Langkau ke kandungan utama

Skincare untu wanita Menopaus

Kulit wanita yang memasuki fasa menopaus akan berubah. Paling ketara ialah kulit menjadi kering kerana sistem peranakannya sudah tidak lagi menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

Fasa menopaus bagi kebanyakan wanita Malaysia adalah antara 45 - 55 tahun. Namun proses ke arah fasa itu mungkin sudah bermula seawal usia 40 tahun.

Tanpa berbincang lebih lanjut tentang dua hormon ini, cukuplah bagi kita faham kedua-dua hormon ini memainkan peranan penting kepada kecantikan dan kesihatan kulit.

Apabila usia meningkat, penghasilan hormon estrogen berkurang. Maka akan berlakulah perubahan kepada keadaan kulit. Tanpa penjagaan kulit yang tepat, kesan penuaan seperti kulit kendur, kedutan nampak ketara. Wajah turut melebar dengan jayanya!

Antara fungsi hormon estrogen termasuklah membantu mengawal proses penuaan dan ketebalan kulit.

Estrogen menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit. Kolagen yang banyak dapat menebalkan kulit. Apabila estrogen tidak lagi dihasilkan, kolagen kulit menjadi longgar dan tidak lagi padat. Maka kulit menjadi leper dan nipis. Kulit yang nipis mudah menjadi kering dan kedutan mula timbul. Disamping itu, warna kulit mudah menjadi gelap. Pernahkah anda dengar komen mereka yang berkata sejak usia meningkat, kulit yang gelap akibat terbakar lambat kembali ke warna asal?

Progesteron adalah hormon yang membantu menganjalkan kulit. Penghasilannya menurun ketika wanita berusia 35 tahun ke atas. Selain usia, stress turut menyebabkan penurunan progesteron. Kekurangan progesteron menyebabkan kulit kurang bermaya, dan tidak lagi tegang.

Kulit yang mengalami penurunan estrogen dan progesteron akan menjadi lebih kering. Kulit yang dulunya jenis berminyak, kombinasi dan normal beransur menjadi kering. Set penjagaan yang dulu tidak lagi sesuai dengan jenis kulit sekarang. Hal ini banyak berlaku kepada kita. Oleh sebab kulit bertambah kering, pelembap untuk kulit berminyak menjadikan kulit tambah berminyak. Akhirnya kita putus asa. Walhal  kita hanya perlu menukar set penjagaan kulit kepada jenis kering.

Atas sebab-sebab di atas, Mary Kay menghasilkan set penjagaan kulit yang eksklusif untuk wanita yang sudah mencapai usia ini.

Sudah tentu set penjagaan kulitnya berbeza dengan wanita dalam lingkungan usia muda.

Saya yang sudah berada dalam bracket usia matang dan sudah mengalami hot flushes faham keadaan dan jenis kulit sudah berubah dari jenis berminyak kepada kering. Kulit saya kini kering dan amat mudah menjadi dehydrated.

Pemilihan produk perlulah tepat, sesuai dengan jenis kulit masa kini. Pada usia menopaus, pencuci muka perlulah lebih lembut dan halus serta tidak mengeringkan kulit. Untuk mengeringkan muka, gunalah tuala lembut. Pasa masa ini kulit mudah cedera dan luka jika dikasari.

Jika anda biasa dengan rutin penjagaan kulit Mary Kay  tentu anda biasa dengan langkah seterusnya iaitu eksfoliasi. Pada usia menopaus, anda dinasihatkan supaya menggunakan  chemical exfoliation yang lebih lembut. Pada masa ini, physical exfoliation mungkin akan menyebabkan kulit menjadi sensitif. Ingatlah ketebalan kulit menopaus senipis kulit bawang!

Seterusnya gantikan toner anda kepada jenis yang lembut, ditambah dengan Asid Hyaluronik yang dapat melembapkan dan melembutkan kulit.

Serum adalah keperluan kulit matang dan amat diperlukan kulit. Serum membantu melembapkan kulit pada bahagian dermis. Pada kulit menopaus, kulit anda bukan hanya mengalami kekeringan pada permukaan kulit. Bahagian dermis pun kering juga. Ini ada kaitan dengan sistem kulit pada lapisan kedua (dermis) dan ketiga (hypodermis).

Pelajarilah cara sapuan serum dengan betul supaya kebaikan serum dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jika anda ada bajet lebih, gunakan tool kecantikan bagi membantu serum  diserap ke kulit dengan lebih berkesan.

Pelembap bagi kulit kering dan dehydrated selalunya lebih pekat dan likat, mungkin juga sedikit berminyak. Ini kerana pada kulit menopaus, kulit tidak lagi mengeluarkan sebum yang mencukupi. Fungsi sebum adalah untuk melembapkan kulit.

Disebabkan keadaan kulit yang menjadi lebih nipis dan kering, ia lebih memerlukan perlindungan dari sinar UVA dan UVB dalam bentuk sunscreen. Jadi pastikan kulit sentiasa dilindungi setiap hari.

Terdapat banyak produk di luar sana yang boleh anda beli.

Tapi di Mary Kay, saya boleh bantu anda mendapatkan produk yang tepat termasuk suplimen kulit yang diperlukan oleh kulit menopaus.

Untuk mengetahui fungsi produk yang sesuai dengan isu kulit kering, kulit matang dan menopaus, sila klik pada gambar.


Disebabkan keadaan kulit yang semakin nipis, kulit mudah menjadi kering dan dehydrated. Jadi, anda perlukan tambahan penghidrat kulit. Anda boleh dapatkan produk bertaraf world-class ini daripada Mary Kay.

Saya harap penjelasan dalam artikel ini dapat membantu anda pembaca budiman lebih faham mengapa set penjagaan kulit yang biasa-biasa tidak lagi berkesan.

Guna saja set Timewise Repair ini dengan lengkap kerana ia menepati semua keperluan kulit matang yang semakin sensitif dan kering.

Perlukan lebih lagi penjelasan? Hubungilah saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...