Langkau ke kandungan utama

Skin Transformation menggunakan produk Mary Kay 100%





Keadaan kulit saya took a drastic turn di ambang usia 50an.

Ketika keadaan ini berlaku, saya tidak perasan kulit saya oily tetapi dehydrated.

Memang tekstur kulit kelihatan teruk tapi saya tidak sedar semua itu. 

Self-esteem memang down giler time tu.

So you see saya faham sangat jika korang pun sedang mengalami kejadian serupa.

Syukur jugalah saya yang memang beauty consultant Mary Kay, adalah sejenis yang suka cari info.

Ketika usia mendekati fasa menopaus, hormon kita menjadi tak tentu arah. Saya mengalami hot flush, panas berpeluh hingga pakaian lencun, memang rasa tak selesa. Semua ini ada kaitan dengan kulit wajah kita. Kulit menjadi sangat kering hingga gatal-gatal. Apabila digaru, kulit jadi bengkak dan berair, seperti melecet.

Ketika kejadian itu, saya mengambil ubat doktor dan diligently menjaga kelembapan kulit sepanjang masa. Masa itu skincare saya limited to the basic saja kerana less is more semasa kulit tidak sihat.

Wajah kelihatan berpeta nampak seperti jeragat namun itu hanyalah mainan hormon. Tekstur kulit yang tidak rata itu adalah kesan garis halus sehinggakan bedak pun tidak kelihatan cantik pada wajah.

Jadi, apakah yang saya lakukan bagi memperbaiki keadaan kulit?

Pertama, secara konsistent setiap 2 malam, saya melakukan proses eksfoliasi meggunakan Revealing Radiance Facial Peel. Eksfoliator ini memecahkan struktur sel-sel kulit mati yang melekat secara berperingkat dan lama-kelamaan, ia pun tertanggal. Permukaan kulit kelihatan halus dan cerah. Proses ini memakan masa jadi anda perlu bersabar.

 Bagi memudarkan pigmentasi kulit, saya memakai serum LumiVie siang dan malam, dan sentiasa memakai Sun Care, iaitu pelindung tabir suria.

Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya memulihkan keadaan kulit.

Sudah tentu, penjagaan kulit adalah on-going process, tidak boleh skip-skip walaupun ada kalanya kita berasa malas!

Kini saya menjadikan misi hidup saya membantu wanita memulihkan keadaan kulit mereka berdasarkan pengalaman saya itu.

Hubungilah saya di WhatsApp utk respons segera ya! Anda juga boleh order direct dengan menekan Link

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...