Langkau ke kandungan utama

Bedak foundation TW3D sesuai untuk kulit sensitif dan jerawat


Salah satu produk Mary Kay yang pertama, yang mencuri perhatian saya adalah bedak asas, yang dikenali sebagai Liquid Foundation. Sebelum ini, saya lebih biasa menggunakan two-way cake dari Estee Lauder, iaitu bedak buku yang boleh dipakai kering ataupun basah.



Walaupun saya menggunakan bedak berjenama, namun mekap saya tidak se-gah mana. Tidak pernah ada yang bertanya, memuji jauh sekali, akan keadaan wajah saya yang berbedak mahal itu.

Jadi, apabila saya mengenakan bedak foundation Mary Kay yang harganya tak sampai seratus ringgit, kulit nampak glowing serta berasa seperti tidak memakai mekap, sememangnya saya berasa best sangat.Saya berasa yakin dengan foundation ini kerana ia tidak menyumbat pori dan sesuai untuk kulit sensitif.

Apabila saya ketahui bedak foundation Mary Kay ini bukan mekap biasa, malah sebahagian penjagaan kulit juga, saya hampir tidak pernah tidak memakai bedak foundation ini setiap hari selepas menyapu pelembap. 

Yang pasti saya sentiasa berasa yakin ke mana sahaja apabila wajah disaluti bedak. Sudah tentu kesan jerawat dan parut yang menghodohkan wajah dapat disembunyikan. Tapi yang bestnya, kulit saya nampak flawless effortlessly. Saya seakan-akan nampak tidak bermekap tetapi nampak seperti memiliki kulit yang sekata!

Salah satu sebab saya tidak meninggalkan pemakaian bedak foundation ini adalah kerana mahu melindungi liang pori yang sebanyak 20 ribu pada wajah itu tidak dimasuki habuk dan kotoran lain yang wujud dalam udara.

Oleh sebab saya memiliki pori yang kasar, maka kotoran seperti habuk dan asap dapat berumah dalam liang pori saya dengan meriah. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, saya sentiasa memakai bedak foundation ini.

Kita biasa dengar kata-kata yang berkata, jangan pakai mekap nanti kulit tak dapat bernafas. OK, kulit tidak bernafas sebab sel kulit tiada saluran pernafasan,. Tapi foundation Mary Kay ini tidak menyumbat pori. Ia selamat dipakai oleh kulit sensitif. Ia tidak mengandungi pewangi jadi selamat digunakan oleh anda yang sensitif pada produk wangi.

Bagi yang berkulit berminyak, gunakan formulasi matte-wear. Bagi yang berkulit kering, gunalah formulasi Luminous-Wear. 

Jadi, pakailah bedak foundation Mary Kay ini dengan yakin!

Kulit anda akan bertambah cantik. Saya sendiri memakai bedak ini dari hari Isnin ke Ahad, setiap hari siang, Malam jer tak pakai sebab nak tidur!

Ini saya senaraikan bahan utama dalam bedak foundation ini berserta fungsinya sekali. Jom baca sesama!
  • Encapsulated Resveratrol - sejenis bahan anti-penuaan. Fungsi utamanya adalah melindungi kulit daripada radikal bebas. Ia bekerjasama dengan antioksida semulajadi dalam menyokong skin barrier.
  • Vitamin B3 - Salah satu brightening superpower yang diketahui pada masa ini. Ia adalah tambahan anti-oksida dalam menentang radikal bebas bagi mempertahankan kulit.
  • Age-Defying Peptide yang menyokong kolagen dan elastin kulit semulajadi.
Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, hubungilah saya ya!

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...