Langkau ke kandungan utama

Apa itu Jeragat? Ini 5 langkah asas memudarkannya

Seram melihat kulit wajah makin tidak bermaya?

Ini adalah realiti kehidupan. Apabila usia meningkat, kulit kita makin tidak berdaya menepis musuh-musuh kulit di luar sana.

Antara musuh kulit kita termasuklah sinar UV, asap kenderaan, kilang dan rokok, cuaca, pencemaran, habuk dan debu. Tambahan pula, kolagen bawah kulit kita makin nipis, tenaga sel kulit semakin lemah, jadi warna kulit bertambah kelam.

Untuk mengembalikan seri wajah kita, kita perlu menggunakan produk yang berkualiti dan mengandungi khasiat menguatkan sel kulit serta mencerahkan kulit kita dari dalam.






Pengalaman saya mendaki usia dari tahun ke tahun, kulit mula nampak sallow (kekuningan) walaupun saya berkulit cerah. Rutin skincare saya berjalan seperti biasa namun warna kulit kurang menawan. Ini semua adalah sebahagian proses meningkat usia! seramnya....

Salur darah yang halus-halus dalam dermis kulit mula berkurang. Jadi kulit mula menerima penurunan bekalan oksigen. Ini antara sebab mengapa kulit nampak kurang berseri di kalangan wanita berusia.

Marilah kita cuba baiki keadaan itu dengan set LumiVie ini.

Apa yang ada dalam set LumiVie ini:-

1. Pencuci berbuih halus yang dapat mengangkat kotoran degil dari permukaan kulit. Kulit berasa cukup bersih.


Essence Water

Toner yang bukan toner biasa. Ia menjadikan kulit selembut sutera! Selepas sapuan toner, kulit berasa amat selesa, tiada langsung rasa kekeringan.


Topeng muka berasaskan Arang Binchotan dan mutiara hitam dari Lautan Tahiti. Hanya pakai selama 20 minit, dan kulit terasa lembat sepanjang hari.

Arang Binchotan yang diperbuat daripada kayu oak Ubame dari Wakayama, Jepun mengandungi khasiat menyucikan dan meneutralkan kotoran dalam penjagaan kulit. Arang ini mengandungi berjuta-juta kaviti halus yang dapat menyerap kotoran. Ia bertindak sebagai magnet yang menarik kotoran dari liang pori dan dari dalam kulit.

Masker topeng yang eksklusif dari Mary Kay ini berasaskan 2 bahan premium yang terbaik untuk kulit anda, iaitu Arang Binchotan dan Mutiara hitam dari Tahiti, membantu melembapkan kulit sehingga keesokan harinya.

Dalam ujian makmal, didapati topeng ini mampu menyerap air seberat 700 kali ganda berbanding beratnya sendiri.

Serum LumiVie


Serum pencerah yang berjaya membantu ramai penderita kulit kusam, berjeragat dan tona tidak sekata. Tiada langsung rasa melekit, serum meresap dengan pantas ke dalam kulit.

LumiVie Moisturizing Cream


Ini adalah pelembap yang dapat mengurangkan cela-cela wajah yang berwarna gelap. Krim halus ini begitu lembut pada kulit, tiada langsung rasa melekit.

Secara umumnya rangkaian produk LumiVie mengandungi 3 bahan utama ini, iaitu Tahitian Black Pearl (Mutiara Hitam dari Tahiti), Opti-Bright Complex dan Samphire.

Mutiara Hitam dari LautanTahiti melindungi serta mencerahkan kulit serta meningkatkan tenaga kulit.

Opti-Bright Complex mensasarkan pelbagai sumber yang menjadi penyebab tona kulit tidak sekata dan memastikan kulit bersinar bagaikan intan permata.

Samphire sejenis tumbuhan meningkatkan saluran air dalam kulit.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya ya.

Saya menyediakan analisis kulit secara percuma jer. Jangan segan tanya saya ya!


Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Untuk order, sila tekan LINK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...