Langkau ke kandungan utama

Kulit kering tapi berminyak

Kulit kering bagaikan bunga kering
Mungkin kulit anda dehydrated.

Kulit Terdehidrasi (Dehydrated Skin)

Kulit terdehidrasi adalah kulit yang mengandungi kurang lembapan. Ia dikenali sebagai trans-epidermal water loss (TEWL). Kulit jenis ini masih mampu mengadakan aktiviti penghasilan minyak secara normal ataupun secara berlebihan mengakibatkan kulit seakan berminyak.

Sekiranya kulit anda masih dapat menghasilkan minyak, masih bercela, tetapi ia nampak kering, itulah tandanya kulit anda terdehidrasi. Kulit terdehidrasi selalunya adalah kulit jenis kombinasi dan berminyak.

Seringkali berlaku isu dehidrasi apabila anda menggunakan produk penjagaan kulit yang keras dan mengeringkan kulit anda.

Kulit Terdehidrasi boleh berlaku kepada kita yang berkulit normal, kombinasi dan berminyak.

Ciri-ciri Kulit Terdehidrasi

Kulit terasa ketat dan kedut halus mudah terjadi disebabkan kekurangan kelembapan pada peringkat sel.

Berbeza dengan kulit kering yang mana kulit sentiasa rasa kering sepanjang masa, kulit yang terdehidrasi, rasa kering itu berubah-ubah mengikut keadaan. Sekarang rasa kering, tapi sekejap lagi rasa normal atau berminyak.

Kulit terdehidrasi dikenali sebagai kulit bawang.

Penyebab kulit terdehidrasi
  1. Gaya hidup : Banyak menaiki kapalterbang dan mengambil alkohol.
  2. Usia : Apabila sel kulit meningkat tua, pusingan sel epidermal menurun mendadak. Ini menyebabkan penghasilan lipid antara sel perlahan. Ini menyebabkan fungsi penghadang pada kulit terjejas. Maka kejadian dehidrasi berlaku.
  3. Penggunaan produk penjagaan kulit yang mengeringkan kulit.
Tips Merawat Kulit Terdehidrasi.

Cara termudah merawat kulit terdehidrasi adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang dapat menghidratkan kulit. Ini termasuklah penggunaan produk pengelupasan bagi membuang sel kulit yang sudah kekeringan itu dari permukaan kulit.

Ketahuilah perbezaan kulit kering dengan kulit dehidrasi kerana ia amat penting.

Terdapat pelbagai maklumat yang kurang tepat di luar sana. Dengan memenuhi keperluan kulit anda, anda akan dapat memastikan kulit anda sihat dan cantik. Ingatlah, kulit terbaik apabila terdapat keseimbangan air (lembapan) dan minyak (sebum).

Untuk mendapatkan analisis kulit dengan lebih tepat, bolehlah hubungi saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...