Langkau ke kandungan utama

Mary Kay syarikat skincare dan kosmetik

Syarikat Mary Kay ditubuhkan pada 13 September 1963, 57 tahun yang lalu. Kedai pertamanya bersaiz 500 kaki persegi sahaja.

Ketika itu mendiang berusia 45 tahun, memilih untuk berhenti kerja selepas terlepas kenaikan pangkat hanya kerana beliau wanita.

Selepas berhenti kerja, beliau bercadang menulis buku mengenai syarikat impian, tanpa menyedari yang beliau sedang membuat draft untuk syarikat sendiri.

Berbekalkan wang simpanan lima ribu Dollar, beliau menubuhkan syarikatnya Beauty by Mary Kay. Beliau dibantu oleh anak lelakinya, Richard Ryan Rogers yang baru berusia 20 tahun, seorang akauntan.

Ketika itu syarikat mempunyai 5 produk sahaja. Tetapi, beliau punya sebuah impian yang besar. Iaitu, mahu memberi inspirasi kepada wanita untuk merubah hidup mereka dan seterusnya menjadi contoh kepada wanita lain.

Hari ini terdapat lebih 200 produk untuk dipasarkan. Syarikat juga sudah memiliki fasiliti R&Dnya sendiri.

Terdapat lebih 3.5 juta perunding kecantikan bebas di seluruh dunia di hampir 40 negara di dunia seperti China, Rusia, Germany, Mexico, Brazil, England dan Singapura.

Mary Kay adalah salah sebuah syarikat kosmetik dan skincare terbesar di US sejak penubuhannya 57 tahun yang lalu.

Dalam setahun, Mary Kay membelanjakan jutaan dollar melakukan 500,000 ujian ke atas produk keluarannya bagi memastikan tahap keselamatan, kualiti dan prestasi memenuhi piawaian yang cukup ketat.

Ibu pejabat Mary Kay terletak di Dallas, Texas, US.

Mary Kay adalah Top 5 syarikat direct selling di dunia pada tahun 2017, Top 3 cosmetic brand di Malaysia.

Mary Kay memiliki lebih 1500 patent produk, teknologi dan rekaan pakejing. 

Barisan saintis Mary Kay mempunyai pengalaman terkumpul 155 tahun, bermakna para saintis kami amat berpengalaman. Salah seorang saintis Mary Kay, Mr David Gan, adalah anak Malaysia.

Saya bangga menjadi sebahagian keluarga besar Mary Kay.

Ingin join kami? Jom kita kopi-kopi dulu.


Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...