Langkau ke kandungan utama

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask


Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask.

1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut.

Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja.

2. Bilas hingga bersih menggunakan air paip dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut.

3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Elakkan bahagian mata dan mulut.

Sekiranya terdapat masalah blackhead dan whitehead atau jerawat yang teruk, anda boleh memakai masker di kawasan tersebut setiap malam selama 10 minit. 

Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka.

Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa.

4. Bilas masker hingga bersih menggunakan air suam atau air paip sahaja, gunakan jari lembut-lembut. Anda boleh gunakan Disposable Facial Cloth untuk memudahkan pembersihan masker. Masker ini mudah dibersihkan.

Jangan gunakan berus atau berus Skinvigorate untuk membersihkan masker pada kulit wajah!

Pastikan pembersihan wajah dilakukan dengan lembut. Elakkan dari mengasari kulit sendiri.

5. Lap kering wajah anda dan sapulah toner kembali, serum dan pelembap (krim malam). 

Masuklah tidur.

Model sedang menikmati pemakaian Charcoal Mask yang menyamankan dengan bauan mint yang segar!

Apakah yang berlaku semasa anda memakai charcoal mask?

Masker akan menarik kotoran dan lebihan minyak dan kilatan dari permukaan kulit dan liang pori anda.

Kulit muka lebih cerah, bersih dan segar. 

Permukaan kulit dan liang pori menjadi bersih dan dapat menyerap semua kebaikan serum dan pelembap yang dipakai selepas itu. Kotoran yang tidak dapat habis dicuci bersih ini akan menghalang serapan serum dan pelembap ke muka.

Pemakaian 2 atau 3 kali seminggu akan dapat memudarkan parut bekas jerawat! Jadi jangan terkejut sekiranya kulit anda bertambah cerah!

Testimoni Charcoal Mask


Apakah jenis kulit yang sesuai memakai masker arang ini?

Semua jenis kulit sesuai memakai masker arang ini termasuklah kulit yang berjerawat dan kulit sensitif.

Bagi kulit kering, pakaikan masker ke wajah kurang 10 minit. Ataupun, pada kawasan kulit yang kering, sapu Timewise Moisture Renewing Gel Mask.

Keesokan harinya, kulit anda akan kelihatan seperti baru.

Selamat mencuba!

Ingin tahu senarai bahan kandungannya, jom klik link ini.

Untuk beli, silalah klik Link saya ini ya.

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

  1. Kalau saya dah lama beli clearproof mary kay nii tapi sekarang baru nak pakai boleh lagi ke?masih elok ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...