Langkau ke kandungan utama

Oil-Free Eye Makeup Remover



Apakah cara termudah membersihkan keliling mata?
Oil Free Eye Makeup Remover. 

Tahukah anda kulit keliling mata lebih nipis berbanding kulit wajah? Ia mudah menjadi sensitif. Kulit keliling mata tiada kelenjar minyak, memiliki lapisan kolagen yang nipis jadi ia mudah berkedut.

Dan dikatakan sehari berlaku anggaran 100,000 kali pergerakan keliling mata. Mata kita berkelip 28,800 kali sehari, itu baru 10% total kita menutup mata dalam sehari. Info ini mengikut carian di Google.

Disebabkan struktur kulit yang begitu istimewa, maka penjagaannya pun berbeza.

Mary Kay mencipta Oil-Free Eye Makeup Remover bagi membersihkan mekap dan kotoran seperti habuk dan debu yang melekat di kelopak mata dan keliling mata.

Oil-Free Eye Makeup Remover yang mengandungi bahan seperti Poloxamer 184 dan Dimethicone dapat melarut kotoran dan diangkat dengan mudah menggunakan kapas. Kapas perlu digunakan bagi memastikan cucian benar-benar bersih. Tekstur kapas yang lembut itu akan dapat mengelakkan kulit dari dikasari dan menjadi rosak.

Oil-Free Eye Makeup Remover ini dapat membersihkan mekap biasa dan mekap kalis air dengan mudah. Kita tidak perlu menarik atau menonyoh kulit sewaktu mahu membersihkan mekap dan kotoran.

Ia tidak mengandungi alkohol jadi ia tidak mengeringkan kulit dan tidak memedihkan mata sekiranya cecair pembersih itu termasuk mata. Sesuatu yang anda perlu tahu, Oil-Free Eye Makeup Remover ini sudah diuji oleh ahli oftalmologi dan disahkan selamat dipakai di kawasan mata. Jika anda pemakai kanta lekap, anda tidak perlu menanggalkan kanta lekap sebelum mencuci mekap. Mudah begitu.

Oil-Free Eye Makeup Remover ini sesuai dipakai oleh mereka yang berkulit sensitif. Ia tidak mengandungi minyak tetapi 2 bahan yang saya nyatakan diatas bertindak sebagai pelincir yang melancarkan pembersihan kulit. Ia tidak menyumbat pori, tiada haruman dan tidak menyebabkan iritasi dan radang kepada kulit.

Untuk pengetahuan anda, mata mudah menjadi rosak sekiranya anda memakai mekap yang tidak diketahui tahap keselamatannya. Jadi, berhati-hatilah ya!

Dari pengalaman saya menggunakan Oil-Free Eye Makeup Remover ini, bahagian kelopak mata tidak lagi mengelupas, bulu mata jarang jatuh. Sudah tentu saya tiada masalah kembung mata atau sembap dan tiada gegelap mata dan tiada milia seed. Alhamdulillah. I am a happy user.

Berminat untuk mendapatkannya? Silalah tekan LINK  ini atau boleh hubungi saya dahulu.

Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...