Langkau ke kandungan utama

Kulit berminyak? Guna masker untuk housekeep kulit anda!



Masker terbaik untuk kulit berminyak adalah masker yang mempunyai bahan clay atau tanah liat serta charcoal (arang hitam).

Tapi, mengapa perlu memakai masker?

Memakai masker adalah salah satu langkah penting dalam penjagaan kulit. 

Fungsi masker adalah untuk menyingkirkan sel kulit mati dan lebihan minyak yang dihasilkan oleh kulit manusia secara semulajadi. Selain itu, masker berupaya membersihkan liang pori yang mengumpulkan habuk dan asap serta bakteria dalam udara. Pencuci muka hanya dapat membersihkan permukaan kulit saja..

Memakai masker adalah deep cleansing, perlu dilakukan 2 hingga 3 kali seminggu.

Terdapat 2 jenis masker Mary Kay yang saya highly recommend untuk anda cuba.

Pertama, Deep Cleansing Charcoal Mask dan yang kedua, Botanical Effects Mask Formula 3.

Kedua-dua masker ini adalah jenis lembut dan cara penggunaannya amat mudah. Ambil sedikit sahaja dan lumurkan ke wajah. Hanya ratakannya sahaja, dan bilas dengan air paip 20 minit kemudian.

Pastikan anda meratakannya ke seluruh wajah kecuali bahagian mata dan mulut. Dua kawasan ini tidak perlu dimaskerkan kerana dua bahagian kulit ini tidak  mengandungi kelenjar minyak. Malah dua kawasan ini paling sedikit kandungan lelemaknya.

BOTANICAL EFFECTS MASK FORMULA 3

Mary Kay Botanical Effects Mask Formula 3 untuk kulit berminyak berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti milk thistle, buah luo han guo, white tea tree dan guava dapat menyingkirkan kotoran dari dalam liang pori dengan lembut. Kulit terasa bersih dan segar selepas dimaskerkan.

Anda digalakkan menggunakan masker ini kerana ia membantu membersihkan pori serta menghaluskan ketaraannya.

Salah satu kebaikannya adalah ia amat mudah dibilas.

Masker yang hebat ini berupaya menyingkirkan lebihan minyak dari permukaan kulit. Kulit serta-merta kelihatan bersih dan terasa segar.

Antara kebaikan bahan kandungan dalam produk ini termasuklah:-

Milk Thistle dan buah Luo Han Guo membantu menyihatkan semua jenis kulit. Bahan silymarine yang diperolehi dari Milk Thistle adalah sejenis anti-oksida yang membantu menguatkan kulit dalam menentang pencemaran persekitaran, selain menenangkan dan melegakan kulit. Buah Luo Han Guo yang juga dikenali sebagai buah panjang umur mengandungi anti-oksida yang amat berkuasa, turut membantu menyihatkan kulit.

Kanuka (white tea tree) memiliki kebaikan membersihkan kulit. Sumber dari ekstrak tumbuh-tumbuhan ini diketahui memiliki kebaikan dalam membersihkan pori dan menghalangnya dari tersumbat. 

Guava pula adalah sumber asid salisilik, sejenis bahan pengelupasan yang dapat menyingkirkan sel kulit mati, membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan minyak pada permukaan kulit.

CLEAR PROOF DEEP-CLEANSING CHARCOAL MASK

Masker berkuasa tiga bertindak bagaikan magnet yang menarik keluar semua kotoran dari dalam liang pori.

Ujian klinikal menunjukkan formula bagi masker ini dapat menyerap lebihan minyak dan mengurangkan kilatan pada wajah serta-merta. Sememangnya mereka yang sudah mencuba masker ini bersetuju kulit mereka kelihatan lebih bersih selepas dicuci.

Ekstrak rosemary dan peppermint memberi haruman yang menyegarkan kepada deria bau. Rasa dingin menyebabkan pemakai masker berasa selesa dan tenang.

Masker yang hebat ini membersihkan kulit secara mendalam dan menyingkirkan kilatan. Kompleks ekstrak botani dalam masker ini membantu memurnikan kulit sehingga menjadi cantik. 

Masker ini diformulasikan dengan Arang Teraktif, bahan yang amat berkuasa, yang dapat menarik keluar kotoran yang menyumbat pori sehingga 2 kali ganda. Bayangkan arang teraktif ini magnet yang menarik keluar kotoran dari dalam pori. Bahan lain seperti tanah liat kaolin dan bentonit membantu masker menjadi lebih menyerap. Anda akan menyukai bagaimana kuatnya masker ini menyerap lebihan minyak supaya kulit anda menjadi licin dan kelihatan matte. Jika anda mengalami masalah kulit, anda mungkin berparut. Masker yang hebat ini diformulasi supaya dapat mengatasi masalah itu juga. Clear Proof® Deep-Cleansing Charcoal Mask yang mengandungi ekstrak bunga honeysuckle dan {kacang} navy bean mensasarkan keadaan warna kulit yang bertompok ini juga. 

1. Arang Teraktif: Apabila arang dipanaskan menerusi proses tertentu, ia menjadi teraktif, menjadi berongga-rongga. Arang Teraktif dikatakan dapat menyerap kotoran sehingga dua kali ganda. Arang Teraktif membantu membersihkan pori yang tersumbat.

2. Kaolin dan Tanah Liat Bentonit: Kajian menunjukkan orang yang memiliki kulit wajah bermasalah menghasilkan lebih banyak minyak berbanding golongan yang tiada masalah kullit. Didapati kullit menjadi lebih berminyak seiring dengan perubahan cuaca dan faktor lain. Oleh itu, masalah kulit berminyak adalah isu biasa. Kaolin dan tanah liat bentonit yang kuat menyerap minyak diformulasikan bagi menyerap lebihan minyak serta-merta, serta mengurangkan kilatan dan menghaluskan pori.

3. Ekstrak bunga Honeysuckle dan Navy Bean (sejenis kacang): Clear Proof® Deep-Cleansing Charcoal Mask mengandungi ekstrak bunga honeysuckle dan navy bean (sejenis kacang) yang dapat membaiki keadaan warna kulit yang bertompok. Hasilnya, warna kulit lebih sekata. Dalam ujian in-vitro, didapati kedua-dua bahan ini memberi kesan positif dalam meratakan warna kullit.

Kulit secara semulajadi dapat menggelupaskan dirinya sendiri. Tetapi, atas beberapa sebab proses ini menjadi kurang efisien sehingga menyebabkan minyak, bakteria dan kotoran terperangkap dalam pori. Clear Proof® Deep-Cleansing Charcoal Mask membantu menyingkirkan kotoran yang menjadi sebab kepada kulilt bermasalah, dengan menyingkirkan kotoran ini dengan lembut lalu menghasilkan kulit yang lebih bersih.

Masker yang mengandungi arang teraktif dan tanah liat mineral dapat menyerap kotoran dan lebihan minyak yang menyumbat pori, membersihkan lagi kulit lebih dari biasa. Hasilnya kulit anda lebih bersih dan sihat, dan pori kelihatan halus.

Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, anda bolehlah menghubungi saya!

Kedua-dua masker ini dapat menyelesaikan masalah blackhead dan whitehead, clogged pores atau pori tersumbat, kekusaman wajah dan mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit wajah.

Jom cuba salah satu masker ini hari ini juga!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...