Bagi and yang mencari solusi kepad kulit kering, berikut adalah maklumat yang anda perlukan. Produk yang saya sarankan ini adalah produk Mary Kay, saya sendiri menggunakannya, malah ramai yang berjaya menyelesaikan masalah kulit kering dengan menggunakan produk berikut!
Apabila kulit menjadi gatal, kering, mengelupas, mudah melecet, itu adalah petanda kulit mula mengalami dehydration (dehidrasi).
Pastikan anda banyak minum, dan jangan lupa memakai produk skincare juga.
Berasaskan mutiara hitam Tahiti dan Arang Binchotan, ternyata produk ini mampu menyerlahkan kecerahan dan keserian kulit wajah.
Mutiara hitam Tahiti ini adalah bahan eksklusif yang mengandungi pelbagai kebaikan untuk kulit.
Mutiara Hitam Tahiti
Kuasa ekstrak mutiara termasuklah dapat merawat, menganjalkan, mencerahkan dan dapat memberi perlindungan anti oksida, menggalakkan pembaharuan sel kulit, menjadikan kulit lebih elastik, dapat mengenyah-toksid kulit dan melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas, membetulkan warna kulit dan melicinkan kulit.
Bagaimana mutiara hitam menaikkan seri semulajadi kulit?
Dengan menyekat enzim tyrosinase, ekstrak mutiara memperlahankan pembentukan melanin supaya kulit nampak cerah semulajadi. Asid amino dalam mutiara hitam turut menguatkan kulit jadi kedutan kulit menjadi licin. Ia membantu menguatkan kulit supaya kulit dapat menampung kelembapan. Proses ini dapat mengelakkan keadaan terdehidrasi (dehydration) dan kulit dapat menzahirkan seri semulajadinya.
Arang Binchotan
Arang yang digunakan dalam penghasilan Black Sheet Mask ini adalah Arang Binchotan dari Wakayama, Jepun. Ia diperbuat daripada pokok oak ubame, pokok terkawal di Jepun, 100% karbon. Penghasilan arang ini amat istimewa, dibakar dalan kiln di kawasan gunungpada kepanasan 1000 darjah Celcius selama 2 minggu sehi gga asap pembakaran arang menjadi warna jernih.
Penduduk Jepun menggunakan arang ini dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya mereka merendam sepotong arang ini ke dalam air minuman bagi membersihkan kandungan air dari toksid dan klorin, menjadikan air beralkali yang bagus untuk kesihatan.
Dalam pembuatan Black Sheet Mask ini, Mary Kay menggunakan abu arang tersebut. Abu arang ini tidak mempunyai keberatan tapi mampu menampung kandungan cecair sehingga 700 kali.
Timewise Repair Lifting Bio-Cellulose Mask
Fabrik topeng itu berasaskan gentian semulajadi yang diperolehi daripada air buah kelapa. Topeng itu mengandungi khasiat ekstrak bunga orkid, ekstrak oat kernel dan sodium Hyaluronate yang merapikan kulit.
Pemakaian sebulan memberikan kulit kesan tegang, anjal, berseri, lembap dan kesan garis kasar dan halus kurang ketara.
Kulit lembap selama 24 jam setiap kali lepas pakai.
Timewise Repair Advance Lifting Serum
Serum yang dapat menganjalkan kulit, melembapkan kulit sehingga 61% lebih lembap, menghasilkan kesan muka kuaci atau V shape ( kesan segitiga pada wajah) apabila kulit diurut dengan betul.
Sangat sesuai bagi anda yang berkulit kering dan terdehidrasi.
Mengandungi kompleks Volu-Firm yang menggabungkan 3 bahan ini:-
1. Plant Stem Cell untuk merawat sel kulit yang terjejas.
2. Biomimetic Peptide - menghasilkan gandaan sel kulit yang serupa.
3. Tripeptide yang menggalakkan penghasilan asid hyluronate yang dapat melembapkan kulit.
Timewise Moisture Renewing Gel Mask
Masker dalam bentuk gel yang mengandungi Sodium Hyluronate, dipakai sepanjang malam selama 8 jam dapat meningkatkan kelembapan kulit.
Hasilnya kulit lebih cerah, pori kelihatan halus dan kulit kelihatan lebih licin kurang garis kasar dan halus. Sesuai dipakai setiap malam jika kulit mengalami kekeringan dan terdehidrasi.
Intense Moisturizing Cream
Produk khusus ini membantu meningkatkan kelembapan kulit apabila diperlukan.
Kadang-kadang kulit memerlukan tambahan kelembapan atas beberapa sebab seperti perubahan hormon, cuaca dan kesihatan.
Dalam keadaan itu, sapulah krim ini selepas anda menyapu pelembap ke kulit.
Krim ini boleh juga digunakan sebagai alas mekap.
Untuk info lanjut, hubungilah saya ya!
Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant
Ulasan
Catat Ulasan