Langkau ke kandungan utama

Pencuci muka Timewise 3D untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak.


Pencuci muka 3D 4 dalam 1 yang baru dilancarkan oleh syarikat jualan langsung Mary Kay memang sangat awesome!

Anda mendapat 4 kebaikan sekaligus setiap kali membersihkan wajah anda.

  1. Membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit
  2. Berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit
  3. Mencerahkan warna kulit
  4. Cukup lembut dan selamat digunakan 2 kali sehari, pagi dan malam.

Jika anda memiliki kulit yang mudah terasa kering setiap kali selepas basuhan, anda patut bertukar kepada pencuci muka yang mewah ini!

Ia mengandungi bahan yang sudah diuji berkesan mengatasi kesan penuaan. Antaranya adalah:-

  • Encapsulated resveratrol (resveratrol yang dikapsulkan)
  • Vitamin B3
  • Peptida anti-penuaan

Kesemua bahan di atas menjadikan kulit anda kuat menentang radikal bebas, salah satu penyebab kedut halus dan kasar, diperkaya dengan anti-oksida supaya dapat membetulkan semula sel-sel kulit anda yang terjejas pada sebelah siang.

Ini semua adalah kerosakan dalam kulit jadi kita tidak nampak. Tetapi, jika anda tidak menjaganya, kesannya akan naik ke permukaan dan ketika itu, sudah agak terlambat untuk anda mendapatkan kulit yang licin tanpa kedut!

Jadi, ambillah tindakan dengan menggunakan produk yang dijamin selamat dan berkesan. Oh ya, produk Mary Kay ada jaminan kepuasan pelanggan ya!

Pencuci muka ini amat menjimatkan. Anda hanya perlu guna sedikit sahaja, dan campurkan sedikit air sebelum melumurkan wajah anda, gosok perlahan saja, beri peluang kepada biji-biji halus dalam  pencuci itu menjalankan tugasnya menyental sel-sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit anda. Bilas saja dengan air paip. Anda boleh juga membilas wajah dengan air suam.

Gunalah pencuci muka ini dengan yakin kerana :-
  1. Ia tidak menyumbat pori anda
  2. Ia tidak mengandungi haruman jadi selamat digunakan oleh anda yang sensitif pada haruman sintetik. Namun anda mungkin tercium sedikit haruman padanya kerana ini adalah bau bahan botani yang diekstrak.
  3. Ia sudah diuji selamat oleh pakar dermatologi
  4. Sudah diuji secara klinikal dan ternyata selamat dari iritansi dan tidak menyebabkan alahan
  5. Tidak berminyak
  6. Selamat digunakan oleh anda yang berkulit sensitif.
Pencuci muka ini mengeluarkan sedikit buih halus yang lembut pada kulit. Buih ini tidak membahayakan apabila digunakan dengan betul.

Untuk order atau cuba, anda bolehlah menghubungi saya. Saya sudi membantu anda membuat pilihan yang tepat sesuai dengan keadaan dan jenis kulit anda serta bajet anda!

Untuk order sendiri, boleh tekan tekan link ini ya!

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama. Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis. Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah. Sumber: Teach Me Anatomy Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan. Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak. Sumber: Teach Me Anatomy Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan...

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask. 1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut. Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja. 2. Bilas hingga bersih menggunakan air paip dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut. 3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Elakkan bahagian mata dan mulut. Sekiranya terdapat masalah blackhead dan whitehead atau jerawat yang teruk, anda boleh memakai masker di kawasan tersebut setiap malam selama 10 minit.  Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka. Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa. 4. Bilas masker hingga bersi...

Mary Kay TimeWise Repair untuk 35 tahun ke atas

Rangkaian produk TimeWise Repair adalah set eksklusif untuk kulit matang yang kering, sensitif dan kesan penuaan yang ketara seperti kedut kasar, garis halus, pengenduran, tompok gelap. Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit, menjadikan kulit sensitif kurang kesensitifannya, melicinkan kulit kasar akibat kering, mengurangkan kesan kedut kasar dan memejalkan kulit yang sudah mula mengendur dan jatuh. Skincare untuk wanita yang sudah berusia 35 tahun dan ke atas berbeza dengan wanita yang berusia 23 tahun. Keadaan kulit wanita 35 tahun sudah berubah dari sudut dalaman dan luaran. Oleh itu, produk yang dulunya sesuai semasa anda berusia 20an, mungkin tidak lagi sesuai apabila usia anda masuk 35. Pada usia 35 tahun, banyak kedut halus mula wujud pada kulit. Penghasilan kolagen dan elastin mula berkurang, Kulit yang dulunya berminyak, berubah menjadi normal dan dehydrated. Kulit yang dulunya normal, menjadi kering. Kulit yang kering menjadi semakin kering melampa...