Langkau ke kandungan utama

Seminar Mary Kay STEP UP BUILD YOUR CAREER 2019


 Wow terbaiklah seminar Mary Kay kali ini!

Seramai 2800 beauty consultant dari Malaysia, Singapura dan Filipina hadir ke majlis gilang-gemilang ini yang diadakan selama 2 hari  di lokasi terkemuka dalam negara, iaitu di Sunway Pyramid Convention Centre, Kuala Lumpur pada 6 & 7 September 2019.

Seminar ini adalah majlis tahunan, merupakan majlis terbesar anjuran syarikat khas untuk beauty consultant. Jika anda ahli, jangan lepaskan peluang hadir ya, walaupun anda tiada pencapaian.


Pada seminar tersebut, syarikat melancarkan produk terbaru iaitu Skinvigorate Sonic facial brush untuk pasaran Malaysia bermula Oktober ini. Pelbagai cara kreatif dilakukan oleh syarikat demi menarik perhatian beauty consultant untuk mula berkongsi dengan mereka di luar sana.

Demi menghiburkan hadirin, staf syarikat yang terdiri dari pengurus dan eksekutif berlakon sebagai penyampai berita dan mengadakan sesi temu ramah atas pentas, mempamerkan produk itu di luar dewan untuk hadirin mencuba sendiri kehebatan produk itu dan berselfie dengan produk.

Klik Sini untuk info selanjutnya

Ciri-ciri penting pada berus itu turut dikongsi untuk pengetahuan kami yang hadir pada hari itu.


Sesi penghargaan atas pencapaian setahun lalu adalah antara highlight semasa seminar berlangsung selama 2 hari itu. Saya hanya letak sedikit gambar saja tapi banyak acara pengiktirafan diberikan


Rangkuman Colour Psychology

Perkongsian ilmu tentang imej dan penampilan diselitkan juga kerana semestinya ini topik penting kepada para beauty consultant seperti kami.

Di Mary Kay imej dan penampilan amat penting kerana ini adalah bisnes kecantikan. Kalau boleh, mereka perlu nampak cantik, kemas dan profesional dari tudung hingga ke kasut!

Kami amat beruntung kerana syarikat begitu prihatin dengan keperluan kami, mengundang speaker, antara yang terbaik dalam industri untuk mengajar kamiiaitu Ms Sheila Wong. Untuk seminar ini, kami hanya membayar RM220 untuk makan dan sewa dewan. Harganya amat rendah berbanding dengan pelbagai hiburan, penghargaan, pendidikan yang diberikan sepanjang tempoh 2 hari itu!



Setiap 2 tahun, para beauty consultant yang berpangkat pengarah jualan bebas (Independent Sales Director) akan menukar Suit formal mereka, maka beberapa beauty consultant dipilih untuk menjadi model gambar dan catwalk-ing atas pentas. Semestinya ini peluang yang bagus untuk mereka yang pernah berangan menjadi model!

Pihak Mary Kay akan mengadakan tender pakaian jadi beberapa design akan dipilih. Pilihan yang menepati citarasa kami akhirnya akan dipilih.

Seramai 2000 Sales Director akan memerlukan pakaian ini. Bukankah ini bisnes yang bagus untuk para pembuat pakaian?


Penyerahan kereta free, Pink Mercedes Benz merupakan salah satu highlight paling glamer dalam Seminar Mary Kay. Penerimanya NSD Norrazean adalah penerima ke-6 kereta mewah ini daripada syarikat.

Untuk memiliki kereta mewah ini, beauty consultant perlu berusaha untuk mendaki tangga kerjaya Mary Kay ini sehingga menjadi National Sales Director.

Sedikit mengenai NSD Azi, sebelum menyertai Mary Kay, beliau merupakan seorang pemilik toko jamu yang banyak menjual produk yang menyebabkan kulit pengguna menjadi rosak. Pada suatu hari, tokonya diserbu pihak KKM selepas menerima aduan orang ramai. Bisnesnya disaman sehingga RM30 ribu, sendiri terpaksa menanggung kos saman itu.

Selepas diperkenalkan kepada Mary Kay, beliau dapati banyak perbezaan yang positif di Mary Kay. Sebagai contoh, untuk bangkit semula dalam bisnes, modal sangat minimal. Pendidikan tentang produk dan cara berbisnes diajar secara percuma. Produk untuk jualan semuanya memiliki NOT daripada KKM, dan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk, produk boleh ditukar dengan syarikat.

Atas beberapa kelebihan ini, Azi nekad mahu mencuba bisnes Mary Kay dengan sungguh-sungguh, demikianlah cerita Azi 7 tahun lepas. Adakah anda ingin mencuba bisnes Mary Kay kerana terdapat kelebihan yang bagus seperti yang saya ceritakan di atas? Boleh hubungi saya ya.

 
Baru-baru ini, syarikat Mary Kay diumumkan sebagai antara 3 jenama kosmetik tertinggi di Malaysia. Ini adalah satu pencapaian hebat bagi sebuah syarikat antarabangsa yang berada di Malaysia selama hampir 20 tahun. Syarikat serta kami semua berasa amat bangga dengan pencapaian ini, dan syarikat mengambil inisiatif mewar-warkan kejayaan ini menerusi papan iklan billboard yang diletakkan di tempat-tempat strategik, di sekitar 8 lebuhraya paling sibuk di Lembah Kelang.


 Mentor yang datang dari US, SNSD Pam Fortenberry-Slate, merupakan senior saya juga!

Wanita berambut blonde ini, Senior National Sales Director Pam Fortenberry-Slate mula datang ke Malaysia atas permintaan Mary Kay Inc di US pada tahun 2000. Ketika itu, ibunya masih seorang NSD, Pat Fortenberry sedang mencari market baru.

Sejak tahun 2000, beliau bersama ibunya sudah biasa datang ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengajar beauty consultant Malaysia.

Pada 10 tahun terawal itu, nama Mary Kay masih asing di kalangan wanita Malaysia. Ketika itu, amat sukar bagi kami independent beauty consultant berkongsi tentang Mary Kay.

Syukur sekarang tidak lagi sesukar dulu. Syarikat Mary Kay ternyata berubah seiring dengan kemajuan teknologi.

Bermula tahun 2012, Pam sudah mula datang ke Malaysia 2 kali setahun kerana Areanya makin berkembang. Sejak 2012, kami mula bertemunya di Area Retreat, lokasi terpilih di Lone Pine, Penang.

Kini kami semakin independent, sudah mengadakan Area Retreat sendiri sejak kami memiliki NSD sendiri, iaitu Senior NSD Nafisah Omar sejak 2 tahun lepas.

Demikianlah di Mary Kay, pada mulanya kami dibimbing setapak demi setapak, kini kami sudah mampu berlari sendiri. Tiada istilah bertanding sesama sendiri di Mary Kay, tetapi kami gigih menjadikan diri sendiri lebih baik dari dulu.

Kami amat terhutang budi kepada Pam dan ibunya, Pat. Inilah semangat Go-Give Mary Kay yang ditanam dalam jiwa Pam dan Pat.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua international speaker yang diundang khas untuk mengajar sepanjang 2 hari kami berseminar! Inilah dua wajah wanita hebat yang banyak berkongsi pengalaman masing-masing dengan kami. Kini Malaysia sudah berada pada nombor 7 dalam dunia Mary Kay, di belakang Germany dan Rusia.

Adakah anda ingin sama-sama ke majlis seperti ini? Sebagai ahli, anda layak turut serta. 

Majlis ini khas untuk ahli saja.

Jika berminat menyertai kami di Mary Kay, bolehlah menghubungi saya. Saya sudi bertemu anda.

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mary Kay TimeWise Repair untuk 35 tahun ke atas

Rangkaian produk TimeWise Repair adalah set eksklusif untuk kulit matang yang kering, sensitif dan kesan penuaan yang ketara seperti kedut kasar, garis halus, pengenduran, tompok gelap. Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit, menjadikan kulit sensitif kurang kesensitifannya, melicinkan kulit kasar akibat kering, mengurangkan kesan kedut kasar dan memejalkan kulit yang sudah mula mengendur dan jatuh. Skincare untuk wanita yang sudah berusia 35 tahun dan ke atas berbeza dengan wanita yang berusia 23 tahun. Keadaan kulit wanita 35 tahun sudah berubah dari sudut dalaman dan luaran. Oleh itu, produk yang dulunya sesuai semasa anda berusia 20an, mungkin tidak lagi sesuai apabila usia anda masuk 35. Pada usia 35 tahun, banyak kedut halus mula wujud pada kulit. Penghasilan kolagen dan elastin mula berkurang, Kulit yang dulunya berminyak, berubah menjadi normal dan dehydrated. Kulit yang dulunya normal, menjadi kering. Kulit yang kering menjadi semakin kering melampa...

Langkah-langkah penjagaan kulit berjerawat dan penggunaan Mary Kay Clear Proof Acne System

Mary Kay Clear Proof Acne System adalah set lengkap penjagaan kulit yang mudah berjerawat. Fungsi utamanya adalah memelihara kulit supaya kekal bersih dari sel kulit mati yang mudah terperangkap dalam liang pori.  Clear Proof Cleansing Gel mengandungi 2% asid salisilik dapat memastikan kulit sentiasa bebas dari sel kulit mati. Clear Proof Pore Purifying Serum pula mengandungi benzoyl peroxide untuk mematikan bakteria jerawat dengan berkesan. ********************* Tahukah anda jerawat adalah antara masalah kulit yang rajin melanda manusia? Tahukah anda bintik hitam dan putih juga dikenali sebagai jerawat? Jerawat tidak dapat dielakkan daripada berlaku.  Namun, anda boleh mengambil beberapa langkah ini dalam usaha mengurangkan kesakitan, mengecilkan saiz jerawat dan mengurangkan bengkak jerawat. Sebagai permulaan,  elakkanlah daripada menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak komedogenik,  elakkan daripada memakai mekap yang menyumbat pori, pe...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...