Langkau ke kandungan utama

Tips kecantikan bagi wanita 50 tahun ke atas

Fasa 50an adalah fasa menopaus bagi wanita. Pada usia ini, banyak perubahan berlaku pada kulit dan secara umumnya, pada seluruh tubuh badannya.

Pada usia ini, kebanyakan wanita sudah mula menimang cucu, tapi mereka masih boleh mengekalkan penampilan segar kulit tanpa cela, sihat dan berseri.

Beberapa tips khas untuk wanita usia 50an termasuklah

1. Meneruskan kehidupan yang aktif
2. Luaskan networking dan banyakkan aktiviti yang menggembirakan
3. Jangan abaikan penampilan. Berpakaian yang sesuai dengan penampilan wajah. Sebagai contoh, jika anda masih kelihatan muda, berpakaianlah sebagaimana anda kelihatan.
4. Don't take life too seriously. Banyak perkara perlu dilepaskan. Take it easy
5. Stay positive dan memaafkan orang lain.
6. Be present. Jangan suka mengenang peristiwa lama dan kekecewaan lampau
7. Bersedia untuk berubah. Dunia hari ini berubah dengan pantas. You have to keep up. Nyahkan sikap I am the old school.
8. Sentiasa belajar sesuatu, belajar benda baru
9. Jaga diet anda, jaga kesihatan anda. Jika perlu, ambillah suplimen untuk kesihatan.
10. Banyakkan amalan agama yang sesuai dengan kehidupan anda.

Amalan kecantikan yang boleh anda lakukan termasuklah menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan usia.




PELEMBAP untuk kulit kering, kulit menua, matang dan sensitif

Pada fasa menopaus, kulit berubah menjadi kering. Ini kerana kulit semakin nipis, dan tidak mampu menyimpan kelembapan yang cukup. Oleh yang demikian, anda perlu lebihkan sapuan pelembap ke kulit khasnya kulit muka. Sapuan pelembap ke kulit pula perlu lebih kerap.

Berapa kerap kulit perlu disapu pelembap? Semunya bergantung kepada keadaan kulit anda. Kulit kita berbeza-beza. Sapulah pelembap bila mana kulit terasa ketat dan kering.

Untuk pelembap yang dapat melembapkan kulit saya sepanjang hari, saya gemar menggunakan Youthfinity Cream yang mewah, halus, ringan pada kulit, dan berharuman mawar yang lembut. Sememangnya kulit saya berasa selesa dan kelihatan lembap walaupun bermekap.

Hanya sapu sedikit sahaja untuk kelembapan selama 12 jam. Krim ini perlu disapu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

PENCUCI MUKA untuk kulit kering

Kulit yang kering amat mudah mengelupas dan berasa gatal. Pencucian muka boleh menjadikan kulit berasa pedih dan tidak selesa. Bagi mengatasi rasa tidak selesa ini, pakailah pencuci muka yang tidak mengeringkan lagi kulit muka.

Walaupun kulit kadang-kadang berasa pedih semasa mencuci, kulit wajah perlu juga dicuci hingga bersih. Semasa mencuci, elakkan dari menggosok kuat pada kulit. Gunakan hujung jari sahaja semasa mencuci.

Lebih selamat lagi jika anda menggunakan berus muka. Berus muka yang menggunakan kuasa sonik iaitu menggosok secara getaran adalah lebih sesuai bagi kulit kering, menua, matang dan sensitif ini.

Jika anda belum menggunakan berus muka, jom cuba berus Mary Kay, Skinvigorate Sonic ini. Getaran 200 sesaat ini mampu menggalakkan peredaran darah hingga ke bawah permukaan kulit. Terdapat beberapa kebaikan lagi tentang berus ini. Anda bolehlah baca di entry saya sebelum ini.

Pencuci muka yang amat lembut, sesuai untuk kulit kering dan sensitif ini adalah Timewise Repair Cleanser yang berbuih tapi dapat melembapkan kulit. Cucian muka akan menjadi sesuatu yang seronok dilakukan setiap pagi dan malam. Gosokan lembut dan perlahan menggunakan hujung jari sudah memadai.

Cucian bagi kulit kering hanya seminit saja. Jangan berlama-lama membiarkan buih pencuci muka berada pada kulit muka ya.

TONER selepas cucian

Jangan skip langkah ini ya! Toner ada fungsi yang tertentu dalam langkah penjagaan kulit. Antara fungsi utamanya adalah untuk lock kelembapan pada kulit yang menjadi kering semasa cucian. Dalam jurang masa yang pendek itu, antara cucian dan memakai pelembap, toner akan dapat melembapkan permukaan  kulit pada kadar segera. Lapisan kulit yang sudah disapu toner menjadi satu lapisan yang memudahkan serapan serum. Jika tidak memakai serum sekalipun, ia menjadi lapisan untuk pelembap.

Mary Kay berjaya menghasilkan toner generasi ketiga yang dinamakan Moisture Renewing Softener yang melembutkan kulit, menghaluskan pori serta melembapkan kulit. Ia berbau harum dan boleh dijadikan terapi diri yang best!

SERUM untuk kolagen kulit muka

Serum adalah produk khas bagi mengatasi isu kulit yang tertentu. 

Serum anti-penuaan adalah magical potion yang dapat memudakan kembali keterampilan kulit. Dalam pada ia mengurangkan kedut halus dan kasar, permukaan kulit menjadi halus dan licin.

Kulit kembali cerah dan berseri. Kulit juga nampak plump.


Youthfinity skin care range





Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...