Langkau ke kandungan utama

Jenis-jenis Serum Mary Kay

Serum adalah tambahan penting ke dalam rutin penjagaan kulit harian terutama bagi kita yang sudah mencapai usia 25 tahun dan ke atas. Namun, serum boleh ditambah ke dalam rutin penjagaan kulit bagi pengguna muda yang baru berusia 18 tahun.

Serum mempunyai tekstur yang cair, halus, dan mudah diserap ke dalam kulit. Oleh sebab molekulnya halus, maka serum dapat tembus hingga ke lapisan dermis kulit kita.

Serum mengandungi bahan aktif berkuasa tinggi hingga dapat menentang kesan yang mahu dihilangkan dari permukaan kulit.

Pernahkah anda tertanya-tanya fungsi serum yang anda beli, guna dan pakai setiap hari itu?

Serum Mary Kay

Setiap serum mempunyai fungsi khusus kerana sifat serum itu sendiri, ia direka khas bagi mengatasi satu-satu isu yang mahu diperbaiki.

Buat masa ini belum ada 1 botol serum yang dapat mengatasi SEMUA isu kulit.

Sebagai contoh, di Mary Kay, terdapat pelbagai jenis serum dan saya akan cuba kupas satu persatu khas untuk pengetahuan anda.

  1. Untuk menghidratkan kulit kering dan kulit terdehidrasi (dehydrated skin)
  2. Untuk menegangkan kulit
  3. Untuk menyingkirkan sel kulit mati
  4. Untuk memudarkan jeragat dan tona tidak sekata
  5. Untuk mengatasi isu radikal bebas
  6. Untuk menghaluskan liang pori
  7. Untuk mengurangkan jerawat
  8. Untuk mengurangkan kedut kasar (garis ekspresi)
  9. Untuk anti-penuaan


Untuk penghidratan kulit wajah

Timewise Bio-Cellulose Mask


Bagi menghidratkan kulit kering dan kulit terdehidrasi pada kadar segera, anda boleh menggunakan Timewise Repair Lifting Bio-Cellulose Mask yang mengandungi serum yang membantu menghidratkan kulit.

Kulit anda akan lembap selama 24 jam selepas pemakaian sekeping masker ini. Masker jenis topeng diilhamkan oleh K-Beauty ini hanya perlu dipakai selama 20 minit - 30 minit, dan kulit anda serta-merta kelihatan bermaya dan berseri.

Jika anda mengalami isu kekeringan dan terdehidrasi kulit, anda boleh memakai masker ini setiap malam sehingga isu kulit anda selesai dan kulit kembali seimbang.

Tekstur topeng jenis bio-sellulosa tu adalah gred medikal, mampu merawat permukaan kulit yang pecah-pecah (microcuts) akibat kekeringan. 

Pernah mengalami rasa pedih-pedih pada permukaan kulit? Mungkin terdapat microcut pada kulit anda.

Masker ini terbaik dalam memberi kelegaan segera kepada kulit yang pedih, kering dan merengsa. 

Untuk menegangkan kulit, memperbaiki kesan aging sekitar rahang dan menambah kelembapan kulit secara umumnya. 
Timewise Repair Advance Lifting Serum

Bagi menegangkan kulit yang sudah mengendur dan leper, anda boleh menggunakan Timewise Repair Lifting Serum yang dapat melembapkan kulit wajah anda sehingga 61%. Kulit akan kelihatan segar dan hasilnya kulit anda akan lebih pejal dan padat. Kontour wajah kembali menghiasi wajah anda.

Serum ini perlu dipakai setiap hari, 2 kali sehari selama 3 bulan bagi mendapatkan hasil optimum.

Ia berasaskan ekstrak Gotu Kola yang hidup subur di Sri Langka.

Untuk memudarkan jeragat dan warna wajah tidak sekata
Lumivie Intensive Serum

Bagi memudarkan jeragat dan tompok gelap serta meratakan tona tidak sekata, anda perlu menggunakan serum LumiVie dari Mary Kay. Serum berasaskan mutiara hitam dari Tahiti ini dapat memudarkan jeragat, menjernihkan kulit wajah serta meratakan kekusaman kulit wajah. Serum ini perlu dipakai 2 kali sehari dan pemakaian perlulah konsisten.

Kuasa ekstrak mutiara termasuklah dapat merawat, menganjalkan, mencerahkan dan dapat memberi perlindungan anti oksida  menggalakkan pembaharuan sel kulit, menjadikan kulit lebih elastik, dapat mengenyah-toksid kulit dan melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas, membetulkan warna kulit dan melicinkan kulit.

Bgm mutiara menaikkan seri semulajadi kulit?

Dengan menyekat enzim tyrosinase, ekstrak mutiara memperlahankan pembentukan melanin supaya kulit nampak cerah semulajadi. Asid amino turut menguatkan kulit jadi kedutan kulit menjadi licin . Ia membantu menguatkan kulit supaya kulit dapat menampung kelembapan. Proses ini dapat mengelakkan keadaan terdehidrasi (dehydration) dan kulit dapat menzahirkan seri semulajadinya.

Kesan cerah berseri ini akan menjadi milik anda sekiranya anda konsistent memakainya selama 2 minggu, sekali pagi dan sekali petang.

Untuk mengatasi isu radikal bebas dan menaikkan seri wajah anda
Timewise Replenishing Serum C + E

Setiap hari kulit kita diserang oleh radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit. Sel kulit yang rosak menyebabkan berlakunya ketidak-sekataan pada warna kulit wajah, kolagen dan elastin melemah sehingga menyebabkan terhasilnya kedutan halus dan kasar.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita memerlukan produk yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan sel kulit kita. Gunalah Serum Replenishing Serum C + E yang sarat dengan anti-oksida dari bahan terbaik di dunia.

Sapuan 2 kali sehari memastikan kulit kita sihat bermula dari peringkat sel kulit lagi!

Untuk menghaluskan liang pori yang kasar dan ketara pada kulit wajah
Pore Minimizer

Liang pori yang kasar dapat dihaluskan dengan menggunakan Serum Pore Minimizer. Serum ini menguatkan kolagen supaya kekal tegang dan tegap. Kulit yang mengendur itu menyebabkan pori kelihatan memanjang pada permukaan kulit.

Pori yang lebih halus terjadi serta-merta hanya dengan sapuan pertama!

Timewise Repair Deep Wrinkle Filler
Timewise Repair Deep Wrinkle Filler yang mengandungi Asid Hyaluronic dan Retinol dicipta bagi mengurangkan kesan kedut kasar atau garis ekspresi yang ketara. Pada wajah matang, kita tidak dapat lari dari 6 garis kasar ini, iaitu garis menegak pada kedua-dua belah kening, garis melintang pada dahi, garis menegak atas bibir, garis senyum (marrionette lines) dan cakar helang (crow's feet) tepi mata. Gunalah serum yang powerful ini bagi melicinkan kembali kesan kedut kasar itu.


Sekian serba ringkas penerangan mengenai serum yang terdapat di Mary Kay.

Diharapkan agar anda lebih jelas, dan kini lebih memahami fungsi serum yang anda beli.

Untuk mendapatkan pelbagai jenis serum Mary Kay, hubungilah saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Untuk beli online directly, anda boleh lawati kedai online saya. 
Untuk order atau pertanyaan lanjut, sila tekan Sini

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask. 1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut. Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja. 2. Bilas dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut. 3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka. Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa. 4. Bilas masker hingga bersih menggunakan air suam atau air paip sahaja, gunakan jari lembut-lembut. Anda boleh gunakan Disposable Facial Cloth untuk memudahkan pembersihan masker. Masker ini mudah dibersihkan. Jangan gunakan berus atau berus Skinvigora