Langkau ke kandungan utama

Retreat untuk pengarah jualan bebas

Retreat untuk para pengarah jualan bebas yang berada bawah naungan National Sales Director Nafisah Omar telah diadakan pada 15 & 16 Februari 2020 di Movenpick, Sepang, Selangor.

Retreat ini semacam short vacation untuk para pengarah bebas, rehat 2 hari 1 malam sebelum kembali bekerja demi keluarga dan diri sendiri.

Kami selalunya akan berkongsi bilik 2 atau 4 orang, bergantung kepada saiz bilik dan keselesaan kami. Semasa beramai-ramai ni, persahabatan dapat dijalin dengan lebih akrab. Selalunya kami menjadi lebih rapat pulang dari retreat. Saya sendiri mendapat beberapa sahabat baik hasil daripada menyertai retreat ini. Jika sebelum retreat, kita masih ada perasaan seorang diri tapi apabila sudah bersama di retreat, perasaan mesra mula terbit dari hati para peserta.

Tempat-tempat pilihan untuk retreat ini pula selalunya tempat yang mewah serta eksklusif. Pilihan tempat adalah untuk membuatkan para pengarah jualan ini berasa bangga kerana berada dalam lingkungan keluarga besar Mary Kay yang eksklusif.

Para pengarah bebas ini adalah top 2% of the company, jadi bagi ahli biasa yang bergelar beauty consultant sememangnya akan bergelora perasaan mereka untuk berada di kalangan pengarah jualan bebas ini.











Di retreat, kita dapat duduk bersama, belajar bersama, makan bersama, bergurau bersama. Sesungguhnya ia merupakan me-time kami. Masa ini para ibu bercuti dari melayan keluarga. Seronok menjadi gegurl semula. Lepas 2 hari masing-masing pulang ke sarang. Tetapi sentiasa looking forward to the next retreat.

Retreat pertama Mary Kay yang pernah saya hadiri ialah ke Lone Pine, Pulau Pinang pada tahun 2012, 8 tahun sudah.

Selepas bertahun-tahun bertemu di Lone Pine, kami berpindah hotel ke Lexis Hibiscus, Port Dickson pula pada tahun 2018. Dan pada tahun ini, kami berpindah ke Movenpick pula.

Sudah tentu di Mary Kay, pada setiap pertemuan, pasti ada pembelajaran,

Di retreat ini, kami memang menantikan education daripada speaker yang mencapai prestasi hebat pada tahun sebelumnya. Di retreat ini, kami mendapat suntikan semangat baru bagi meneruskan perjuangan memperkayakan kehidupan wanita.

Adakah anda di luar sana ingin berada di samping mereka yang positif dan berimpian besar ini?

Jika ya, meh hubungi saya terus. Kita bersembang dulu.

Hasnah
Mary Kay Independent Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...