Langkau ke kandungan utama

Kejadian jerawat dan bagaimana Clear Proof Acne System dari Mary Kay dapat membantu

Clear Proof Acne System dari Mary Kay ini adalah set penjagaan kulit berminyak dan kulit yang mudah berjerawat. 

Fungsi utamanya adalah memastikan lebihan minyak pada permukaan kulit dan sel kulit mati dapat disingkirkan dengan lebih berkesan.

Kulit berminyak mudah memerangkap sel kulit mati dalam liang porinya, jadi pencuci muka Clear Proof yang mengandungi 2% asid salisilik dapat menyingkirkan sel kulit mati supaya kulit kekal bersih dan jerawat dapat dielakkan.


Bagaimana jerawat terjadi?

Sebum (minyak) bawah kulit bercampur dengan sel kulit mati, habuk dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori.

Jerawat remaja selalunya diakibatkan oleh hormon yang belum stabil. Jadi, jerawat remaja sukar dikawal.

Bagaimana pula dengan orang dewasa yang tiba-tiba naik jerawat?

Jawapan yang pasti belum lagi dikenalpasti. Secara umumnya jerawat terjadi disebabkan oleh minyak, bakteria pada kulit, sel kulit mati yang menyumbat pori dan keradangan kulit. Hormon yang tidak stabil, gaya hidup yang menekan serta pemakanan turut menyumbang kejadian jerawat. Pada orang dewasa, hormon menjadi tidak stabil apabila anda mengalami stres dan berlaku keradangan pada kulit.



Panduan penjagaan kulit ketika berlakunya jerawat




1. Ubah sedikit rutin penjagaan kulit anda

Ketika kulit berjerawat, kulit hanya perlu dicuci dengan lembut, gosok perlahan-lahan saja. Gunakan pencuci wajah yang mengandungi 2% asid salisilik. Bagi produk Mary Kay, anda boleh gunakan Acne Cleansing Gel yang lembut dan ringan ini.

Kemudian sapu Toner perlahan-lahan. Sapukan toner yang memang dicipta khas untuk kulit berminyak kerana ia mengandungi bahan yang dapat mengawal lebihan minyak. Elakkan toner pada jerawat.

Sapu pelembap pada wajah. Tetapi, elakkan dari memakai pelembap pada jerawat. Pada jerawat, hanya sapukan krim jerawat. Pelembap disapu pada bahagian kulit yang tidak berjerawat saja ya!

Tetap memakai Sun Protector pada wajah kerana matahari juga kadang-kadang menyebabkan keaktifan jerawat.

Jangan menyapu serum pencerah ataupun serum anti-aging pada kawasan wajah yang bermasaalah jerawat. Pada kawasan jerawat, sapu serum jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide.

Nota : Benzoyl Peroxide memusnahkan bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan keradangan manakala asid salisilik menyingkirkan lebihan minyak dan sel kulit mati dari permukaan kulit dan dalam liang pori.

Untuk bintik hitam dan putih, gunalah produk yang mengandungi asid salisilik. Untuk jerawat yang membengkak, gunalah produk yang mengandungi benzoyl peroxide.

2. Pemakanan.

Anda perlu peka jika sesetengah makanan menyebabkan jerawat anda naik. Walaupun dikatakan tiada kaitan pemakanan dengan jerawat, namun sesetengah makanan menyebabkan sistem tubuh badan anda mengalami reaksi yang menyebabkan lebihan minyak berlaku, lalu jerawat terbentuk!

Sentiasalah ingat penjagaan kulit semasa dilanda jerawat mesti dengan lemah lembut. Semasa musim jerawat, jangan memakai masker, cukuplah memakai Serum Jerawat 2 kali sehari, jangan scrub kulit, jangan kasari kulit, jangan kerap mencuci wajah. Cucian wajah yang kerap akan menyebabkan kulit dehydrated!

Untuk mendapatkan free skin analysis dan skin consultation, anda boleh hubungi saya.

Untuk order segera, segera hubungi saya ya!

Hasnah
Mary Kay Independent Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...