Langkau ke kandungan utama

Kenali kami, syarikat Mary Kay?

Mary Kay ialah sebuah syarikat kosmetik antarabangsa dari Amerika Syarikat. Pada masa ini, ia merupakan salah satu dari lima syarikat jualan langsung terbesar di dunia. Syarikat ini fokus kepada produk kecantikan merangkumi penjagaan kulit, kosmetik, mandian, tubuh badan serta wangian.


Berdasarkan kepada maklumat 2018, kosmetik Mary Kay adalah produk kosmetik berjenama Top 3 pilihan warga Malaysia. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan khasnya kepada kami para perunding kecantikan bebas kerana produk ini dijual dari mulut ke mulut dan sosial media sahaja.

Duta kecantikannya hanyalah kami para pengguna, tidak dipopularkan oleh mana-mana selebriti. Kami tiada kedai, hanya bergerak dari rumah ke rumah.


Siapa Founder Mary Kay?

Beliau bernama Mary Kay Ash, mendirikan syarikat yang dinamakan Beauty by Mary Kay, dengan mengeluarkan wang simpananya sejumlah USD5000 pada 13 September 1963.

Kami akan meraikan anniversary syarikat ini yang ke 60 pada tahun 2023.

Syarikat ini bermula dengan menjual produk skincare, tak banyak bezanya dengan Timewise 3D yang ada pada masa sekarang ini.

Walaupun begitu, Mary Kay sebenarnya tiada pengalaman menjual produk skincare mahupun kosmetik sebelum membabitkan diri dalam dunia kecantikan.

Apakah yang menyebabkannya tertarik dengan produk skincare?

Mary Kay pernah pergi ke rumah seorang pelanggan bagi melakukan demo produk pembersihan. Ketika beliau ke dapur, beliau lihat beberapa wanita sedang duduk di meja makan sambil mencuba produk ke wajah. Beliau berasa ingin tahu lalu bertanya. Kemudian beliau dipelawa mencuba beberapa produk selepas salah seorang wanita itu membelek wajahnya. Selepas mencuba, beliau diberikan beberapa sample untuk dicuba ke rumah, dan diajak berjumpa seminggu selepas itu bagi melihat hasil dan keberkesanannya.

And the rest is history.

Apa yang dialami oleh Mary Kay itu adalah apa yang dikenali sekarang sebagai skincare class di mana kita boleh mencuba dulu produk ke wajah, dan anda boleh terus beli atau diberikan beberapa sample untuk cuba di rumah, sebelum beli.

Ini adalah suatu keunikan dalam menjalankan bisnes Mary Kay. Cara ini masih kekal sejak ia dimulakan 59 tahun lalu.

Jika anda berminat dengan produk Mary Kay ataupun ingin menyertai kami sebagai ahli, anda boleh hubungi saya di talian tertera.

Hasnah
Mary Kay Independent Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...