Langkau ke kandungan utama

Pencuci muka Mary Kay



Anda menggemari produk muka yang berasaskan tumbuh-tumbuhan? OK, pakai jer Mary Kay.







Dalam entri ini, saya gabungkan kesemua pencuci muka berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk memudahkan bacaan anda. Jadi, jika anda mengalami maslah kulit kering, normal atau berminyak, ataupun kombinasi, teruskan membaca ya. Untuk pemilihan yang tepat, saya boleh bantu consult anda!
Adakah anda mengalami masalah kulit kering?

Menggunakan pencuci muka yang sesuai, kulit serta-merta terasa segar, lembut dan selesa.
  • Tiada lagi rasa ketat dan rasa tegang.
  • Anda boleh dapatkan pencuci muka khas untuk kulit kering yang selamat digunakan ini daripada saya ya!
Jom baca lagi. 

Botanical Effects® Cleanser Formula 1 untuk kulit kering adalah sebahagian daripada rejim penjagaan kulit Botanical Effects. Pencuci muka ini membersihkan wajah dengan lembut tanpa mengeringkan lagi kulit kering.

Saya yang mengalami isu kulit kering akibat penuaan, berasa selesa menggunakan pencuci muka ini kerana kelembutannya. Disebabkan isu penuaan, kulit saya bukan saja menjadi kering, malah mudah menjadi sensitif. Jadi pencuci muka yang ini amat sesuai dengan keadaan kulit saya.

Bagi anda yang hanya berminat membersihkan wajah dari kotoran biasa seperti habuk, asap, peluh dan mekap ringan, memadai memakai pembersih wajah Botanical Effect ini. Tiada had umur untuk memakai pembersih ini, sesuai dari remaja ke usia 70an!

Berasaskan tumbuh-tumbuhan, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Dua bahan utama termasuklah Milk Thistle. Bahan silymarin yang terkandung dalam milk thistle ini kaya dengan anti-oksida membantu kullit menghalang kerosakan akibat pencemaran persekitaran. Ia juga membantu kulit berasa lega dan menenangkan. Ekstrak buah Luo Han Guo yang dikenali sebagai buah panjang umur mengandungi anti-oksida yang amat kuat dan dipercayai membantu menyihatkan kulit kita.

Khas untuk Botanical Effects untuk kulit kering ini,dua bahan ini ditambah ke dalam formulasinya:-
  • Ekstrak biji Flaks yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang diketahui dapat meningkatkan kelembapan serta melegakan kerengsaan kulit kering.
  • Sea kelp adalah sumber nutrien yang penting dalam mencapai kelembapan kulit. Sea kelp adalah sejenis rumpai laut, kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Kesemua ini penting dalam membantu kita mencapai keseimbangan dan kelembapan kulit.
Sekiranya kulit anda jenis kering, eloklah mencuba rangkaian produk penjagaan kulit ini kerana ia memang dapat membantu anda.

Bagi anda yang menggemari rejim penjagaan kulit yang simple, ini adalah pillihan terbaik anda.


Adakah anda berkulit normal? 

Adakah anda mencari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda yang normal itu?


Botanical Effects cleanser Formula 2 untuk kulit normal adalah sebahagian daripada rejim penjagaan kulit Botanical Effects. Pencuci muka ini membersihkan wajah dengan lembut tanpa menyingkirkan elemen-elemen penting dari kulit.

Bagi anda yang hanya berminat membersihkan wajah dari kotoran biasa seperti habuk, asap, peluh dan mekap ringan, memadai memakai pembersih wajah Botanical Effect ini. Tiada had umur untuk memakai pembersih ini, sesuai dari remaja ke usia 70an!

Berasaskan tumbuh-tumbuhan, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Dua bahan utamanya adalah Milk Thistle dan buah Luo Han Guo. Bahan silymarin yang terkandung dalam milk thistle ini kaya dengan anti-oksida membantu kullit menghalang kerosakan akibat pencemaran persekitaran. Ia juga membantu kulit berasa lega dan menenangkan. Luo Han Guo yang dikenali sebagai buah panjang umur mengandungi anti-oksida yang amat kuat dan dipercayai membantu menyihatkan kulit kita.

Khas untuk Botanical Effects untuk kulit normal ini, dua bahan lain ditambah ke dalam formulasinya:-

Ekstrak bunga teratai. Kaya dengan anti-oksida, sumber penting bagi nutrien bagi mendapatkan kulit yang sihat. Ektrak bunga kemboja. Kaya dengan anti-oksida bagi membantu melindungi kulit dari pencemaran persekitaran. Bunga ini diketahui memiliki ciri-ciri yang menenangkan kulit.

Sekiranya kulit anda jenis normal, eloklah mencuba rangkaian produk penjagaan kulit in kerana ia memang dapat membantu anda mengekalkan keseimbangan dan keserian wajah anda.

Bagi anda yang menggemari rejim penjagaan kulit yang simple, ini adalah pillihan terbaik anda.

Adakah anda mengalami isu kulit berminyak?
Adakah ini masalah utama anda?


Pencuci muka Mary Kay® Formula 3 untuk kulit berminyak adalah sebahagian daripada rejim penjagaan kulit Botanical Effects. Pencuci muka ini membersihkan wajah dengan lembut tanpa menyingkirkan elemen-elemen penting dari kulit.

Pencuci muka yang membersihkan wajah ini dapat membersihkan kulit sehingga ke dalam liang pori. Kehebatannya termasuklah menyingkirkan lebihan minyak tetapi kelembapan kulit tetap terpelihara. Yang pasti kulit yang dibersihkan terasa sungguh bersih dan kilatan wajah dapat dikurangkan

Kompleks botani yang kaya dengan anti-oksida ditambah ke dalam pencuci ini. Ia tidak menyebabkan kulit mengalami alahan dan tidak mengandungi warna sintetik dan haruman jadi ia selamat untuk mereka yang alah kepada haruman.

Bagi anda yang hanya berminat membersihkan wajah dari kotoran biasa seperti habuk, asap, peluh, minyak dan mekap ringan, memadai memakai pencuci muka Botanical Effect ini. Tiada had umur untuk memakai pencuci ini, sesuai dari remaja ke usia 70an!
Berasaskan tumbuh-tumbuhan, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Dua bahan utamanya adalah Milk Thistle dan buah Luo Han Guo. Bahan silymarin yang terkandung dalam milk thistle ini kaya dengan anti-oksida membantu kulit menghalang kerosakan akibat pencemaran persekitaran. Ia juga membantu kulit berasa lega dan menenangkan. Luo Han Guo yang dikenali sebagai buah panjang umur mengandungi anti-oksida yang amat kuat dan dipercayai membantu menyihatkan kulit kita.
Khas untuk Botanical Effects untuk kulit berminyak ini, Dua bahan lain ditambah ke dalam formulasinya:-

  • Kanuka (white tea tree) diketahui mempunyai ciri yang membersihkan. Sumber dari ektraks botani ini diketahui dapat membersihkan dan menghalang pori dari tersumbat.
  • Guava (jambu batu) adalah sumber asid salisilik, sejenis bahan pengelupasan yang dapat menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori dari tersumbat serta membersihkan lebihan minyak pada permukaan kulit,
Sekiranya kulit anda jenis berminyak, eloklah mencuba rangkaian produk penjagaan kulit ini kerana ia memang dapat membantu anda mengekalkan keseimbangan dan keserian wajah anda.

Bagi anda yang menggemari rejim penjagaan kulit yang simple, ini adalah pillihan terbaik anda.

Happy skin, happy me!

Untuk mendapatkan analisis kulit dengan lebih tepat, anda boleh hubungi saya. Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, bolehlah hubungi saya juga!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...