Langkau ke kandungan utama

Review Youthfinity Face Oil

HASILNYA MY SKIN LOOKS MORE YOUTHFUL AND GLOWING!
Youthfinity Facial Oil

Minyak untuk muka? Biar betul, sapu minyak pada muka, tidak berminyak-minyakkah muka tu nanti?

Saya pun amat skeptikal pada mulanya. Tambahan pula, saya pada asalnya memang muka jenis berminyak, jadi bila dengar je Facial Oil, eww, bolehkah dipakai??

Saya pun beli bila stok sampai Malaysia. Mula-mula tu ambil setitis jer, sebab tak suka sangat minyak-minyak ni. Kemudian tercium baunya yang harum. Wah...bestnya bau.

Kemudian sapu pada belakang tangan, jadi lembap pula. Wow amazingnya! Dan...tiada rasa minyak.

Saya ambil dua titis dan sapu ke muka. Tak terasa minyak langsung. Kulit terasa sedap jer, lembut jer, dan nampak berkilau. 

Wah nampak macam lawa.

Actually kulit saya sekarang mudah sangat jadi kering. Jadi, saya memang amat perlukan kelembapan yang banyak. Facial Oil ini rupa-rupanya membantu kulit saya jadi glowing, nampak lembap dan berasa amat selesa.

Sekarang ni saya dah mula pakai sejak hujung bulan Februari, dan sebanyak suku botol habis. Saya memang tak tinggal memakai 2 hingga 3 titis minyak sebelah pagi dan malam. Saki-baki minyak yang ada pada jari-jari saya itu, saya sapukan ke kuku saya. Sememangnya hujung jari saya bertambah halus.

OKlah, korang nak tahu tak mengapa Youthfinity Facial Oil ini best sangat? Yang paling best tentang facial oil ini ialah kerana emas yang terkandung di dalamnya.

Biasanya produk yang mengandungi emas, produk itu amat eksklusif dan mahal. Ya, facial oil ini memang agak pricey, tapi masih mampu dimiliki.

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya memakai facial oil ini. Wajah saya, selain menjadi kering sejak menghampiri fasa menopaus ini, sudah terkena eczema, iaitu rasa gatal pada kulit, apabila digaru, kulit menjadi melecet dan berair. Saya mengalami masalah ini di bahagian leher, dan di bahagian pipi bawah mata. Selama beberapa bulan, saya terpaksa ambil ubat doktor. Kesan bengkak masih ada bawah mata saya.

Selama saya menggunakan facial oil ini, saya memang fokus mengurut perlahan bawah mata saya yang bengkak itu, setiap kali saya memakai minyak ini. Kulit saya beransur elok dan bengkak itu sudah tidak lagi ketara. Syukurnya saya.

Bahan utama dalam Youthfinity Facial Oil ini adalah Alpen Rose, Evening Primrose dan Peptida emas cair 24K.

Emas mempunyai kekuatan tersendiri, ia anti-radang, dapat menggalakkan penghasilan kolagen bagi menganjalkan lagi kulit kita.

Bahan kandungannya yang lain termasuklah:-

Fungsi - Resist (Menentang)

Alpen Rose, tumbuhan yang dapat hidup sehingga 100 tahun ini, hanya ditemui di kawasan pergunungan Alps di Switzerland memiliki pati molekul pelindung yang tiada taranya di dunia. Bayangkan, tumbuhan ini dapat hidup dan bertahan sebegitu lama walaupun dikelilingi oleh sinar UV yang tinggi, serta cuaca dingin dan kering yang melampau. Saintis Mary Kay berjaya mengekstrak khasiat bunga rose ini dan mencipta anti-oksida yang berkuasa. Ia dapat membantu kulit melawan pencemaran yang menjejaskan kecantikan dan kesihatan kulit kita.

Fungsi - Rejuvenate (Memudakan kembali)

Bunga Evening Primrose yang hanya berkembangan pada waktu malam mengandungi khasiat rejuvenasi yang unggul.

Kulit kita sibuk 'berperang' menentang pencemaran yang wujud di sekeliling kita pada sebelah siang. Pada sebelah malamnya pula, kulit melakukan proses membaikpulih. Ketika malam, proses rejuvenasi (membaik) akan berjalan dengan lebih berkesan. Ekstrak bunga Evening Primrose ini dapat meningkatkan produksi protein matriks kulit.

Anda boleh dapatkan Youthfinity Facial Oil ini daripada saya.

Senang jer nak order, senang jer nak guna.

Untuk order, sila tekan LINK.
Untuk berbual dahulu dengan saya, tekan sini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...