Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Solusi kulit kering

Bagi and yang mencari solusi kepad kulit kering, berikut adalah maklumat yang anda perlukan. Produk yang saya sarankan ini adalah produk Mary Kay, saya sendiri menggunakannya, malah ramai yang berjaya menyelesaikan masalah kulit kering dengan menggunakan produk berikut! Apabila kulit menjadi gatal, kering, mengelupas, mudah melecet, itu adalah petanda kulit mula mengalami dehydration (dehidrasi). Pastikan anda banyak minum, dan jangan lupa memakai produk skincare juga. LumiVie Black Sheet Mask Berasaskan mutiara hitam Tahiti dan Arang Binchotan, ternyata produk ini mampu menyerlahkan kecerahan dan keserian kulit wajah. Mutiara hitam Tahiti ini adalah bahan eksklusif yang mengandungi pelbagai kebaikan untuk kulit. Mutiara Hitam Tahiti Kuasa ekstrak mutiara termasuklah dapat merawat, menganjalkan, mencerahkan dan dapat memberi perlindungan anti oksida, menggalakkan pembaharuan sel kulit, menjadikan kulit lebih elastik, dapat mengenyah-toksid kulit dan melindungi kul

Skincare untu wanita Menopaus

Kulit wanita yang memasuki fasa menopaus akan berubah. Paling ketara ialah kulit menjadi kering kerana sistem peranakannya sudah tidak lagi menghasilkan hormon estrogen dan progesteron. Fasa menopaus bagi kebanyakan wanita Malaysia adalah antara 45 - 55 tahun. Namun proses ke arah fasa itu mungkin sudah bermula seawal usia 40 tahun. Tanpa berbincang lebih lanjut tentang dua hormon ini, cukuplah bagi kita faham kedua-dua hormon ini memainkan peranan penting kepada kecantikan dan kesihatan kulit. Apabila usia meningkat, penghasilan hormon estrogen berkurang. Maka akan berlakulah perubahan kepada keadaan kulit. Tanpa penjagaan kulit yang tepat, kesan penuaan seperti kulit kendur, kedutan nampak ketara. Wajah turut melebar dengan jayanya! Antara fungsi hormon estrogen termasuklah membantu mengawal proses penuaan dan ketebalan kulit. Estrogen menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit. Kolagen yang banyak dapat menebalkan kulit. Apabila estrogen tidak lagi dihasilkan, kolagen ku

Pencuci muka terbaik ada di Mary Kay

Definisi pencuci muka terbaik Pencuci muka terbaik bagi anda adalah pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda. Ia dapat membuatkan kulit anda berasa selesa selepas dicuci. Tiada rasa terik, tegang, berminyak ataupun rasa kering melampau. Pencuci muka terbaik adalah berbeza-beza kerana kulit kita berbeza, jenis dan masalah kulit kita berbeza, masalah yang kita mahu atasi pun berbeza! Mana mungkin ada satu pencuci yang menepati keperluan dan kehendak kita semua. Impossible. Mustahil! Pencuci muka terbaik adalah yang dapat membantu seimbangkan pH kulit anda, ia tidak mengeringkan lagi kulit anda, ia tidak memburukkan lagi situasi kulit yang berminyak, ia menjadikan kulit anda berasa selesa sebaik lepas dicuci. Ia juga tidak mengempiskan kocek kita. Terdapat beberapa pencuci muka Mary Kay yang terbaik untuk selesaikan masalah kulit muka anda. Secara ringkasnya saya senaraikan di sini untuk bantu anda membuat pilihan. Cucian wajah biasa Untuk cucian bia