Langkau ke kandungan utama

Review Mary Kay TimeWise Repair Lifting Bio-Cellulose Mask

Apakah Lifting Bio-Cellulose Mask itu? 

Ia adalah sejenis masker topeng yang diperbuat daripada gentian selulosa-bio, terhasil dari air kelapa. 

Fungsi utama Masker jenis ini adalah membantu meningkatkan hidrasi ke kulit selama 24 jam lamanya. Hasil yang akan anda perolehi selepas memakai masker ini selama 20 minit, kulit nampak ternaik dan cekang.

Siapa boleh menggunakannya? Bagi anda yang berusia 35 tahun ke atas, amat digalakkan menggunakannya. Namun usia 25 tahun pun boleh menggunakannya untuk mendapatkan faedah aestetik. 25 tahun dan menderita kulit kering? Yes, anda  amat memerlukan Bio Cellulose Mask ini!


Dalam kotak ini, terkandung 4 keping masker selulosa-bio, sekotak berharga RM264, sekeping berharga RM66. Wow terasa seperti dibelai di spa mewah.

Masker yang diilhamkan dari dunia kecantikan Korea, masker berbentuk topeng ini menjadi kegilaan seluruh dunia. Diperbuat di Taiwan.

Dan masker selulosa-bio ini merupakan tambahan istimewa kepada rangkaian TimeWise Repair dari Mary Kay. Ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, iaitu kulit kering, normal, kombinasi dan berminyak.

Dengan hanya selepas penggunaan selama 2 minggu sahaja, kulit anda ternaik dan menjadi tegang, Kulit serta-merta kelihatan lebih berseri selepas penggunaan pertama, lembut dan licin apabila disentuh. Kulit terhidrat selama 24 jam. Untuk kesan yang lebih hebat, pakailah masker ini 2 keping seminggu. Ternyata seronok sekali memakai masker ini. Anda perlu cuba hari ini juga!

Antara kebaikan yang dinyatakan dalam website Mary Kay Malaysia adalah:-

1. Pemakaian sebulan 2 kotak, 8 keping masker ini akan dapat membantu mengurangkan kesan garis halus dan kedut wajah.

2. Dalam ujikaji klinikal, didapati kadar lembapan kulit meningkat dan bertahan selama 24 jam. Pengalaman saya sendiri yang memakai masker ini sebelum tidur, kulit saya nampak lembap sepanjang hari keesokannya. Setiap gambar saya memang kelihatan berbeza dengan kawan-kawan yang tidak memakai masker ini sebelum majlis.

3. Masker ini menjadi suplemen wajib ditambah ke dalam rejimen penjagaan wajah TimeWise Repair anda! Saya amat menyarankannya!

4. Sekiranya kulit anda nampak gersang walaupun sudah memakai pelembap, pakailah masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi membantu kulit kekal lembap.

5. Masker yang sarat dengan serum ini, malah dikatakan setiap keping masker ini mengandungi sebotol serum anti-penuaan, dilekapkan ke wajah selama maksimum 30 minit bagi membolehkannya diserap terus ke kulit. Gentian selulosa-bio yang dihasilkan dari air kelapa membantu menyerapkan serum terus ke kulit, menghalang udara mencuri walau setitis serum pun!

SAINS DI SEBALIK PRODUK INI 

Selulosa-bio ialah gentian semulajadi berukuran 50 nanometer, 1000 kali lebih halus dari sehelai rambut. Gentian halus ini mesra-alam, mudah terurai (biodegrable) berbanding gentian buatan manusia. Bagi menghasilkan Masker selulosa bio ini, saintis Mary Kay menggunakan gentian air kelapa, menjalani satu proses yang terkawal rapi. Serat saling-mengunci dalam fabrik selulosa-bio ini kuat menyerap, membolehkan masker terseduh dengan pelbagai kebaikan kompleks seperti isirug oat, ekstrak bunga orkid dan natrium hialuronat. Fabrik yang lembut dan fleksibel ini dapat melekap pada wajah bagi memastikan semua kebaikan dalam masker diserap kulit sepanjang 20 - 30 minit bermasker.

Kebaikan ekstrak bunga orkid - meningkatkan tahap imuniti kulit, mengurangkan kedut halus, tanda penuaan dan menenangkan kulit. Orkid mengandungi kalsium, magnesium dan zinc.
Isirung oat - fungsi terbaiknya adalah menenangkan kulit
Sodium Hialuronat - molekul garam ini dapat menampung kelembapan 1000 kali ganda berbanding beratnya.

Terknologi dalam pembuatan serum istimewa dari Mary Kay ini memang terbaik!

Untuk order online, sila hubungi saya.

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...