Langkau ke kandungan utama

Pori Kasar, parut jerawat dan solusinya : Microdermabrasion Plus set dari Mary Kay




Microdermabrasion Plus Set adalah antara produk terunggul yang boleh digunakan di rumah bagi mengatasi masalah pori kasar, parut kawah, bekas jerawat serta membersihkan blackhead & whitehead.

Ia sesuai digunakan lelaki dan perempuan, usia 25 tahun ke atas.

Sebelum kita cerita lebih lanjut tentang set ini, jom baca sedikit info mengenai liang pori.

Apakah pori? Kenali pori.

Pori adalah lubang-lubang halus yang terdapat pada permukaan kulit manusia. Terdapat 2 jenis liang pori iaitu pori yang merembeskan sebum (minyak semulajadi dalam kulit) dan pori yang mengeluarkan peluh. Pori yang mengeluarkan minyak ini selalunya lebih kasar pada kulit yang berminyak, lebih halus pada kulit kering. Minyak inilah yang menjadikan kulit kita cantik, lembut dan sihat.

Perhatikan orang yang berkulit berminyak. Kulit mereka kelihatan lebih muda, lebih berkilau dan lembut, licin serta tiada kedutan.

Seandainya kulit ini tidak dijaga, minyak dan kelembapannya tidak seimbang, maka terjadilah jerawat. 

Pori yang merembeskan minyak selalunya nampak kasar jika tidak dieksfoliasi kerana ia dapat memerangkap habuk, sel kulit mati dan kotoran dalam persekitaran. 

Apabila lubang ini dipenuhi dengan segala kekotoran itu, pori ini mengembang maka ia akan kelihatan kasar dan tidak cantik pada pandangan mata.

Pori yang mengeluarkan peluh ini sangat halus hingga tidak kelihatan pada mata kasar. Tugasnya adalah untuk mengawal suhu badan.

3 cara mengawal liang pori

Saiz pori manusia diwarisi daripada ibu bapa kita. Walau bagaimanapun, pori pada kulit yang sihat tidak ketara pada mata kasar. Pori kelihatan kasar kerana tersumbat. Liang pori melebar ataupun rosak akibat sering diusik, dipicit, ditekan atau ditarik oleh jari nakal kita sendiri.

Bagaimana pori menjadi kasar

Pori yang wujud pada kulit kita adalah untuk mengalirkan peluh dan sebum ke permukaan kulit. Sebum adalah minyak semulajadi yang merapi dan melembapkan kulit dari menjadi kering. Apabila minyak semulajadi dihasilkan secara berlebihan, lebihan sebum itu menarik dan bercampur dengan sel kulit mati. Inilah yang menyebabkan pori tersumbat.

Pori tersumbat menyebabkan pori sukar mengalirkan sebum. Pori melebar bagi membuka ruang untuk aliran sebum. Apabila pori tersumbat dalam udara, minyak dan sel kulit mati yang terperangkap dalam pori teroksida lalu menjadi bintik hitam. Bintik hitam ini nampak ketara pada kulit.

1. Tips bersihkan wajah

Jangan berkasar dengan kulit sekiranya pori anda mudah tersumbat. Anda perlu membersihkan kulit dengan lembut. Sebarang kekasaran akan memudaratkan lagi kulit anda.  Elakkan dari menggunakan pembersih wajah yang menjadikan kulit anda kering. Kulit yang dicuci kering akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebihan minyak.


2. Gunakan Toner selepas mencuci wajah untuk menyeimbangkan semula tahap pH kulit.

Bagi mengelakkan pori tersumbat, cuba lihat dua sumber ini :
  • sebum dan
  • sel kulit mati. 

Sebum adalah perkara semulajadi dalam fungsi kulit. Tetapi, sebum yang berlebihan memudaratkan kulit kerana ia dapat memerangkap kotoran dan sel kulit mati.

Inilah yang menjadikan pori tersumbat.

Apabila kulit wajah kering disebabkan oleh persekitaran, contohnya penghawa dingin, kelenjar kulit akan mengeluarkan lebih banyak sebum bagi melindungi kulit. Proses ini menjadikan keseimbangan kulit semulajadi tidak keruan.

Sel kulit mati berada pada lapisan atas permukaan kulit kita. Kulit kita sentiasa menghasilkan sel kulit baru setiap hari. Pusingan lengkap penghasilan sel kulit baru mengambil masa lebih kurang sebulan. Tetapi, apabila sel kulit mati yang lama tidak disingkirkan, kulit kita menjadi semak, kelihatan kusam serta hilang serinya.

Untuk mengembalikan keserian wajah kita, gunalah produk yang menghidratkan kulit dan pada masa sama dapat menyingkirkan sel kulit mati. Ini akan menseimbangkan semula sebum kulit dan menyingkirkan lebihan sel kulit mati.


3. Memperbaiki Ketaraan Pori

Secara teknikalnya, kita tidak boleh mengubah saiz pori walaupun ia sudah tidak tersumbat. Tetapi, kita boleh cuba perbaiki ketaraannya. Apabila pori tidak tersumbat, ia tetap ketara jika struktur kulit lemah dan kurang anjal. Proses penuaan semulajadi termasuklah pengenduran dan kurang keanjalan kerana fungsi kulit mula perlahan. Kolagen dan elastin semakin berkurang. Ini menyebabkan kulit bertambah kendur dan jatuh, maka pori mula memanjang.

Bagi mengurangkan ketaraan pori, struktur kulit perlu dipadatkan. Kulit yang sihat dan kuat berstruktur rapat dan padat, menjadikan keanjalan kulit tetap tinggi walaupun usia meningkat. Menggunakan serum anti-penuaan yang mensasarkan penuaan, biasanya akan dapat menghalang kulit melemah. Lama-kelamaan, fungsi kulit menjadi kuat. Carilah produk yang mengandungi Niacinamide dan vitamin yang dikenalpasti dapat meningkatkan kekuatan kulit dan keanjalan bagi meminimumkan ketaraan pori.

Anda boleh dapatkan produk Mary Kay yang berkesan dalam mengatasi isu liang kasar ini.

Microdermabrasion Plus set yang dicipta sepasang, Refine untuk menyingkirkan kotoran dari liang pori manakala Pore Minimizer yang menguatkan kolagen, melembapkan dermis, menjadikan kulit penuh dengan lembapan dan kesannya, liang pori nampak kecil. 

Bonus yang akan anda dapat hasil menggunakan produk ini termasuklah kurangnya garis halus dan struktur wajah nampak lembut.

Cara penggunaannya.

  1. Mulakan dengan membersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
  2. Bilas dan lap kering.
  3. Ambil Microdermabrasion Refine sebesar duit syiling 10 sen, cairkan dengan sedikit air dan ratakan ke wajah seperti pipi, hidung, dagu dan dahi. Fokus kepada bahagian muka yang mahu dilicinkan serta bahagian muka yang bermasalah parut.
  4. Gosok perlahan pada wajah selama 2 minit menggunakan hujung jari tengah dan jari manis supaya tekanannya lembut.
  5. Bila dan lap kering.
  6. Sapu Toner
  7. Ambil 2 atau 3 pam serum Pore Minimizer dan ratakan ke seluruh wajah.
  8. Akhiri langkah tersebut dengan memakai pelembap.

Nota penting : Sentiasa memakai Refine pada sebelah malam, pastikan keesokan harinya memakai SunCare. Pakai Refine 2 hingga 3 kali seminggu. Pakai Pore Minimizer 2 kali sehari, setiap hari. Gosokkan Refine pada parut jerawat, jangan gosok Refine pada jerawat aktif.

Testimoni Pengguna




Untuk mendapatkan produk ini, hubungilah saya ya! 

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...