda pemilik kulit berminyak dan kering pada masa yang sama. Kulit berminyak bermakna kulit menghasilkan minyak. Kulit kering bermakna kulit tidak menghasilkan minyak. Kulit berminyak mungkin terdehidrasi, kulit berminyak tidak mungkin kekeringan.


  • Proses mengawal tahap kelembapan kulit berlaku di sini. Proses ini memastikan keseimbangan antara simpanan dan kehilangan air dari kulit.


  • Kulit menjadi sensitif apabila ia kering atau terdehidrasi.  Bagi mengurangkan kesensitifan kulit, sapu pelembap yang sesuai dengan jenis kulit.


  • Minum TIDAK dapat menghidrasikan kulit. Minum bukan cara terbaik dalam usaha melembapkan kulit. Tetapi, minum membantu melancarkan peredaran darah.
  • Kulit kering yang menghasilkan sedikit minyak ataupun langsung tiada, tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Bayangkan kasut kulit anda. Kulit menjadi kering dan keras selepas satu tempoh masa. Kulit yang kering memerlukan minyak. Sama juga dengan kulit manusia. Ia perlukan minyak untuk kekal lembut dan licin. Air akan menyebabkan kulit kering dan pecah. Tanpa minyak, sapuan air ke atasnya akan tersejat bersama-sama dengan air sedia ada bawah kulit.


  • Lipid (minyak) perlu bagi penyimpanan air supaya kulit kekal sihat. Dengan membina lipid semulajadi dalam kulit ataupun dengan menyapu pelembap emolien yang sesuai ke atas kulit.
  • Elakkan penggunaan produk yang kuat jika kulit anda jenis berminyak tetapi terdehidrasi. Penggunaan produk sebegini akan menyebabkan kulit terasa ketat, dan rasa kering.
  • Pilih pelembap yang sesuai. Pelembap mengandungi emolien dan humektan (penghidrat). Emolien menyimpan pelembap ke dalam kulit, penghidrat menarik air ke kulit. Pelembap mengandungi kedua-dua bahan ini namun peratusnya berbeza-beza.
  • Bagi kulit berminyak, anda memiliki cukup emolien semulajadi, jadi anda perlukan pelembap yamg ringan tetapi mengandungi lebih humektan. Jika anda berkulit kering, anda perlukan pelembap yang lebih pekat, lebih banyak emolien. Emolien akan melindungi kulit dari kehilangan air.
  • Kulit berminyak dan jenis mudah berjerawat, cuba kawal lebihan minyak ini.  Berhati-hati jangan sampai kulit kekurangan minyak kerana ini akan menyebabkan kulit kehilangan air. Apabila ini berlaku, kulit akan terasa ketat dan mengelupas.
Salam Sayang daripada saya
Mary Kay Ind. Beauty Consultant




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...