Tahukah anda cara betul membersihkan kulit pada waktu pagi dan waktu malam? Kulit perlu dicuci dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit, minimum 2 kali sehari. Gunakan jari kecantikan anda dan gosoklah wajah dengan lembut. Terbaiklah jika anda menggunakan berus wajah bagi memastikan kulit dibersih dengan tuntas. Dan...pernahkah anda mendengar tentang berus Skinvigorate Sonic dari Mary Kay? Pastikan pencuci muka yang anda pakai itu sesuai dengan jenis kulit anda . Mengapa penting bagi anda menggunakan pencuci muka yang sesuai? Kerana, pencuci muka yang sesuai akan memelihara keseimbangan pH kulit anda. pH kulit manusia adalah sekitar 4.5 hingga 5.7, iaitu asid lemah. Semakin tinggi usia seseorang, pH kulitnya menjadi semakin besar. Apabila berlaku ketidakseimbangan pH ini, kulit mungkin akan menjadi terlalu kering atau terlalu berminyak. Masalah lain pula yang akan muncul pada kulit anda. Untuk memastikan jenis kulit anda, kami sedia mengimbas kulit
Blog Beauty Consultant Bebas Hana