Langkau ke kandungan utama

Pencuci muka untuk remaja kulit jenis kombinasi


Khas untuk remaja yang berusia 12 tahun hingga ke usia dewasa, anda boleh memulakan rutin penjagaan kulit sihat dengan menggunakan pencuci wajah ini, Botanical Effects Evolution Cleansing Gel.

Adakah pencuci muka ini sesuai digunakan oleh orang dewasa? Sudah tentu. Ia sesuai digunakan jika kulit anda jenis normal dengan sedikit minyak di bahagian tengah muka. Ia mungkin kurang sesuai jika anda berkulit kering.

Pencuci wajah dalam bentuk gel ini amat lembut dan sesuai bagi kulit normal, sedikit minyak ataupun jenis kulit yang mudah berminyak di bahagian dahi, hidung dan dagu tetapi kering di bahagian pipi.

Buih lembut membersihkan kulit dengan lembut tanpa menyebabkan kulit berasa rengsa selepas cucian.

Bahan utama yang menjadikan produk ini begitu bagus dan berkesan semestinyalah kandungan bahan yang terdapat di dalamnya iaitu buah naga dan aloe vera.

Kedua-dua bahan ini kaya dengan anti-oksida yang diperlukan bagi mendapatkan kulit yang segar dan sihat. Rangkaian produk Botanical Effects Evolution ini ringkas dan amat mudah digunakan. Anda hanya perlukan pembersihan wajah dilakukan sekurang-kurangnya sekali pagi dan sekali petang dan pada waktu di antaranya jika perlu.


Buah naga mengandungi asid lelemak dan beberapa vitamin B kompleks termasuklah Thiamin (B1 yang dikenali sebagai vitamin anti-stress), Riboflavin (vitamin B2 dan Niacin (vitamin B3). Ia juga kaya dengan mineral seperti besi, kalsium dan fosforos.

Aloe vera pula adalah salah satu jenis tumbuh-tumbuhan yang mengandungi paling banyak khasiat di dunia. Gel pada pohon lidah buaya ini mengandungi lebih 75 khasiat, termasuklah 20 mineral dan 12 jenis vitamin.

Aloe vera dapat membantu kulit mengekalkan lembapan kepada benteng kulit dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Vitamin E adalah anti-oksida yang popular dalam rangkaian produk penjagaan kulit. Ia juga menggalakkan kesihatan kulit dan pusing-ganti sel kulit.

Pohon aloe vera dikenali sebagai pohon ajaib kerana dikatakan memiliki bahan yang melegakan kulit.

Untuk order atau mahu cuba dulu sebelum beli, bolehlah hubungi saya ya!


Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...